Thursday, February 28, 2008

Keabadian Cinta

Setiap kali ada jambangan bunga, semua orang kat office ni dah tau dah, mesti untuk CikMatKhair. (CikMatKhair ni nickname dia di office) Memang takda orang lain dah.. Kalo orang lain dapat.. kira pelik dah tu..



..oh... bestnya... besarnya.. cantiknya..


Sejak aku sepejabat dengan dia, setiap kali birthday, tiap kali anniversary, mesti dia akan dapat bunga dari wife tersayang. Wifenya pun sama, kalau birthday dan anniversary mesti akan dapat bouquet dari CikMatKhair. Romantis kan?

Kadang-kadang tu siap dengan coklat ataupun kek. Kitorang ler yang tumpang kenyang :-) Dan hari ni, dia dapat bouquet lagi... Aduhai.. romantisnya... I jeles la.... dah lama tak dapat bouquet macam ni.. Huhu..



CikMatKhair yang tersenyum lebar




KakLin yang tumpang (sekaki) excited...




err.. tumpang sekali jugak lah! Hehe..




jangan gosok2 mata ya.. mata anda tak silap.. ini adalah jambangan duit RM1 yang digubah bersama dgn 'benda' (err.. aku tak tau namanya) bentuk hati tu. Sangat cantik. Sangat berharga. Sebagai tanda keabadian cinta mereka suami isteri. Tak ramai yang masih melahirkan tanda kasih sayang abadi walaupun sudah 11 tahun hidup bersama, kan?


Happy 11th anniversary to CikMatKhair & Kak Syikin. Semoga bertambah bahagia hingga ke akhir hayat dan dirahmati Allah selalu. Amin..



Take care everyone.

2 comments:

aries1870 said...

thanks for the wishes... "sebelas" tahun yang penuh makna,tangis,suka ,duka, masam manis, tiga rasa sumer ada...moga kami kekal begini sampai akhir hayat... yang penting SABAR.... eh nak nyanyi untuk september sebelas la... hai cik dibah, jangan marah, kalau cik khair bertanya... bila cik dibah nak naik pelamin.....

Sept_11 said...

aries1870 :

Eh.. macam pernah dengar je lagu tu masa karaoke hari tu.. :)

*tengah cari lagu nak jawab soalan