Friday, November 30, 2007

Jumaat Datang Lagi


I love Fridays. As it is the last working day for the week, Friday is a holy day for Muslim. Biasanya kalau hari Jumaat ini, aku suka dengar radio IKIM 91.5. Dengar lagu2 nasyid lama dan baru. Secara peribadi, aku lebih sukakan nasyid2 lama seperti Al-Mizan & Al-Jawaher berbanding dengan nasyid sekarang ini (kecuali kumpulan Raihan & Rabbani). Rasanya nasyid2 mereka lebih catchy dan meninggalkan kesan dalam jiwa aku berbanding dengan yang lain.


Secara peribadi juga, aku rasa nasyid ini tak perlu mendayu, sedih, luluh dan seperti tiada jiwa. Mendatar dan kadang2 melayukan mata. Aku bukan prejudis, tapi pendapat aku nasyid tak perlu sangat puitis hinggakan pendengar tak dapat menjiwai apa yang ingin cuba disampaikan. Aku lebih sukakan yang simple, nice and SINCERE. Lagu Ku Mohon, nyanyian Sheila Majid, aku terima sebagai halwa jiwa. Liriknya; “oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku, untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini, oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu, agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu”. Simple, mudah faham. Cuba bayangkan kita dalam keadaan stress, tertekan & tension, kalau dengar nyanyian ini, sudah tentu menyentuh naluri hati dan mungkin akan mengalir airmata.


Pernah dengar lagu KasihMu nyanyian Abot? Kali pertama aku dengar lagu ini, aku dalam perjalanan ke Shah Alam. Lagu ini berjaya buat aku menangis. Sangat menyentuh jiwa dan perasaan aku sebagai seorang hamba Allah dimuka bumi ini. Lihat sahaja liriknya; "Sesungguhnya aku yang berdosa, sehina-hinaku rendah diri, biarku terpalit juta noda, masih ada ruang keampunan." Pernah tak kita terfikir, kita ni selalu buat salah, selalu buat dosa, tapi Allah tetap ada disisi, tetap memberi peluang taubat dan keampunan kepada kita sebagai hambaNya. Lagu ini juga menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan Allah, betapa besarnya kasih sayang Allah terhadap hambaNya.


So, aku nak share lagu dengan semua pembaca sempena hari Jumaat yang mulia ini. Mungkin lagu ini dapat mengingatkan kita betapa kecilnya kita ini sebagai hamba Allah dan betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini. Selamat hari Jumaat dan selamat berhibur!



Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah
Hati yang layu kembalilah mekar
Bila nama Mu kusebut-sebut
Tak terungkap kasihku pada Mu
Dalam suka mahu pun duka
Tiada tandingan cinta Mu di dunia
Unggul kekal selamanya
Dari terbit mentari hingga dasar laut
Sebesarnya alam sezarah kuman
Namun tak tertanding kuasamu kasih
Jatuhku bangunku Kau tetap di sisi
Sungguhnya aku yang berdosa
Sehina-hinaku rendah diri
Biar ku terpalit juta noda
Masih ada ruang keampunan
Dari kerdipan bintang hingga kilau pasir
Agung ciptaan Mu akal tak sampai
Semulia-mulianya segala kejadian
Kerdilnya aku di mata Mu
Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah

Nota: Ini adalah pandangan peribadi aku. Mungkin berbeza dengan pandangan orang lain. Wallahualam.

No comments: