Thursday, March 27, 2008

Imbasan Kenangan

Setiap kali Minggu Setiausaha, mesti aku teringatkan satu kisah. Tahun 2005, Anuar Zain buat persembahan untuk Secretaries Week Luncheon kat satu hotel di KL ni. Akulah antara orang yang terawal tempah tiket. Teruja sangat. Dua minggu sebelum majlis itu, siap sempat shopping, baju baru, kasut baru. Hmm... macam nak pergi 1st date aje kan? Huhu.


Benarlah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Dua minggu sebelum majlis tu, aku tak sihat, demam denggi kali pertama datang menyerang (sampai sekarang, cukuplah sudah 2 kali aku kalah dengan nyamuk aedes). Terpaksa tinggal di wad untuk beberapa hari. Hari kedua di wad, dalam keadaan sakit-sakit dan lemah tu, sempat juga tanya doktor aku bila agaknya aku boleh keluar? Dia kata tak pasti, tengok pada ketahanan aku melawan virus ni. Aduhai..


Dan, percaya tak? Sehari sebelum show tu, aku sempat merayu pada doktor, "Doktor, esok saya keluar sekejap saja boleh? Sekejappppp jeeeee...". Doktor tu geleng kepala. "Kalau awak sanggup bawak machine untuk drip ni keluar, then its okay. Tapi, kalau awak tumbang nanti, macamana?" Aku diam je. Sambil perati drip kat lengan. Perati mesin drip tu. Sedih tau... Dan malam tu.. aku buat filem tajuk "Sleepless in Ampang Puteri". Haha. Dua hari kemudiannya, barulah aku discharge.


Dan kali ini.. 2hb May ada persembahan eksklusif .. A Nite With... Anuar Zain.. Showcase kali ini akan diadakan di Dewan Perdana Felda, kurang 10 minit perjalanan dari rumah aku. Bak kata orang, jalan kaki pun sampai tau..! And.. I'll miss his showcase... AGAIN??!! Gosh..


Klik here for info ya..


2nd May (Jumaat) - sehari sebelum Jakarta-Bandung trip. And harga tiket show ini bakal menyebabkan aku kehilangan Rp1,000,000. Jadi, secara tidak langsung, bajet untuk trip akan berkurangan. Bak kata ciktipah.. "rugi beb... rugi..." Aduhai... Lagipun malam tu, aku perlu pastikan semua 'kerja-kerja sekolah" siap sebelum bercuti. Assignment perlu disiapkan. Bahagian aku untuk "group presentation material" harus diserahkan. Oh.. I'm gonna be very busy that night!


Aku yakin ada rezeki aku dilain kali.. kan...?



Take care everyone.

6 comments:

Ad said...

xper..len kali ada..kita nengok sesama yerrr..x lari anuar zain dikejar..ekekekeke

Unknown said...

tak pun kita tgk anuar zain kt jakarta jelah weh. anuar zain bin lain laaa.....

adibah said...

Ad,

Yes! Kita cuba dan cuba lagi! Chaiyo!

adibah said...

ciktipah,

uhuk!uhuk! :-(

Mandiri Holidays said...

kalau nak melawat kat bukittinggi - Sumatera Barat - indonesia, sila hubungi :
PT. MUHIBBAH MULIA WISATA Tour and Travel
Jl. Urip Sumoharjo No.3 Bukittinggi - Sumatera Barat
Telp./ Fax : + 62 752 32999
SMS: +62 81363408670
email / YM : muhibbahbkt@yahoo.com

Kat Bukittinggi : boleh melawat kat : Lubang Jepun, Sianok Canyon, Jam Gadang, Pasar Atas, Pasar Aur Kuning ( Pusat Borong telekung,songkok,tudung dengan harga murah )

Mandiri Holidays said...

kalau nak melawat kat bukittinggi - Sumatera Barat - indonesia, sila hubungi :
PT. MUHIBBAH MULIA WISATA Tour and Travel
Jl. Urip Sumoharjo No.3 Bukittinggi - Sumatera Barat
Telp./ Fax : + 62 752 32999
SMS: +62 81363408670
email / YM : muhibbahbkt@yahoo.com

Kat Bukittinggi : boleh melawat kat : Lubang Jepun, Sianok Canyon, Jam Gadang, Pasar Atas, Pasar Aur Kuning ( Pusat Borong telekung,songkok,tudung dengan harga murah )