Tuesday, April 6, 2010

Suami Kamu, Kekasih Dia


Seorang kawan aku, datang dengan wajah yang tak keruan. Kusut. Berkerut. Macam orang susah hati. Bila aku tanya, rupanya ada kisah keluarga.. Dia sedang kebingungan. Bingung bila adiknya sedang dilamun cinta dengan seorang yang umurnya dua kali ganda.

Biasalah kan.. bila dilamun cinta ni.. semuanya indah belaka. Kentut pun wangi. Si dia bersin depan mata pun rasa macam disembur perfume. Jadi buta. Jadi tuli. Yang menentang dianggap musuh. Dianggap dengki. Dianggap cemburu. Tak mahu bercerita. Tak mahu berkongsi rasa. Yang menyokong, dianggap kawan, sahabat dunia akhirat. Bercerita segalanya. Dengan harapan mendapat tepuk sokongan dari yang mendengar. Mintak dipuji. Mintak disokong.

Sanggup. Rela apa saja untukmu. Terlupa yang orang tu ada tanggungjawab. Pada anak. Pada isteri/bekas isteri. Bila ditanya sanggup tak? Jawabnya sanggup! Mengalir airmata kawan aku bercerita... bingung.. Mana taknya, si lelaki tu ada anak yang masih belajar. Si isteri, suri rumah. Bayangkan, agak berat tanggungan si lelaki itu sebenarnya.. yang kerjanya hanya biasa-biasa saja.. Walaupun dah layak keluar sebahagian dari KWSP.. tapi.. cukup ke?


pic from google image

Kata kawan aku, dia dan adik beradik yang lain bukan nak melawan jodoh. Bukan nak menentang takdir Allah. Tapi, sebelum tindakan dibuat, si adik kenalah fikir dari segala aspek. Fikir. Fikir. Fikir. Fikir. Fikir dan fikir.. Tentang dia, tentang mak ayah yang dah uzur, tentang adik beradik, sedara mara, jiran tetangga, kawan2 pejabat, keluarga si boyfren, keluarga mentua si boyfren, isteri si boyfren, anak-anak si boyfren. Fikir. Fikir. Berpuluh kali. Beratus kali. Beribu kali.

Kata orang, masa bercinta tak sama dengan masa dah kawen. (ye ke??). Yang si lelaki tua tu dah siap keluarkan statement.. "Takpa.. Si Gelfren ni kerja, ada duit sendiri.. tak perlu risau.. takkan dia mintak duit dengan aku kalau dah kawen nanti.. " Bila ditegur adiknya.. terus adiknya masam muka. Terus tak bercakap. Tanda protes. Hmm.. kuat betul pengaruh kasih sayang ini ye.. Hebat betul mereka yang berpengalaman ni.. Bila dengar cerita ini.. barulah aku faham.. memang patutlah hati si kawan aku ni tak keruan.

Sebagai seorang kawan, aku cuma mampu kata, buatlah yang terbaik. Usahalah yang terbaik. Bersungguh-sungguh. Dan jika sudah habis usaha.. dan masih juga tidak berubah.. masih jugak berkasih sayang mereka berdua tu.. terimalah dengan redha.

Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.. Sebab, dua2 dah sayang antara satu sama lain.. kan? Masing-masing pun dah dewasa kan? Ada akal, ada fikiran ada ilmu.. jadi.. let them be.. Kalau aku jadi kawan aku tu, aku biarkan aja.. asalkan per'canda'an itu bukan depan mata aku.. Sendiri buat, sendiri rasa indah, sendiri rasa seronok.. jadi bila ada apa2 implikasi kemudian hari.. sendiri fikir...!



Salam kasih.