Saturday, March 1, 2008

Diam Diam


Can a lady make the first move?
Maniskah? Sopankah? Adakah dia akan dilabelkan sebagai terhegeh-terhegeh? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong? Tak tahu malu? Masih 'berfungsikah' peribahasa perigi mencari timba, setelah 51 tahun Malaysia merdeka? Hilangkah kesopanan dan kesusilaannya kalau perempuan yang memulakan langkah pertama? Ataupun rasa hati tak perlu diluahkan? Simpan sahaja. Diam diam sahaja.


Bila selalu ditanya soalan-soalan bonus seperti;

"Why don't u make the 1st move?"

"Cuba la terus terang bagitau dia, kau suka dia!"

"Give me his number, I'll help you to tell him the truth!"

"Cakap je la.. kan senang..?"

"Jangan lah malu.. aku tengok kau dgn dia memang rapat.. terus terang lah...!"


Jawapan standard aku adalah;

"Ish.. taknak lah.."

"Ada ka.. seganlah.."

"Hey! Don't call him.. let it be.."

"Aku kan perempuan, takkan lah..."

"Biarlah.. bukan jodoh aku dgn dia..."


Tapi, semalam berbeza. Tahniah pada diri sendiri sebab aku berani! Semestinya selepas ini, aku akan diam.. selagi dia masih diam...


Diam Diam Rindu - Dahlan Zainuddin


Jika terkasar bicaraku kepadamu
jika terlupa kuucapkan selamat malam
bukan niatku melukai hatimu
aku sendiri rindu dendam

Jika terganggu mimpi dikau malam tadi
jika terpadam kisah cinta yang disimpan
aku mengerti permainan dihati
tiada syarat dan batasan

Dalam rinduku seribu cerita bahagia
bermain celah awan biru
dalam khayalan aku malu berkata
diam diam rindu

Dalam rinduku seribu cerita bahagia
bermain celah awan biru
dalam khayalan aku malu berkata
diam diam rindu

Bukan niatku melukai hatimu
aku sendiri rindu dendam

Jika terganggu mimpi dikau malam tadi
jika terpadam kisah cinta yang disimpan
aku mengerti permainan dihati
tiada syarat dan batasan

Dalam rinduku seribu cerita bahagia
bermain celah awan biru
dalam khayalan aku malu berkata
diam diam rindu

Dalam rinduku seribu cerita bahagia
bermain celah awan biru
dalam khayalan aku malu berkata
diam diam rindu



Take care everyone..! And, enjoy the song ya..

3 comments:

Unknown said...

cmnekah aku bley tau dan ikut nyanyi lagu ini? adakah kerana aku dah kertu???

ohhh...tidakkkk....botox where r u

adibah said...

ciktipah - uols kan baru 25.. mana ada tua.. ;-)

Aida Rahayu said...

Saya mengerti perasaan itu. Diam..diam..rindu.. :-)