Monday, October 8, 2007

Do-It-Yourself


Ya Allah, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi.

Ya Allah, berkatilah apa yang Engkau telah rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab neraka.

Amin.....




Untuk semua pencinta Masak Lemak Cili Api Ketam bersama Nenas.


Bahan-bahan:


2 ekor ketam
1/4 biji nenas (potong macam dalam gambar)
1 helai daun kunyit
1 batang serai
santan dari 1/2 biji kelapa
asam gelugor/asam keping

Bahan2 untuk dikisar/tumbuk:

4 ulas bawang merah
2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
2cm kunyit (guna kunyit serbuk pun boleh)

Garam secukup rasa


Cara membuat:

1. Masukkan santan ke dlm periuk
2. Masukkan serai, kunyit, bahan2 yang telah dikisar dan garam secukup rasa
3. Masak dengan api perlahan. Kena kacau all the time hingga mendidih, supaya tak pecah santan.
4. Masukkan ketam
5. Masukkan nenas
6. Masukkan asam keping
7. Biarkan mendidih lagi, DONE!


Selamat menjamu selera.

2 comments:

KayMin said...

bolehkah ketam itu digantikan dgn haiwan lain? udang bleh? tempura ke?

Sept11 said...

kaymin - boleh, kaymin. Kaymin, phone rosak ka??