Sunday, October 21, 2007

Kenduri Kemaman


Pukul 12.30 tengahari sampai di rumah pengantin perempuan di Kemaman. Pengantin tengah bersiap2. Pengantin lelaki akan sampai at 3.00pm sbb hari ni kan hari Jumaat.. Menu untuk majlis perkahwinan itu adalah nasi minyak with gulai kawah, ayam goreng, gulai umbut (susah nak jumpa ni.. sedap juga), sambal belacan mangga muda (ye kot namanya macam ni.. yummy!!) & jelly kelapa muda sebagai pencuci mulut.




Yang pelik dan menarik... untuk kali pertama dalam seumur hidup aku.. tetamu majlis kena angkat/kemas pinggan+cawan sendiri selepas makan... Tuan rumah ada sediakan satu besen besar untuk letak pinggan+cawan dan satu lagi untuk buang all the sisa makanan. Che'Ah, Nad and I duk tengok satu sama lain.. pelik.. Oleh kerana semua tetamu buat macam tu... we joined them too..




Sedang memerhati langkah2 mengemas pinggan masing2. Belajar dari mereka yang 'berpengalaman'.. Walaupun pelik, tapi positively, memudahkan tugas2 ahli kenduri untuk mengemas meja makan and at the same time, mempraktikkan nilai2 kebersihan di kalangan tetamu. Myself and Che'Ah : teringat zaman blajar2 dulu kan... cuma takda 'Kad Makan' je.. (zaman di hostel, lepas makan kena angkat tray & cawan sendiri) :-)





It's almost 2pm and we need to rush back to Kuantan, sebab dah janji dengan Wani untuk singgah ber'open house' di rumah dia somewhere near Tj. Lumpur. Pengantin masih belum siap bersolek. Tak sempat ler nak berposing2 dengan pengantin..



mengantuk & boring.. penat menjawab soalan dia "bila nak balik...?"




Che'Ah : Aduh... kalau terlanggarlah kek ini....



Pelamin yang cantik... with fresh orchid lagi... Simple but lovely...


Seronok sungguh driving dari Kemaman ke Kuantan melalui persisiran Pantai Cherating, Balok & Pasir Hitam yang sangat indah.. Reached Wanie's place around 3.00pm, and she served soto, rendang ayam, kuah kacang and nasi impit. Sedapnya.. Bertolak balik ke KL selepas berehat2 di rumah Wanie.. Terima kasih daun keladi.. :-)




Traffic di Lebuhraya Pantai Timur berjalan lancar..




Traffic di MRR2 dilaporkan sesak tetapi bergerak perlahan... mmm.... ni yang maleh bila balik KL nih....


We reached home around 8.30pm. We had a great time together and hopefully our plan for a "All-Cousins-Holiday" will come true, InsyaAllah.







2 comments:

Ad said...

rindunya kat kemaman...

ad duk sana dekat 7-8 tahun..

kat sana memang kebanyakkan kecduri ala2 self services..

lama x makan umbut...

bila nak buat open house kat A&W?..ad tungguuuuuuuuuuuuuuu

adibah said...

ad - rumah pengantin pun dkt dgn kemaman town ittew..pi la jalan2 kemaman, 45mins je dari kuantan kan?