Friday, April 2, 2010

Nyamuk


Innalillahi wainna ilaihirojiun...

Mengalir airmata aku semasa memandu pagi tadi.. Pergi lagi seorang insan yang aku kenal, walaupun bukan secara peribadi, hanya kerana seekor nyamuk.

Aku faham sakitnya. Aku sangat faham sengsaranya. Aku mengerti lembiknya daya tahan badan akibat seekor nyamuk.

Tahun 2005, aku diserang aedes. Terus demam. Flat. Sakit sendi. Pening. Bila ke doktor, terus admitted kerana denggi. Memang tak sangka. Memang tak jangka. Alhamdulillah, berjaya melawan demam denggi tu. Denggi biasa, bukannya denggi bedarah. Cuma dua, tiga hari terakhir di hospital, sakit kepala yang amat sangat. Nasib baik tak da apa2..

Sekali lagi, 2006, aku diserang aedes lagi. Hmm.. tempat tinggal aku dulunya ada construction. Tak dijaga kebersihannya, of course. Jadi, tempat pembiakan nyamuk merata-rata. Kali ini, demam. Tak sakit sendi. Tapi senak hati. Muntah berkali-kali. Lembik. Lemah. Bila ke doktor, ujian darah menunjukkan platlet dah jatuh teruk. Terus admitted lagi..

Hari ke-2, platlet jatuh ke angka 12. Denggi berdarah. Juga virus dah merebak ke hati. Bacaan tinggi dari bacaan biasa. Terus pindah ke ICU. Dr. sambung wayar itu dan wayar ini ke badan aku. Wayar untuk check nadi. Wayar untuk check BP. Jujurnya aku takut. Takut MATI. Lebih2 lagi, bila seorang jururawat datang hampir kat aku, masa kawannya sedang memerhati TV kecik (read:monitor) untuk tengok BP dan heart beat aku.
"Denggi berdarah? Kali ke dua kena denggi? Hmm.. nasib tak koma. Selalunya kena denggi kali ke-2 patient koma"
Bersyukur? Takut? Gembira? Lega? Risau? Hmmm.. aku tak pasti apa rasa aku masa tu.. Tapi yang aku ingat, bila saja nurses tu beredar dari katil aku.. airmata mengalir laju. Sambil aku baca selawat Syifa', memohon doa, meminta pada Allah, supaya sembuhkan aku. Aku tak nak MATI lagi.

Alhamdulillah, setelah 3D2N di ICU, aku kembali ke wad biasa. Dan Alhamdulillah, setelah 10 hari di hospital aku dibenarkan balik. Syukur. Seriously, aku rasa seperti mati hidup semula. Bersyukur. Sangat-sangat bersyukur padaNya.

Bila demam denggi, perlu bertarung untuk hidup. Syukur, aku tidak koma. Kalau aku koma, tentunya susah untuk aku bertarung.. dan mungkin aku tak berpeluang untuk bercerita di sini.

Untuk teman-teman, kiranya demam, pergilah ke klinik.. Jangan hanya bergantung pada paracetamol. Buatlah blood test. Ikut pengalaman aku, demam denggi ni, takkan ada flu atau batuk. Cuma demam panas, muntah2, pening2 dan sakit sendi. Tapi, bukan semua orang ada symptom yang sama. Kalau dah buat ujian darah, pasti boleh tengok bacaan platlet.

Pagi tadi, airmata aku mengalir bukan hanya kerana sedih dengan pemergian saudara Allahyarham Mior Ahmad Fuad (Din Beramboi).. tetapi juga kerana aku berpengalaman yang sama.. dan bersyukur, kerana masih diberi peluang untuk hidup di bumi Allah ini.. Alhamdulillah..

Al-fatihah.. semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan tenang di sana, insyaAllah.



Salam kasih.

4 comments:

Anonymous said...

Allah menyayangi Hambanya dgn pelbagai cara...

ada yg diberi peluang dan ada yang dipermudahkan jalanNya di dunia..

Allahyarham byk beri kegembiraan kepada rakyat Malaysia..

moga kita HambaNya hidup dlm keberkatanNya

Mr.Mussel

Lyn Yusoff said...

Kak Mimi,
sedih Lyn baca entry kak mimi kali ni. Lyn teringat pada my niece yg juga meninggal dunia kerana denggi. sebak hati ni.
syukur alhamdulillah kak mimi sembuh sperto sediakala.

Al-Fatihah untuk Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Amin...

edzlin007 said...

Al-Fatihah buat arwah.

denggi begitu banyak kesnya, tetapi saban tahun tiada tanda-tanda kes ini berkurangan, malah ada tikanya ia meningkat. seboleh mungkin kita jaga diri dan persekitaran kita.

Rakanku juga meninggalkan kami kerna denggi berdarah.

adibah said...

Mr.Mussel,

Betul, bersuyukur dengan 'peluang ke2' dariNya, Alhamdulillah..
Semoga tenang Allahyarham di sana..


Lyn,
Tak sangka kan.. kerana nyamuk yang kecil tu, boleh hilang nyawa..
Semoga arwah niece Lyn dicucuri rahmatNya, InsyaAllah..


Edzlin,
Persekitaran memang perlu dijaga oleh semua orang. Walaupun rumah kita bersih, tapi kerana kawasan kejiranan ada yang tidak, boleh jugak jadi tempat aedes membiak..
Alfatihah untuk arwah temanmu.