Thursday, October 29, 2009

2 Ladies, A Gentleman and Satay Station


Tu dia.. tajuk macam buku cerita kononnya.. hiks! Sebenarnya nak bercerita tentang keluar gi dinner... Selasa lepas, kami (Addy, my sis and I) ke Satay Station, Jalan Kg Pandan. Mujur orang tak berapa nak ramai.. selalunya full house.. Mungkin sebab dah penghujung2 bulan.. jadi kurang customer.. Dapatlah kami duduk kat area dalam rumah Satay Station tu.. Sembang2 sambil makan. Suasana yang nyaman dan santai. Sekejap bersila, sekejap bersimpuh, sekejap melunjur kaki sambil bersembang itu dan ini..


Satay: Ayam, Daging atau Hati. Pilih saja, tanya selera..


Mee Rebus yang mabeles..!


Jus epal + asam boi.. yang paling popular di SatayStation


My sis and I. This is her first satay after CABG aka OpenHeartSurgery.
She only had 2 sticks of satay ayam. Okay ler.. sekadar nak rasa.. :-)


with Addy

Cubalah ke SatayStation Jln Kg Pandan kalau teringin nak makan satay & mee rebus sambil bersantai. Dapatkan seat di dalam rumah.. suasananya lebih selesa, santai dan nyaman... tak sedar masa berlalu. Banyak dah blog yang tulis tentang tempat makan ni.. lebih2 lagi bila dah pernah keluar dalam rancangan TV3, Jalan Jalan Cari Makan.. Cubalah...! :-)


Salam kasih.

Wednesday, October 28, 2009

Meeting

Ahad lepas, aku ke SubangParade, ada meeting dengan member2 di ITMCS dulu.. untuk bincang tentang next reunion. InsyaAllah akan buat July next year.. (harap2 aku bukan dalam musim exam atau presentation time tu..)



Meeting point was at SecretRecipe, SubangParade. Aku sampai lewat.. sebab kena settle things sebelum ke sana.. Dah lama dah aku tak jumpa kawan2 aku nih.. rasanya last jumpa before puasa hari tu.. itu pun sebab one of our frens dari Kuching turun KL.

Now its our turn.. batch 91 yang ada di KL untuk organize reunion dinner.. Need to plan early.. supaya tak kelam kabut nanti. Harap2 projek ni nanti menjadi. InsyaAllah..



Salam kasih.

Friday, October 23, 2009

Setuju?


Setuju?



Salam kasih.

Mencari Yang Sesuai

Dah berminggu-minggu lagu di blog aku ni tak bertukar.. mencari lagu yang sesuai dengan emosi.. mencari lagu yang boleh menceritakan tentang jiwa.. tapi masih belum berjumpa..

Teringin gak aku nak letak lagu Pusiketdol ni.. tapi.. macam tak sesuai je... lagu Pusiketdol yang ada menyinggah dalam minda aku sekarang ini adalah.. Don't cha..

Don't cha wish your girlfren was hot like me?
Don't cha wish you girlfren was a freak like me?
Don't cha?
Don't cha?


Hawt??? Ni bukan hawt dah nih.. ini sudah sunburn... dehydrated jadinyer nanti.. heheh.. payah aku nak mencarik gambar Pusiketdol neh untuk diletak dalam entry aku.. rasanya inilah salah satu yang paling besopansantun.. huhu.. Mmm.. Pusiketdol ni penah perform kat Malaysia ke?? I wonder...

Aku pun teringin jugak nak letak lagu yang romantik2 seperti.. lagu dari kumpulan Spring, Scoin, Gersang, TerraRosa dan sebagainya... yang aku tak tau tajuknya... jadi.. takdapek la den nak letak... lagu2 romantik begitu.. sekali sekala dengar di SinarFm & HotFm.. best jugak..

Akhirnya.. sambil aku menaip2 ni.. aku teringat lagu dari artis kegemaran arwah ayah dan mak.. lagu Sir Cliff Richard.. Ocean Deep.. aku pun suka gak lagu ni..





Enjoy the video..



Salam kasih.

Thursday, October 22, 2009

Belajar Berdikari


Sessi pertama belajar berdikari adalah masa tukar tayar KureKure hari tu.. dan kali ni.. belajar berdikari.. bawak KureKure gi servis.

Mula-mula pergi salah satu kedai jual alat2 servis keta.. the one opposite Balai Polis kat Kompleks Damai tu. Apek tokey tu nampak aku dia senyum.. "Kawan tak datang?" Aku jawab "Tak, dia kerja ma.." Then apek tu senyum.. "Sekarang kena beli sendiri ka?" .. Aku gelak & angguk. Macam paham jer apek tokey tu.. hahaha..

