Sunday, June 20, 2010

Jiwang Tak Karat?

Tadi aku sembang di YM..

mrX(20/6/2010 10:38:15 PM): mi ...
aku (20/6/2010 10:38:19 PM): yes?
mrX (20/6/2010 10:38:26 PM): kenapa u x tulis buku?
aku (20/6/2010 10:38:30 PM): huh?
aku (20/6/2010 10:38:32 PM): tulis buku?
aku (20/6/2010 10:38:38 PM): ish..hebat sangat untuk tulis buku
mrX(20/6/2010 10:38:46 PM): ermm apa salah nya mencuba? mrX(20/6/2010 10:38:54 PM): i think i love what u write...

Alhamdulillah.. ada jugak yang suka baca tulisan aku kat blog ni.. I'm honoured... Sebenarnya, aku menulis dari hati. Tulis apa yang aku rasakan aku ingin kongsikan dengan teman2 readers yang membaca. Menulis berdasarkan apa yang dilihat, apa yang dialami dan apa yang didengari. Berkongsi pendapat bila perlu. Meluahkan rasa gembira, duka, marah, lawak, geram, takut dan macam2 lagi.. Kata orang, bila dah berkongsi cerita, rasa ringan beban, ringan kepala. Ada teman yang kata blog aku ni 'jiwang karat'. Hmm.. nanti satu hari aku nak beli Brasso.. nak gilap bagi nampak berkilau dan berseri.. supaya jadi 'jiwang tak karat'. Hehe..



Menulis buku itu tidak pernah ada dalam kotak fikiran aku. Bagi aku itu terlalu berat. Terlalu hebat. Sedangkan, kadangkala aku rasakan apa yang aku tulis itu hanyalah benda2 yang merapu. Kadang2 bercampur aduk bahasa. Nahunya entah ke mana. Tatabahasanya gagal. Kadang2 bahasa pasar, kadang2 bahasa rempit, kadang2 bahasa rojak. Ramai lagi penulis2 blog yang hebat2 tulisannya.. Readersnya berpuluh malah ada yang beratus ribu. Pendapat aku, mereka lebih layak untuk menulis buku..

Untuk teman2 yang membaca blog.. terima kasih kerana sudi datang.. insyaAllah, selagi boleh jari jemari ini menekan keyboard, selagi diberi ilham untuk menulis, insyaAllah.. aku akan menulis.. tapi mungkin hanya di sini..

Dan tanpa sedar, hingga ke hari ini... sudah ada 900 entry. Alhamdulillah...



Salam kasih.

6 comments:

Lyn Yusoff said...

hi kak mimi..
lama tak dgr berita kan...
busy erk??

take care kak..

Tijah said...

tulis lain. merapu lain nok. ko ada bakat utk tulis tu...

edzlin007 said...

sama2...hihi...take care

Anonymous said...

adaorg tu xde la bakat mana..bahasa pun out, tapi dah dua buku buat (walaupun kerjasama dgn org lain)

cik dibah BOLEH!!!!

mr.mussel

adibah said...

Lyn,
ye lyn.. tengah exam week jugak.. lyn take care too, ok.. :)


Tijah,
ye ke Jah..?.. takda ke realiti TV untuk penulis ye? nak gak aku join.. hehe


edzlin,
u take care too, dear

A.K.U.D.O said...

aku peminat setia kau.
tak semua org ada bakat menulis, walau ada byk juga perasaan yg nak dicerita..mcm akulah...