Petang tadi jalan-jalan dengan Dikna, seperti yang dijanjikan semalam. Dia nak cari 'kad Enchanted' katanya.. Dan hasilnya, dia telah berjaya memujuk aku untuk beli...
Untuk diri sendiri? Takda apa-apa. Nada.. Huhu. Walau apapun, masa duk layan dia main playing cards tadi, aku dapat idea untuk jadikan 2set kad ni sebagai "alat bantuan mengajar"(ABM) untuk aku ajar Dikna Maths, BM & English. Barbie cards boleh guna untuk ajar Maths & Princess cards untuk BM&English, kan? Harapnya dia jadi lebih seronok nak belajar dan mudah faham, insyaAllah.
Aku rasa happy sangat bila dia dah boleh baca subtitle di TV dengan lancar. Dia ada masalah dengan B & D, jadi, bila ada perkataan yang ada huruf2 tu dia akan jadi slow sikit. Dan tadi, bila dia dapat baca laju, aku rasa seronok sangat! Sebab itulah, aku setuju bila dia nak beli barang-barang tu tadi. Itulah hadiah dari aku sempena peningkatan dia :-)
Take care everyone.
No comments:
Post a Comment