Untuk servis KureKure:
  • Engine oil - Stop One 10W/40
  • Gear oil (auto) - Toyota Type T-IV
  • Oil engine filter - Perodua

Tokey tu baik.. tolong loadkan barang2 ni dalam kereta. "Berat ma.. Kesian you.. selalu abang tolong angkat". Adeih.. boleh?? Berat mata membaca, berat lagi hati aku yang mendengar.. Lepas dia load barang2.. aku drive ke arah workshop uncle kat bawah pokok ketapang. Dia pun pelik tengok aku sorang2 kot.. siap dia tanya.. "Apa hal?". Then dia tanya "Kenapa sorang? Lu tak kerja ka?"... (owh.. nasib baik tanya style lain). "Tak.. saya cuti".




Aku suka tengok uncle ni kerja.. sangat cepat, yakin & sempoi macam yang pernah aku cerita kat entry ini. Macam-macam yang aku tanya kat uncle tadi. Bila next servis, apa lagi nak kena tukar etc. Sebab selama ni.. bukannya aku tau pun.. Setakat ikut, intai sana sini.. then settle. Sekarang.. semua perlu bikin sendiri ya.... !

Uncle kata:
  • Itu engine oil.. next 5 000km kena tukar
  • Itu gear oil.. next 20 000km baru tukar
  • Yang lain.. masih okay.. nanti next 5000km aaaa... saya check lagi ..

Owh.. tengkiu uncle..! Aku harap untuk servis yang akan datang.. kalau aku datang sorang.. aku dah tak perlu menjawab soalan2 mukadimah itu lagi.. Selesai servis KureKure, ingatkan nak hantar dia mandi.. tapi hari hujan.. kensel.. Kita gi mandi lain kali ye sayang...!


Salam kasih.

Wednesday, October 21, 2009

Mimpi.. :BERAT


Untuk kali ke-2, aku& PatungCendana, Addyaholix & Jamee ke Shah Alam untuk sokong geng Paradoks dengan eventnya MIMPI:BERAT di Galeri Shah Alam. Aku baru lepas exam, jadi berlakunya kurang energy dalam diri aku.. . Gambar pun tak banyak yang aku ambik.. Tapi pastinya aku enjoy malam tu..

Dalam masa yang sama.. sempat bertemu dengan blogger2 lain.. Kali pertama aku jumpa mamai, a.k.u.p.e.n.t.o.i. dan lain-lain bloggers yang ada malam tu.. Gambar yang ramai2.. aku takda.. sebab segan nak keluarkan kamera kecik comel aku tu.. yang lain semuanya ber'DSLR' hehehe..




Addy, Mamai & a.k.u.p.e.n.t.o.i berdiri dibelakang aku & Jamee.


Mempromosikan buku Salun Eksotikata.


Kalaulah aku boleh baring kat dalam khemah props ni.. aduhai...pasti lena..



Really had a great time that nite.. seronok dapat jumpa mereka yang berjiwa seni. Aku memang suka menjadi penonton untuk event yang macam ni.. asyik..! Terima kasih kerana sudi menjemput kami datang.. Teruskan usaha kalian.. wahai Paradoks.. insyaAllah. kami sokong dari depan (kalo sokong dari belakang.. tak nampak.. sebab tak ngadap pentas)... hiks!



Salam kasih.

Tuesday, October 20, 2009

Kawan Sekolah


Kawan aku ni aku kenal sejak dari sekolah rendah. Kali terakhir aku duduk dan bersembang dengan this fren of mine, was on her wedding day.. lama giler dah.. anak dia yang sulung pun dah sekolah Tahun 3. Kemudian tu adalah terserempak tengah shopping kat Jalan TAR, years after that terserempak kat Tesco Kajang, then terserempak lagi kat Jusco Balakong. Gila shopping member aku neh!! Hahaha.. Terserempak je.. bukannya boleh borak2 kan? Just say hi.. and borak 2-3 rangkap je.. kan....!

Dari dulu dah plan.. konon2 nak lunch date.. Dah bertahun merancang.. tapi cuma hari Jumaat dua minggu lepas baru dipertemukan. On the way, nak ke ofis dia.. aku text suruh dia turun.. kemudian dia text aku dan tanya "Kereta apa?".. aku jawab "Ferrari kelabu".. hahaha.. Tiba2 KureKure ku yang comel bertukar menjadi Ferrari. Ingat Transformer apa... cheh!!

Since dia cuma boleh keluar 2 jam je on Friday tu.. kami lunch di KLCC. Duk pikir mana nak makan.. ding dong ding dong.. akhirnya kami memilih Nando's. Maka tak berhentilah kami bersembang.. kecuali time mengunyah.. sebabnya... tak baik borak sambil mengunyah ye adik2... hehe.. Bayangkan meng'update' cerita yang lama.. orang ni anak berapa, keje mana, duk kajang lagi ke.. pernah tak jumpa si A, pernah tak nampak si B, si C pegi mana.. gitu lah ceritanya...


Beb, best giler dapat jumpa semula.. thanks for the lunch ya.. nanti we'll work out on our plan nak buat mini gathering among ahli2 geng2 ketat kita tu yek.. Sangat happy dapat jumpa balik member2 lama....secara tidak langsung.. aku patut berterima kasih.. thanks to fesbuk..! :-)



Salam kasih.

