Tuesday, June 8, 2010

Sedihnya..


Makan malam tadi di sebuah gerai tomyam.. berhampiran masjid. Sangat hampir.. kiranya berkongsi parking dengan jemaah masjid. Gerai kelihatan penuh. Full house. Jadi, perlu berkongsi meja yang panjang (3 meja yang dicantumkan). Di sebelah kanan aku, dua pasangan remaja .. aku rasa diorang ni dalam 20-21 tahun umurnya.. Makan kerang bakar, nasi goreng pataya dan bubur campur.

Typical youngsters sekarang, kalo bercakap dengan kawan2.. biasanya kasar.. which i don't mind at all. Itu cara mereka. Zaman aku remaja dulu pun.. orang2 tua sibuk kata.. "budak2 zaman sekarang ni..semakin teruk.. tak macam kami dulu2.. ".. Dan aku dah biasa dengar ayat tu, whch i believe, zaman mereka muda2 dulu pun.. mak bapak diorang duk kata gitu jugak.. Infact dalam cerita hitam putih zaman P Ramlee pun dah ada line ayat tu.

Okay.. back to the youngsters tadi tu.. aku dengar budak2 ni sembang.. perkataan2 seperti B*D*H, PA**AT, PU***AK, S**TAN, B*** dan S*AL memang tak lekang dari mulut.. Boleh dikatakan most of the sentences mesti terselit salah satu dari perkataan tu.. which i don't mind..

Cuma yang aku rasa tak selesa.. bila berkumandangnya azan Isya' tadi.. perkataan2 tu masih lagi keluar dari mulut mereka.. malah sama selari kuatnya dengan suara muazin itu..

Kemanakah hilangnya rasa hormat sebagai seorang hambaNya?


Sedihnya... :(




Salam kasih.

6 comments:

kal jis (im not carl zeiss) said...

Kmk stuju ngan entry ktk tuk.. Kmk pun rasa pelik dan sedih ngan sesetengah remaja nektuk yg bagei nipis budaya adab tatasusilanya.. :)

Tijah said...

mmm...

kita pun nanti kena jaga molot masa berdiskusi depan cailfish kan nok? kita ckp tak carots tapi byk dabelmining.

hikhikhik....

aloy_paradoks said...

salam takziah..

adibah said...

kaljis,
ya lah.. sedih jak nangga..


tijah,
betul.. tapikan.. cailfish kita pun dah advance dari kita kadangkala.. canerr..? hiks


aloy,
terima kasih..

en_me said...

peringatan tuk diri me jugerr.. insaff kanns.. uhuhu

edzlin007 said...

Ya Allah...sedihnya bila baca ini. saya bersyukur rakan2 yg muda yg saya kenal takde yang macam ini.