Saturday, June 21, 2008

Sesekali

Aku jarang sekali menempuh traffic jam. Salah satu kebaikan kerja di luar waktu biasa (9am to 5pm) adalah tidak perlu drive masa traffic jam. Aku keluar rumah seawal 5.30am, diwaktu jalan masih clear. Dalam masa kurang 10 minit dah sampai ofis. Hanya sesekali perjalanan menjadi perlahan, bila terserempak dengan accident yang ada kalanya amat mengerikan (pernah sebuah Mercedes 'terbang & summersault' depan mata aku sendiri). Waktu balik dari ofis pun sama, hanya ada traffic jam sedikit sahaja (waktu lunch).


Semalam, my sis and I nak ke USJ selepas waktu ofis. Aku sampai di ofis dia pukul 6.10pm selepas 40 minit mengharung jalan yang jam, dari rumah aku ke office dia. Padahal biasanya cuma dalam 15 minit sahaja. Aduh.. dari mana datangnya kereta2 ni ya? Hari Jumaat biasanya lebih jam dari biasa ya? Kenapa agaknya eh? Kesabaran diuji tau... aduhai... sabar je lah.. So, I decided to use NPE Highway to avoid traffic congestion at the Federal Highway.





6.58pm aku masih ada di depan Muzium Negara. Traffic was not moving. Aku terbayang traffic light kat depan nuuuuu after KL Sentral. Aduhai.. jauhnya lagi.. I told my sis, silap2 kul 8pm pun tak sampai lagi USJ. Disebabkan aku tak biasa dengan keadaan jam macam ni.. kesabaran pun sedikit sebanyak diuji juga. Bosan juga ya memandu dalam keadaan jam macam ni.





Akhirnya sampai juga ke destinasi 41 minit selepas itu. Alhamdulillah. Lama kan? Selalunya kalau guna NPE, 15 minit boleh sampai ke USJ. Paling lambat pun 20 minit. Aku tabik pada drivers yang sanggup dan sabar mengharung jalan jam setiap hari, pergi dan balik kerja. Kata orang.. alah bisa tegal biasa. Dan traffic jam yang paling mengerikan aku adalah masa balik dari bercuti di Pantai Timur, Chinese New Year yang lalu. Bayangkan, 11 hours from KT to KL. Aku akan ingat sampai bila-bila. Huhu.


Take care everyone.

Thursday, June 19, 2008

Apa Ni Eh?

Apa ni eh?

Masa jalan ke kereta, balik dari kerja tadi, dari jauh lagi aku nampak sekeping kertas di windscreen. Aduh.. apa tu eh?? Takkan lah saman sebab aku park dalam petak yang betul. Surat ugutan Alongkah? Eh.. takkan lah.. mana pernah aku hutang dengan mana-mana Ahlong.. Ahlong Bukit Beruntung pun takda.. Aduhai...






Lorr..... rupanya iklan mencuci kereta. Sebenarnya dah lama sangat dah aku tak cuci kereta. Ada la dalam 3 minggu. Sebab cuaca tak menentu ni.. malas nak cuci kereta. Lagipun construction sana sini.. habis kereta berdebu & kotor. Baru cuci sekejap, dah kotor balik!


Anyway, need to take my car to the nearest car wash ASAP. Kesian dia dah lama tak mandi.


Take care.

Wednesday, June 18, 2008

Chicken Pox


Pernah tak kena demam campak - chicken pox? Selalunya kita kena chicken pox sekali dalam seumur hidup, especially time sekolah2 dulu kan? Kalau kat asrama, sapa2 yang kena chicken pox selalunya kena kuarantin, ataupun kalau rumah dekat, kena balik ke rumah. Sebab chicken pox ni berjangkit, kalau dalam kelas/asrama tu ada sorang kena chicken pox, maknanya lepas tu ada la 3-4 orang lagi yang akan kena bergilir-gilir.


