Monday, February 11, 2008

Entry ke 100

Hari ini Februari Sebelas, dan ini adalah entry ke 100 untuk SeptemberSebelas. Oleh itu, aku adakan Q&A sempena entry ke 100 ini.


Kenapa SeptemberSebelas?

Kerana aku dilahirkan pada 11 September. Dan sejak dari tahun 2001, selepas runtuhnya World Trade Centre, NY itu, tarikh 11 September menjadi sangat penting dan berpengaruh dalam pentadbiran dunia. 11September adalah diantara tarikh2 yang paling mudah diingati di seluruh dunia.


Siapa SeptemberSebelas?


Berdasarkan kajian Dato' Dr. Fazilah Kamsah, (sejauh mana kebenarannya dan ketepatannya tidak diketahui) orang-orang yang lahir di bulan September ini :

Sangat bersopan santun dan bertolak ansur, sangat cermat, teliti dan teratur
(perfectionistkah?), suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik (harus aku dipanggil menjadi pengkritik mingguan Akademi Fantasia..hehe), pendiam tetapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak berfikir, daya penaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat (Melodi kah ciktipah?hehe), kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi), banyak simpan rahsia, suka sukan (yang ini.. musykil sikit.. :-) ), hiburan dan melancong (oh yes..!), kurang menunjukkan perasaannya, luka hatinya sangat lama disimpan (bingo!), terlalu memilih pasangan (opss!!), sukakan benda yang luas, sistematik.

Hmm.. secara keseluruhan, kemungkinan ketepatan adalah 80% kot? :-)


Apakah blog yang pertama sekali dibaca?

Aku mengaku yang aku agak lewat dalam arena blog ini. Blog pertama yang aku baca adalah www.afdlinshauki.blogspot.com.

Dari situ aku melompat dari satu 'rumah' ke satu 'rumah' dan akhirnya aku melompat lebih tinggi hingga terpanggil untuk membina sebuah 'rumah sendiri' untuk orang lain bertamu.


Kenapa menulis di blog?(Soalan ciktipah ni..)

Sebab aku ingin jadikan 'rumah' ini sebagai tempat berkongsi cerita dan info tentang apa sahaja dari awal pagi hingga ke lewat malam. Kadang-kadang berbaur gila2, kadang2 serius kan? Aku tau aku perlu improve dalam banyak perkara, and it takes time. Lama-lama nanti pandai la kot na...



Apakah harapan untuk blog SeptemberSebelas? (soalan standard)

Semoga dapat 'menghapdate' sekerap mungkin. Berusaha! Berusaha! Berusaha!




Take care everyone!



2 comments:

Ad said...

wah..sgt bermakna rupanya september sebelas...

ingatkan nak pos2 ikan duyung kat entry100..huhuhu

:: NbC :: said...

yeah, letak le pose2 dr panti timur nun... lama dah ni nunggu.. hehehhe