Tuesday, December 4, 2007

Sawang Dugaan

Teman,


Maaf sebab blog ni dah mula nak 'tumbuh' sawang. Semuanya bermula Sabtu lepas, bila my dad nak sangat cuba berubat di Melaka walaupun keadaan dia masa tu kurang memuaskan untuk travel jauh. Selepas 1jam 45minit memandu dari KL, sampai ke destinasi. Keadaan dia bertambah semput, susah nak bernafas. Belum sempat berjumpa dengan ahli perubatan tradisional tu, aku dgn kakak aku ambil keputusan untuk bawak my dad terus balik KL.


Belum 'panas punggung' aku terus drive balik ke KL, straight to Jabatan Kecemasan, HKL. Kenapa tak ke Hospital Melaka? Sebab aku tau, mesti my dad akan kena tahan di wad. Aku takda family kat Melaka, so, nanti ada masalah lodging pulak. My dad pun kata, dia nak balik KL sebab all his medical record ada kat HKL. Sebelum balik ke KL, tayar kereta kurang angin pulak, singgah di stesen minyak berdekatan, pam angin. Dugaan...


Dalam hati aku macam2 doa yang aku baca, supaya dijauhkan kami dari perkara2 yang tidak baik. Alhamdulillah, selepas satu setengah jam di highway, aku sampai di HKL. And, expected, my dad kena tahan kat wad. Ada jangkitan kuman di paru-paru. Dan bila sampai di HKL, tayar kereta tadi jadi flat terus, rupanya kena paku. Hmm.. dugaan..


Hari ni dah hari ke 4 di hospital and Alhamdulillah, doktor kata insyaAllah, boleh balik esok.


When it comes to family matter, terutamanya tentang kesihatan orang tua, segala kerja terhenti. InsyaAllah, kalau segalanya dah seperti biasa, blog ni akan hilang sawangnya nanti.


Sekian.

5 comments:

Unknown said...

ayahmu dah sihat ke weh? harap semua baik2 aja...

:: NbC :: said...

pinky doakan semuanya selamat n baik2 je..

sabar + jgn putus doa..
take care..

adibah said...

ciktipah - alhamdulillah, dah keluar hospital. getting better, insyaAllah

pinky - thanks. it seems like ramai yang ditempuh pelbagai dugaan nak hujung tahun ni.

~~ casper~~ said...

sept11...
su doakan ayah sept sihat semula....
salam perkenalan...
su suka citer spirit tu...
masa kat ssp dulu pun byk benda camni....

adibah said...

sue,

thanks su. Alhamdulillah, ayah beransur pulih.
memang seram sejuk su.. tobat taknak main dah :)