Aku ingat lagi, aku kena chicken pox masa di Tingkatan 1, berjangkit dari kawan kelas. Dapat MC 2 minggu. Ngeri bila tengok chicken pox tu timbul, makin lama makin banyak, dari hujung rambut, sampai hujung kaki. Kata orang tua-tua, kalau nak cepat keluar chicken pox tu, lebih baik minum air kelapa muda. Yang paling pedih sekali , bila chicken pox tu nak pecah. Pedih weh...Dan time yang paling rasa gatal & tak selesa, bila bekas chiken pox yang pecah tu nak kering. Sedapnya menggaru & mengopek. Huhu... Best betul kalau dapat menggaru sebab gatal giler tau... Time tu lah dugaan paling hebat sekali.


Dan time tu lah, nenek datang, bawak beras tumbuk + kunyit untuk disapu diseluruh badan (ala2 body scrub). Sambil menyapu home-made body scrub tu, sempat jugak la nenek aku menyampaikan amanat2 dia.. "Jaga pantang... tak boleh kena kipas, jangan makan kicap.. nanti hitam parut2 tu, jangan makan telur nanti bernanah bekas campak (chicken pox) tu, jangan keluar rumah, jangan makan benda2 berminyak, jangan itu dan jangan ini... Awak tu perempuan.. tak elok kalau berparut sana sini.." Aduhai... Sepanjang kena chicken pox tu puas lah aku makan nasi & sup tauhu tiap-tiap hari. Memang banyak pantang larangnya kalau kena chicken pox ni kan?


MC masa chicken pox ni kebosanannya di tahap maksimum sekali, sebab nak menahan diri dari menggaru & melalui segala pantang larang yang ada. Masa aku kena tu, segala majalah & buku cerita habis aku baca. Nak tengok tv pun, kena tunggu pukul 3 petang baru ada siaran. Zaman tu mana ada tv 24jam macam sekarang... Aku masih ingat lagi, masa tengah MC panjang tu, aku siap tukar-tukar notes dengan member2 kat sekolah. Kirim melalui geng bas sekolah. Yelah kan.. zaman dulu, mana ada Instant Messenger, mana ada handphone nak sms/call, kan?



MonchehMan

MonchehMan baru baik dari chicken pox. 2 minggu MC. Dia duk risau bilalah parut2 kat muka tu hilang. Aku bagitau dia "Jangan risau, kejap je.. dalam setahun tu hilang la parutnya". Relaks lah bro, kan banyak Spa & facial treatment center, boleh buat facial scrub, cepat sikit hilang parut tu. "Habih jatuh saham den 70%" katanya. Ekekekeke.


Take care everyone. Selamat berpantang kalau kena chicken pox. :-)

Tuesday, June 17, 2008

......



Please come back....

Cukup Hanya Sekali Sayang

Sepatutnya kami berlima keluar nonton "Kungfu Panda" last weekend, tapi akhirnya tinggal angan-angan. Semua cinema full house. Ramai sungguh orang nak tengok the cute panda berkungfu. Kawan-kawan di office yang dah nonton semua recommend pergi tengok. Bila dah frust tak dapt tiket.. baru terasa perut lapar sebab belum lunch lagi. Singgah di Carrefour Ampang. CheAh teringin nak makan laksa untuk lunch, jadi singgah di kedai yang jual pelbagai laksa tu.



Dikna order Roti Jala + Kari Ayam (yang rasa ala2 dah dua tiga kali reheat)
Dia tak jamah langsung kari ayam tu - 3/10


And a giant size ABC. "Ish.. tak sedap langsung, rasa ubat batuk"katanya - 3/10



Cuba teka apakah ini?


My sis ordered lontong. Dengan wajah yang agak musykil...
"Errr... lontong kah ini.....???" - 2/10



Nad & CheAh. Mereka dua sangat gembira kerana..



They ordered Laksa Sarawak. Bolehlah... - 5/10



And I ordered Mihun Sup Daging - 0.5/10. Dalam buku menu gambarnya nampak sangat tempting. Ada beberapa ketul daging yang besar. Tapi hasilnya cuma beberapa cebisan daging + mihun + tauge. Bak kata CheAh & Nad.. "Kat pasar malam punya lagi nampak menarik!!" I paid RM9.90++ for this so-called Mihun Sup Daging darling... which I could get from Pasar Malam for only RM3.00! And it might taste better than this one. Boleh beli 3 bungkus beb! Duhh!!!


