Sunday, March 30, 2008

Hadiah dari Hati

Petang tadi jalan-jalan dengan Dikna, seperti yang dijanjikan semalam. Dia nak cari 'kad Enchanted' katanya.. Dan hasilnya, dia telah berjaya memujuk aku untuk beli...



12 Dancing Princess sling bag - RM19.90, Keychain - RM5.90



Barbie Playing Cards - RM11.95



Disney Princess Snap Card Game ( her 'Enchanted Card') - RM8.90


Untuk diri sendiri? Takda apa-apa. Nada.. Huhu. Walau apapun, masa duk layan dia main playing cards tadi, aku dapat idea untuk jadikan 2set kad ni sebagai "alat bantuan mengajar"(ABM) untuk aku ajar Dikna Maths, BM & English. Barbie cards boleh guna untuk ajar Maths & Princess cards untuk BM&English, kan? Harapnya dia jadi lebih seronok nak belajar dan mudah faham, insyaAllah.


Aku rasa happy sangat bila dia dah boleh baca subtitle di TV dengan lancar. Dia ada masalah dengan B & D, jadi, bila ada perkataan yang ada huruf2 tu dia akan jadi slow sikit. Dan tadi, bila dia dapat baca laju, aku rasa seronok sangat! Sebab itulah, aku setuju bila dia nak beli barang-barang tu tadi. Itulah hadiah dari aku sempena peningkatan dia :-)



Take care everyone.

Saturday, March 29, 2008

Turn Left Turn Right

Masih ingat lagi filem Turn Left, Turn Right tahun 2003 lakonan Takeshi Kaneshiro dan Gigi Leung Wing-kei? Tiba-tiba teringat cerita tu. Teringat lagunya. Yu Jian dari Stefani Sun.
Untuk info tentang filem ini, sila klik di sini.






Yu Jian (Meeting) - Stefani Sun


I can hear the winter leaving
I am awaking in some year, some month
I think, I wait, I am awaiting
But the future can't be arranged like this

An overcast dusk outside the car window
In the future, someone is expecting me
Look to the left, to the right, to the front
How many twists and turns will love take before coming?

What kind of conversation will I have when I meet someone?
The person I'm waiting for, how distant is he in my future?
I hear the wind coming from the subway and crowd of people
I'm standing in line, holding onto love's ticket number*

I fly forwards, flying across an ocean of time
We are also often hurt while in love
I look at the road, the entrance to this dream is a little narrow
Me meeting you is the most beautiful accident

There must be a day when I'll find a solution to the puzzle


Lyric from: http://powersugoi.net/tingdong/song.php?song=151


Enjoy the video!


Take care everyone. Gudnite.

Hari Yang Panjang

Hari ini sangat panjang... Bermula dengan diskusi dengan 'group members' untuk subjek FAMA (Financial Accounting & Management Accounting). Ada 'case analysis' yang perlu dibuat, diselesaikan untuk di'submit' esok pagi.

Oleh sebab 3 dari ahli kumpulan tidak mempunyai asas perakaunan, 2 ahli yang lain bertindak sebagai 'mentor' untuk membantu setakat yang mampu. Seronok kan kalau dapat berkongsi ilmu? Alhamdulillah. Bila dah penat... saya pun keluarkan kamera, klik sana sini.. :-)


Kongsi buku, kongsi calculator, kongsi ilmu..



Ladies.. posing please! Un dos tres... smile!! ;-)



Sister Rogayah, with her new laptop.. present from her hubby. Bestnya... :-)



Tetikus berwarna merah jambeww... tempting kan, Pinkyy?



Dalam perjalanan balik dari 'sekolah', duk fikir macamana nak pujuk Dikna untuk tangguh pergi jalan-jalan. Tangguh esok je.. petang.. after class. Hari ni rasa penat sangat.. Bila sampai rumah pukul 7pm, tengok2 Dikna dah siap mandi. Aku pun pujuk dia untuk pergi jalan-jalan esok saja. Nasib baik dia tak merajuk. Lega...



Stress therapy I



Stress therapy II



Stress therapy III - "Dikna nak tunjuk gigi rongak..hehehe"


Penat pun semakin hilang....



Take care everyone.

Yeay!

Awal-awal pagi lagi I dah sampai rumah kakak I.
Dia dah janji, 2 minggu lepas nak bawak I pegi jalan-jalan lepas sekolah.
Hari ni dia balik dari sekolah pukul 7pm.
Jadi, hari Selasa lepas I kata kat dia "Lepas maghrib, kita jalan la..".