R.I.N.D.U


Aduhai.. lama sungguh rasanya tidak menulis. Usai sudah perjalanan aku di semester kelima, Alhamdulillah.. Keputusannya? Tunggu.....!! hehe.. Macam2 perkara yang terjadi sepanjang aku tidak menulis sebenarnya. Ada yang boleh aku kongsi. Ada yang aku hanya boleh kongsi dengan hati sendiri.


Aku rindu
Ingin tulis
Ingin kongsi
Ingin cerita
Tapi masa itu
Lebih berkuasa

Terima kasih sebab masih sudi singgah di blog aku ini.. walaupun sekadar hanya untuk mendengar lagu.. (bak kata seorang kawan aku).. Maaf, komen2 dari entry sebelumnya, aku tak sempat nak balas, tapi percayalah.. sudah aku baca satu persatu, dan sudah aku jawab.. tapi di dalam hati. Serius!

Kenapa bunyi jiwang ni yek? Hmm.. entah lah.. mungkin kerana sudah lewat malam... jadi mood bertukar.. Seorang kawan aku, persepsi pertamanya tentang blog aku.. adalah "hmm.. blog jiwang..!"... Adeih.. jiwang ke? Mana ada... ada jugak kadang2 entry aku tentang cerita biasa, tentang kerja, tentang sekolah aku, tentang rasa marah, tentang makanan, tentang itu dan ini.. cuma kadang2 je.. 'butang' jiwang aku ditekan. Jadi.. lahirlah entry jiwang...

Untuk kawan aku itu: Hey.. it has been ages.. u update ur blog.. please update ye... u gonna be free for the next 3 weeks kan? kan? *wink2

Projek seterusnya adalah bersiap sedia untuk Division Hi-Tea... dan aku sedang cuba untuk menghafalkan step2 ini... CikTipah.. tolong iols noks..uols kan berpengalaman....!! Hiks!





Dan, kemungkinan perlu meng'repeat' persembahan ini.. nanti.. owhhhhhh my!!!!





Kurus laaaa akak duk prektis joget itu ini..!! hahahahahahah....



Salam kasih.

Saturday, October 10, 2009

Hadapi Dengan Senyuman




Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang




Aku cuba untuk menjadi setenangnya untuk menghadapi hari mendatang.. mudah2an semuanya baik-baik aja.. untuk kau, aku, dia dan mereka, insyaAllah.


Salam kasih.

Tuesday, October 6, 2009

Sila Percaya

Final exam schedule..


11/10/2009 - Strategic Management



1 hari kemudian...


13/10/2009 - Financial Accounting for Islamic Financial Institution


5 hari kemudian...



18/10/2009 - Business Ethics





Adohhhhhhhhhh!!!!
Sakit kepala..
Sakit dada..
Adohhhhhhhhhh!!


Doakan aku ye.. Salam kasih.

Monday, October 5, 2009

Tanya Sama Hati




Tanya sama pokok, apa sebab goyang
Nanti jawab pokok, angin yang goncang
Tanya sama angin, apa sebab goncang
Nanti jawab angin, tanyalah awan

Awan nanti kata, aku kandung air
Sampai tempat sejuk, aku pun cair
Tengok dalam air, nampak bayang-bayang
Campak satu batu, bayang pun hilang

Tanya sama hati, pernahkah merindu
Tiba masa lena, apa mimpimu
Masa berjauhan, apa nan dikenang
Bila difahamkan, itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan rindu, tentulah layu

Tanya sama hati, pernahkah merindu
Tiba masa lena, apa mimpimu
Masa berjauhan, apa nan dikenang
Bila difahamkan, itulah sayang...



Sebenarnya aku teringin nak duk tepi sungai/laut dan dengar orang main gitar/biola... sangat syiokk!!



Salam kasih.

Friday, October 2, 2009

Allah Selamatkan Kamu


Disebabkan kesibukan melawan tarikhgarisan.. aku sikit lagi nak terlupa birthday kawan aku neh.. adeh... .sorry ye beb.. ! I am extremely busy.. Nasib baik aku tengok blog CikTipah.. ada entry pasal birthday dia.. hahaha.. luper beb...!

Well, the 1st birthday wish for him in this blog was back in 2007... and i think CikTipah and i had never missed writing birthday wish entry for him. Gigih kita kan, nok?? Ekekeke... Sebab apa? Sebab dia adalah TemanTerulung aku. Sahabat aku dunia akhirat, insyaAllah. Wish him all the best.. dan semoga dirahmati Allah selalu. Aku doakan segalanya baik-baik aja untuk kau.. insyaAllah.


And.. this song is for him, a TemanTerulung of mine. EncikAmat, hope u like it!






Happy birthday... yang ke.. tiga puluh totttttttt!! hehe..



Salam kasih.

Melawan 'TarikhGarisan'


Bukan niat untuk membisu
Bukan niat untuk buat tak tahu
Bukan niat untuk menyepi

Cuma aku sedang bizi
Bersilat melawan 'tarikhgarisan'
InsyaAllah, bila semua dah okay.. aku menulis lagi.



Salan kasih.