Jus limau kasturi + asamboi.. bolehlah... 5/10


I think this is the worst outlet i've ever been to. Kat tempat-tempat lain semuanya okay. Patutlah kedai ni kosong masa kami semua sampai. The waitress pun duk pandang-pandang je bila aku amik gambar itu dan ini. And I promise to myself, this is my first and the last time jejak kaki kat kedai ni. To this particular outlet I mean. Titik.



Dikna komplen. Kata dia "KFC pun lagiiiii best".. Aiyoo!!! Nampak tak Atuk Omputeh tu tengah gelakkan kitorang kat belakang? "Padan muka uols.. Iols suruh singgah sini taknak..!" gittew lah katanya agaknya kan..? Hahahaha


Sedar tak sedar... ini adalah entry yang ke 200!


Take care everyone.

Sunday, June 15, 2008

15 June

Setiap 15 June, aku tak pernah lupa hantar birthday wish sms...







dan...






Dia tak pernah lupa untuk reply..




..short and sweet.. :)


Aku plan nak buat video, tapi.. sebab tak berkesempatan.. Jadi, teman-temanku sekelian, saksikanlah video dari 'Birthday Boy' sendiri... Hehehe






HAPPY 35th BIRTHDAY, YUSRY..!
Semoga bertambah tambah
tambah tambah sukses, insyaAllah.


Take care everyone.

Happy Father's Day


Semalam balik dari exam, my sis and I balik ke rumah ayah. Dia komplen, katanya dia cuma dialysis hanya 3 jam instead of 4 jam. Jadi, dia risau kalau2 semput atau sakit dada. Bila dah risau, dia jadi tak boleh tidur, takda selera makan and restless.

Jam 4 pagi, dia kata dia nak gi HKL, sebab mula rasa sakit dada dan risau takut sesak nafas. Kami pergi dan segala urusan selesai dalam jam 6 pagi. Doktor suruh tunggu lagi 3-4 jam untuk tau result ujian darah. We went to my place, rehat2 & breakfast dan dalam pukul 9.30 pergi ke HKL semula. Alhamdulillah, ujian darah was okay. Dan nampak raut muka ayah lega.

Balik semula ke rumah ayah, and around 2pm, dia komplen sakit kepala. Bila check BP, bacaannya rendah. We told him to relax and cuba tidur since dia tak tidur langsung dari semalam. Risaukan dialysisnya yang hanya 3 jam. Mujurlah ada BP reader kat rumah, boleh jugak monitor setiap 30 minit. Alhamdulillah, few hours later, BP dia okay semula. And sebelum balik tadi, aku bawak everyone dinner kat tempat yang ayah pilih. At least, bangkit juga selera dia nak makan.


So.. itulah caranya aku celebrate Hari Bapa hari ni, seawal jam 4 pagi! Selamat Hari Bapa untuk semua Ayah, Papa, Abah, Daddy, Abbi, Ayahanda atau apa juga panggilan anak-anak anda, ya.



PENJUNJUNG NAMAKU - KRU

Setiap titis air mata
Setiap saat nan berduka
Mengajar aku erti dunia
Tak ku lupa pengorbanan kehidupan
Memikul beban di bahu nan selalu
Memberi yang termampu

Ayahku terlalu menyayangi aku
Mendedikasikan hidupnya kepadaku
Dan ibu sentiasa ada bersama
Walau serendah mana aku
Dia tetap menjunjung namaku

Biarku belai tanganmu
Yang telah ditelan usia
Namun penuh berjasa.. mulia
Terlalu lama impianku luahkan rasa
Kesyukuranku dihati
Pada dua insan paling ku sayangi

Biarku hilang segalanya
Harta benda ataupun nyawa
Asal tak ku hilang kau berdua
Dan aku berdoa
Semoga sejahtera selamanya
Hidup kita sekeluarga
Di dunia dan selepasnya


Lagu/lirik : Edry Abdul Halim



Take care everyone.

