Friday, June 6, 2008

Sweetest Thing

Sebelum "spiderman" muncul lagi.. aku pastikan aku update blog ini.. Ahaks! Been very very very busy. Tak sempat nak meng'update' blog, cuma sempat 'mencuri' masa untuk melawat blog teman-teman yang 'wajib' dijengah setiap hari.


Banyak sungguh dugaan aku dalam seminggu dua ni. Sibuk dengan new system di office, dugaan exam esok.. (and I still haven't finish my revision.. huhu), ke hospital setiap hari dan ke sana kemari atas urusan peribadi. Ditambah lagi dengan dugaan line telefon rumah yang rosak.. tak dapat nak online. Kemudian.. ada pulak dengar cerita jiran kami di tingkat lain ternampak cik Han..tu... sebelum Maghrib. Mmm.. macamana pulak dengan aku yang keluar rumah sebelum Subuh nih?? Aduhai... Macam-macam... Aha.. lupa nak tambah.. harga minyak naik 78sen pun buat aku pening kepala juga... macam semua orang. Pening kan? Jom cari panadol ActiveFast.. hiks! hiks


Dalam pening-pening langau(ada ke?) ni.. aku masih mampu tersenyum. Aku masih rasa happy sangat. Something miracle happened. Something sweet. Something that makes me feel younger.. haha... (ciktipah, sila muntah sekarang..ekekeke). The magic of Facebook. Korang dah join Facebook? Silalah register sekarang di sini.


Aku 'terjumpa' balik dengan seseorang yang dah 10 tahun hilang dari pandangan aku. Kami terpisah sebab masalah teknikal. Dia hilang telefon dan aku pulak tukar nombor baru. Lagipun masing-masing tak ingat email address. Bukan ke itu masalah teknikal namanya. Hehe. Terus hilang macam tu je. Dan aku jumpa dia semula di Facebook. Aku cuba type message panjang-panjang, tapi akhirnya aku delete semua message tu kecuali perkataan "Hi". Sebab aku tak yakin dia masih ingat aku lagi. Tak lama lepas tu, aku dapat reply & I was so very very happy. Oh.. masih ingat lagi rupanya. Empat digit terakhir nombor telefon lama aku pun masih dia ingat and katanya masih simpan lagi souvenir dari Padang, Indonesia yang aku bagi 10 tahun yang lalu


Sepanjang 10 tahun tu, pernah juga dia terlintas di fikiran aku sekali-sekala, tapi sekadar memori indah dalam hidup. Sekadar terlintas di hati "Apa khabar agaknya dia ya...". Isnin lepas, setelah 10 tahun terpisah, akhirnya kami berbual di telefon. Aku rasa sangat nervous. Tipulah kalau aku kata aku tak rindu bercakap dengan dia. "

"We were paused.." katanya.

Kami bercerita. Tentang hidup. Tentang memori kami. Tentang segala. Suaranya tak berubah. Aku terharu. Perbualan membawa kami balik ke tahun 1998(tu yang rasa muda tu ciktipah.. hehe

Tapi sekarang, masa dah berubah. Situasi juga sudah berubah. Ada garis 'virtual' yang perlu kami lukis. Hanya teman. Tidak lebih dari itu. Dan semoga tidak terpisah lagi. Cuma belum berkesempatan nak berjumpa. Tunggulah, InsyaAllah minggu depan, bila dah habis exam, bila ada kelapangan, bolehlah kami berjumpa. Mmm.. macamana ya.. selepas 10 tahun.. nak berjumpa semula. Silap2.. hanya "Hi" saja yang mampu aku ucapkan nanti. Hehe.

As sweet and irresistable as chocolate




Tapi.. aku terfikir juga, kenapa ya.. dipertemukan kembali selepas 10 tahun? Wallahualam. Anyway, I'll be sitting for my final exam tomorrow. Semoga dipermudahkan. Amin..


Take care everyone.

4 comments:

Ad said...

mamat tu nama 'daim' ker?

wah..memori daun pisang yerrr

adibah said...

Ad,

Coklat Daim tu coklat fevret akak tu..

tu lah Ad, tak sangka jumpa balik.

Unknown said...

uhukk..uhukkk...tak menjwp soklan hokey yg ad tnya tu. bukan peberet coklat uols ferrero kah ekekek.. cmne xm uols? carry marks dah kowkow shd be no prob kann....

adibah said...

ciktipah,

exam okay.. alhamdulilah. hik..hik..