I happy sangat hari ni sebab malam nanti nak gi jalan-jalan. Yeay!
Petang semalam, I mintak mama I buat tocang kecik-kecik.
Pagi tadi.. I bukak semua tocang.
Tadaaaaa........!


Cantik tak? ;-)
Tapikan..
I tak boleh senyum buka mulut..
Nanti nampak ada 2 ruang gigi I yang masih belum tumbuh gigi lagi.
Malu laaa I....!
Hik!Hik!



Kejap lagi, kakak I nak pegi sekolah dah.
Dia dah pesan, jangan call dia time dia kat sekolah.
Takpa...
I sabar sampai pukul 7pm.
Eiii... bestnya....! Nak gi jalan!



Kakak I pesan.. "Take care everyone."

Thursday, March 27, 2008

Imbasan Kenangan

Setiap kali Minggu Setiausaha, mesti aku teringatkan satu kisah. Tahun 2005, Anuar Zain buat persembahan untuk Secretaries Week Luncheon kat satu hotel di KL ni. Akulah antara orang yang terawal tempah tiket. Teruja sangat. Dua minggu sebelum majlis itu, siap sempat shopping, baju baru, kasut baru. Hmm... macam nak pergi 1st date aje kan? Huhu.


Benarlah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Dua minggu sebelum majlis tu, aku tak sihat, demam denggi kali pertama datang menyerang (sampai sekarang, cukuplah sudah 2 kali aku kalah dengan nyamuk aedes). Terpaksa tinggal di wad untuk beberapa hari. Hari kedua di wad, dalam keadaan sakit-sakit dan lemah tu, sempat juga tanya doktor aku bila agaknya aku boleh keluar? Dia kata tak pasti, tengok pada ketahanan aku melawan virus ni. Aduhai..


Dan, percaya tak? Sehari sebelum show tu, aku sempat merayu pada doktor, "Doktor, esok saya keluar sekejap saja boleh? Sekejappppp jeeeee...". Doktor tu geleng kepala. "Kalau awak sanggup bawak machine untuk drip ni keluar, then its okay. Tapi, kalau awak tumbang nanti, macamana?" Aku diam je. Sambil perati drip kat lengan. Perati mesin drip tu. Sedih tau... Dan malam tu.. aku buat filem tajuk "Sleepless in Ampang Puteri". Haha. Dua hari kemudiannya, barulah aku discharge.


Dan kali ini.. 2hb May ada persembahan eksklusif .. A Nite With... Anuar Zain.. Showcase kali ini akan diadakan di Dewan Perdana Felda, kurang 10 minit perjalanan dari rumah aku. Bak kata orang, jalan kaki pun sampai tau..! And.. I'll miss his showcase... AGAIN??!! Gosh..


Klik here for info ya..


2nd May (Jumaat) - sehari sebelum Jakarta-Bandung trip. And harga tiket show ini bakal menyebabkan aku kehilangan Rp1,000,000. Jadi, secara tidak langsung, bajet untuk trip akan berkurangan. Bak kata ciktipah.. "rugi beb... rugi..." Aduhai... Lagipun malam tu, aku perlu pastikan semua 'kerja-kerja sekolah" siap sebelum bercuti. Assignment perlu disiapkan. Bahagian aku untuk "group presentation material" harus diserahkan. Oh.. I'm gonna be very busy that night!


Aku yakin ada rezeki aku dilain kali.. kan...?



Take care everyone.

Monday, March 24, 2008

Ku Mohon


Oh Tuhan terangkan hati
dalam sanubariku
untuk menempuhi segala
hidup penuh cabaran ini

Oh Tuhan kuberserah
segalanya kepadaMu
agar jiwaku tenang
dengan bimbinganMu selalu

Adakala ku merasa
Hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya...


Lama Tak Jumpa

Tadi ke Stadium Negara, dengan my auntie, cousin & sis, untuk tonton final hits 1. My auntie dapat 10 tickets, jadi dia ajak ler kami ramai-ramai pergi sekali. Secara jujurnya, tak pernah langsung tengok rancangan ni di TV.. titiba final sudah...!



'Tapak tangan' besar ni pelbagai kegunaannya. Antaranya, kalau time panas, boleh jadi kipas...