Done!

Alhamdulillah. I've completed my 1st semester on Saturday. The paper was okay.. err.. I think :-) It's not easy, darling.. Aku di uji dengan pelbagai hal dalam semester pertama ni. Komitmen terhadap kerja, family dan peribadi banyak diuji. Macamana pun, assignment perlu disiapkan, coursework, presentation mesti on-time. Sebenarnya, pernah jugak perkataan 'quit' terdetik di hati. Tapi, akhirnya sampai juga ke garis penamat pusingan pertama. Alhamdulillah.



Katanya ... "Tahniah. Keep doing ur very best.
'll pray for ur success."


Nampak simple and yet, inspiring. Aku terharu bila dapat sms ni. Thank you so much.


Take care everyone.

Thursday, June 12, 2008

Sepi III

Dalam entry yang lepas, aku katakan yang aku ke sana ke mari tercari-cari lirik OST filem Sepi yang juga berjudul Sepi, nyanyian Yuni Shara, ciptaan Melly Goeslow, kan? Rupanya bro. Ajami perasan aku singgah ke lamannya, menjenguk kalau2 ada lirik lagu Sepi. Terima kasih daun keladi, bro. Ajami. Kalau sudi singgahlah lagi ya..

Enjoy the song everyone... kalau sudi.. jom nyanyi sama..! :-)




Sepi - Yuni Shara

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati
Aku sepi
Biar senyum hadir dihariku
Namun ini hanya
Ada di bibir.. di bibir saja

Aku ini
Yang biasa mengerti
Walaupun yang lain
Mau mengerti
Namun berat beban dihidupku
Biarkan saja... biar saja
Hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri
Oh... Ada saatnya kubicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang kubisa atasi semua
aku tetap diam oh...

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri

Oh... ada saatnya kubicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang kubisa atasi semua
Aku tetap diam...


Lagu & lirik: Melly Goeslow



Take care everyone. Enjoy the song.

Wednesday, June 11, 2008

Teringin Dengan Sangat


Alangkah indahnya kalau di waktu ini.. sekarang ini.. tika ini...

di depan aku ada...



photo from here

air laici + limau nipis...



...dan roti canai..


Sedapnyer........


Take care everyone.
Gudnite.

Sepi II

Sebenarnya cuba cari lirik lagu Sepi nyanyian Yuni Shara, salah satu OST untuk filem Sepi, tapi tak jumpa. Akhirnya, terjumpa satu lagu dari The Lima, juga salah satu OST untuk filem Sepi. Bila dengar lagu tu, dapat teka dah siapa penciptanya. Love that song.. "Kau Ada Dia".



Sepi..


Kau ada Dia

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa

Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya
Aku sedar kau ada dia

Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra di lamun cinta
Oh tetapi kenyataannya
Aku sedar kau ada dia.


Lirik & lagu : Edry KRU



Take care everyone. Enjoy the song.


Sepi




28 Jun nanti nak menonton filem Sepi. Tanda sokongan untuk Cip Kodok, Cip Afdlin Shauki. I love the trailer.


Btw, aku plan nak buat special video entry 15Jun. Harap2 menjadi ya, insyaAllah.


Take care everyone.

Chak!

Akhirnya line telefon rumah dah okay. Mungkin kena panah petir. Habis line dan telefon (yang saaaanngggaaaaaaaaaaaat jarang digunakan) rosak. Need a new phone nampaknya.. Tapi takpalah, I just need the internet line anyway. Takda phone pun tak apa.



This look like a normal fridge kan? Memang normal fridge tapi kegunaan nya saja yang lebih kreatif dari biasa. Kalau fridge di rumah anda tidak boleh berfungsi seperti biasa.. jangan dibuang ya..


Tadaaaaaaa

Isikan dengan barang-barang yang tak boleh dimakan dan tidak mempunyai expiry date! This is real tau.. bukan super impose atau photoshop watsoever!! Aku dengan confident nya bukak fridge ni dengan pertanyaan dalam hati "Kenapa pulak fridge ni ada dalam bilik" .. sekali bukak.. aku gelak sekuat hati! Hahahaha.


