Aku jarang sekali menempuh traffic jam. Salah satu kebaikan kerja di luar waktu biasa (9am to 5pm) adalah tidak perlu drive masa traffic jam. Aku keluar rumah seawal 5.30am, diwaktu jalan masih clear. Dalam masa kurang 10 minit dah sampai ofis. Hanya sesekali perjalanan menjadi perlahan, bila terserempak dengan accident yang ada kalanya amat mengerikan (pernah sebuah Mercedes 'terbang & summersault' depan mata aku sendiri). Waktu balik dari ofis pun sama, hanya ada traffic jam sedikit sahaja (waktu lunch).
Semalam, my sis and I nak ke USJ selepas waktu ofis. Aku sampai di ofis dia pukul 6.10pm selepas 40 minit mengharung jalan yang jam, dari rumah aku ke office dia. Padahal biasanya cuma dalam 15 minit sahaja. Aduh.. dari mana datangnya kereta2 ni ya? Hari Jumaat biasanya lebih jam dari biasa ya? Kenapa agaknya eh? Kesabaran diuji tau... aduhai... sabar je lah.. So, I decided to use NPE Highway to avoid traffic congestion at the Federal Highway.
6.58pm aku masih ada di depan Muzium Negara. Traffic was not moving. Aku terbayang traffic light kat depan nuuuuu after KL Sentral. Aduhai.. jauhnya lagi.. I told my sis, silap2 kul 8pm pun tak sampai lagi USJ. Disebabkan aku tak biasa dengan keadaan jam macam ni.. kesabaran pun sedikit sebanyak diuji juga. Bosan juga ya memandu dalam keadaan jam macam ni.
Akhirnya sampai juga ke destinasi 41 minit selepas itu. Alhamdulillah. Lama kan? Selalunya kalau guna NPE, 15 minit boleh sampai ke USJ. Paling lambat pun 20 minit. Aku tabik pada drivers yang sanggup dan sabar mengharung jalan jam setiap hari, pergi dan balik kerja. Kata orang.. alah bisa tegal biasa. Dan traffic jam yang paling mengerikan aku adalah masa balik dari bercuti di Pantai Timur, Chinese New Year yang lalu. Bayangkan, 11 hours from KT to KL. Aku akan ingat sampai bila-bila. Huhu.
Take care everyone.
2 comments:
huuhuhuh
me pun pernah kene skali
on the way nak ke kl
from kedah masa tu
cuti merdeka
macam nak nages dah dalam kete
couse tgk jalan highway yg sesak gilossss
kete pun gerak 5 minit satu meter
huhuhuhuhuuuhu
serik dah
Megat,
Moral of the story is, jangan drive during peak season, kan? Everyone can fly now! Hehe.
Post a Comment