Sejak sebelum puasa lagi, Che'Ah dah ajak gi Kemaman, ada jemputan majlis perkahwinan bestfriend dia. Oleh kerana majlis kenduri pada hari Jumaat (19hb) (sebab weekend bagi pantai Timur adalah pada hari Jumaat), kami mulakan perjalanan hari Khamis (18hb), dan tido semalam di Cherating (15minutes away dari Kemaman). Singgah breakfast di Pelita, Ampang Point sebelum memulakan perjalanan ke Pantai Timur..
Che'Ah, the co-pilot sedang memandu sementara pilot & ahli rombongan yang lain sedang posing2. I let her drive bila dah masuk Lebuhraya Pantai Timur. Jalan tak sibuk dan tak bahaya sangat seperti Gombak-Karak. Lagipun.. saya suda ngantuk...
Lebuhraya Pantai Timur yang tidak sibuk dihari itu. All the drivers were driving within the speed limit of 110km/h. Skarang ni abang polis terus hulur "surat chenta".... merasa lah saman RM300. Tiada rayuan. Tiada kompromi. Titik.
Lepas exit Gambang, pilot ni pegang stereng kereta semula. Singgah di Kuantan & str8 to Cherating after lunch. Check-in di Suria Cherating Beach Resort. Sunyi. Ada privacy. Pantai yang cantik. Pool yang sesuai untuk kids. Bilik.. boleh ler.... Harga pun berpatutan.
No comments:
Post a Comment