I have Managerial Accounting paper this Saturday. Semoga dipermudahkan, Amin..


Take care everyone.

Friday, June 6, 2008

Sweetest Thing

Sebelum "spiderman" muncul lagi.. aku pastikan aku update blog ini.. Ahaks! Been very very very busy. Tak sempat nak meng'update' blog, cuma sempat 'mencuri' masa untuk melawat blog teman-teman yang 'wajib' dijengah setiap hari.


Banyak sungguh dugaan aku dalam seminggu dua ni. Sibuk dengan new system di office, dugaan exam esok.. (and I still haven't finish my revision.. huhu), ke hospital setiap hari dan ke sana kemari atas urusan peribadi. Ditambah lagi dengan dugaan line telefon rumah yang rosak.. tak dapat nak online. Kemudian.. ada pulak dengar cerita jiran kami di tingkat lain ternampak cik Han..tu... sebelum Maghrib. Mmm.. macamana pulak dengan aku yang keluar rumah sebelum Subuh nih?? Aduhai... Macam-macam... Aha.. lupa nak tambah.. harga minyak naik 78sen pun buat aku pening kepala juga... macam semua orang. Pening kan? Jom cari panadol ActiveFast.. hiks! hiks


Dalam pening-pening langau(ada ke?) ni.. aku masih mampu tersenyum. Aku masih rasa happy sangat. Something miracle happened. Something sweet. Something that makes me feel younger.. haha... (ciktipah, sila muntah sekarang..ekekeke). The magic of Facebook. Korang dah join Facebook? Silalah register sekarang di sini.


Aku 'terjumpa' balik dengan seseorang yang dah 10 tahun hilang dari pandangan aku. Kami terpisah sebab masalah teknikal. Dia hilang telefon dan aku pulak tukar nombor baru. Lagipun masing-masing tak ingat email address. Bukan ke itu masalah teknikal namanya. Hehe. Terus hilang macam tu je. Dan aku jumpa dia semula di Facebook. Aku cuba type message panjang-panjang, tapi akhirnya aku delete semua message tu kecuali perkataan "Hi". Sebab aku tak yakin dia masih ingat aku lagi. Tak lama lepas tu, aku dapat reply & I was so very very happy. Oh.. masih ingat lagi rupanya. Empat digit terakhir nombor telefon lama aku pun masih dia ingat and katanya masih simpan lagi souvenir dari Padang, Indonesia yang aku bagi 10 tahun yang lalu


Sepanjang 10 tahun tu, pernah juga dia terlintas di fikiran aku sekali-sekala, tapi sekadar memori indah dalam hidup. Sekadar terlintas di hati "Apa khabar agaknya dia ya...". Isnin lepas, setelah 10 tahun terpisah, akhirnya kami berbual di telefon. Aku rasa sangat nervous. Tipulah kalau aku kata aku tak rindu bercakap dengan dia. "

"We were paused.." katanya.

Kami bercerita. Tentang hidup. Tentang memori kami. Tentang segala. Suaranya tak berubah. Aku terharu. Perbualan membawa kami balik ke tahun 1998(tu yang rasa muda tu ciktipah.. hehe

Tapi sekarang, masa dah berubah. Situasi juga sudah berubah. Ada garis 'virtual' yang perlu kami lukis. Hanya teman. Tidak lebih dari itu. Dan semoga tidak terpisah lagi. Cuma belum berkesempatan nak berjumpa. Tunggulah, InsyaAllah minggu depan, bila dah habis exam, bila ada kelapangan, bolehlah kami berjumpa. Mmm.. macamana ya.. selepas 10 tahun.. nak berjumpa semula. Silap2.. hanya "Hi" saja yang mampu aku ucapkan nanti. Hehe.

As sweet and irresistable as chocolate




Tapi.. aku terfikir juga, kenapa ya.. dipertemukan kembali selepas 10 tahun? Wallahualam. Anyway, I'll be sitting for my final exam tomorrow. Semoga dipermudahkan. Amin..


Take care everyone.