Monday, October 5, 2009

Tanya Sama Hati




Tanya sama pokok, apa sebab goyang
Nanti jawab pokok, angin yang goncang
Tanya sama angin, apa sebab goncang
Nanti jawab angin, tanyalah awan

Awan nanti kata, aku kandung air
Sampai tempat sejuk, aku pun cair
Tengok dalam air, nampak bayang-bayang
Campak satu batu, bayang pun hilang

Tanya sama hati, pernahkah merindu
Tiba masa lena, apa mimpimu
Masa berjauhan, apa nan dikenang
Bila difahamkan, itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan rindu, tentulah layu

Tanya sama hati, pernahkah merindu
Tiba masa lena, apa mimpimu
Masa berjauhan, apa nan dikenang
Bila difahamkan, itulah sayang...



Sebenarnya aku teringin nak duk tepi sungai/laut dan dengar orang main gitar/biola... sangat syiokk!!



Salam kasih.

8 comments:

mamai said...

adib kau feeling yer...

Cik Cookie said...

kalau tanya sama hatisekarang adalah "kenyang".

Edzlin said...

lama tak dengar lagu ni...skrg dah taknak kuar kepala.hehe

patungcendana said...

nak ikut!!!!!

adibah said...

mamai,
taklah.. aku tensen.. final exam ujung minggu nih..


cikcookie,
burpppp!! Alhamdulillah.. :-)

adibah said...

edzlin,
kan.. akak duk rayau2 kat youtube.. terjumpa...

adibah said...

edzlin,
kan.. akak duk rayau2 kat youtube.. terjumpa...

adibah said...

patung,

jom!!! kau main gitar yek.. aku tolong 'sumbangkan' lagu..