Bila 'abang kamera tv' menghalakan kamera ke arah kita, bolehlah diangkat tangan itu, sebagai tanda sokongan kepada hits 1. (Sebenarnya untuk mengelak muka keluar tv! Huhu)



Cerita I.. dah lama dah tak jumpa my cousin, Julie. Last jumpa waktu bercuti ke Seri Manjung & Cameron Highland selepas Aidiladha tahun lepas. Seronok bila dapat berjumpa. Berkongsi cerita itu dan ini. "Update" berita terkini dan sensasi.



Cerita II - lama sangat dah tak jumpa Zoey. Dah bertahun rasanya. Kenal dia dari my best friend. Kalau tak silap, masa tu Zoey masih sekolah lagi, baru 16 tahun. Pada awalnya berlakon dalam siri Bong di TV9, sekarang ni menjadi pengacara rancangan Gerak Geri Gasing di Astro Ceria (Channel 611). Wish you all the best, bro.



Pose untuk Dikna. Dia sukaaaaa bangetttt nonton Gerak Geri Gasing.




Cerita III - Dialog masa tengah posing:


Danny : Okay tak tadi?

Aku : Okay.. tapi kenapa macam gigil?

Danny : Tu lah kan.. menggigil. Haha

Aku : It's okay. Tahniah. Take care ya.

Danny : Thanks. Kirim salam kat semua ya..

Aku : InsyaAllah.


Sambil posing boleh borak. Hehe. Lama sungguh tak jumpa Danny. Rasanya dalam kumpulan X-Factor, cuma tinggal dia sorang je lagi yang masih 'survive' dalam industri hiburan ni. Sebagai pelakon dan pengacara. Good luck, bro! (CikTipah, Danny kirim salam)


Rasa bangga jugak bila tengok diorang ni dah menempah nama dalam bidang masing-masing. Masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi. Semoga mendapat apa yang dicita-citakan. Wish you all the best.



Take care everyone. Gudnite.

Sunday, March 23, 2008

In Another Lifetime


IN ANOTHER LIFETIME - Gary Valenciano


I could hold on for a hundred years
When all else is gone
I would still be here
In a memory of things yet unseen
I’d remember all that we’ve never been
And I cannot wait to see
What life has in store for me

In another lifetime
It would be forever
In another world
Where you and I
Could be together
In another set of chances
I’d take the one I’d missed
And make you mine
If only for a time
My life would matter
In another life

And I’d stay as strong and I’d stay as true
And you’d have forever now to think it through
Coz I believe what wasn’t meant to be
Wasn’t meant for now and
Someday you’ll see
In a place and time we never know
I’d be standing there waiting for you

You would be mine
But until that time is now
I’d be holding on somehow

But until that time
I’ll be holding onto forever
Until another life



Baru tadi kali pertama dengar lagu ini, In Another Lifetime, nyanyian Gary Valenciano dalam filem Eternity di Astro Kirana tadi. Tadi sempat tengok separuh masa kedua sahaja, hmmm... harap-harap adalah ulangannya nanti ya..


Enjoy the song.



Take care everyone.

Saturday, March 22, 2008

Komen Akak

1. Dik, senyum, lirik mata tak perlu meniru abang Anuar Zain ya..

2. Dik, akak tak suka dik..

3. Akak sedey, Anuar Zain tak buat kejutan.



Tapi.. kenapa semua pengkritik suka yek? Terkejut akak.. Pelik kan Ciktipah kan..?


Apa kata ciktipah dlm live interview di YM;

cikTipah : jahanam lagu



Take care everyone. Gudnite.

Bila MataTak Ngantuk

Ngantuk...?
Tak lah...
Mata ni blum nak pejam lagi..
Walaupun dah nak pukul 1 pagi..
Mungkinkah sebab kopi ais tadi?


Tengok AF6 tak?
Tadi tertengok diari AF6,
Ada student ni nama dia Riz,
Untuk minggu pertama ni,
Nyanyi lagu pilihan sendiri
Uiks... lagu fevret akak ni...!




Mesti dia pun tak ngantuk lagi
Sebab pikir show malam nanti
Bukan senang maaa.. mau nyanyi
Lagu Anuar Zain, Ketulusan Hati!


Sudah pastilah kan..
Akan ku tunggu penuh harapan..
Kalau-kalau ada 'kezutan'...
Anuar Zain buat penampilan!


Mmm..inilah jadinya
Kalau lewat malam masih berjaga
Merepek tak tentu hala
Mintak maaf lah ya..



Take care everyone. Gudnite.