Friday, November 30, 2007

Jumaat Datang Lagi


I love Fridays. As it is the last working day for the week, Friday is a holy day for Muslim. Biasanya kalau hari Jumaat ini, aku suka dengar radio IKIM 91.5. Dengar lagu2 nasyid lama dan baru. Secara peribadi, aku lebih sukakan nasyid2 lama seperti Al-Mizan & Al-Jawaher berbanding dengan nasyid sekarang ini (kecuali kumpulan Raihan & Rabbani). Rasanya nasyid2 mereka lebih catchy dan meninggalkan kesan dalam jiwa aku berbanding dengan yang lain.


Secara peribadi juga, aku rasa nasyid ini tak perlu mendayu, sedih, luluh dan seperti tiada jiwa. Mendatar dan kadang2 melayukan mata. Aku bukan prejudis, tapi pendapat aku nasyid tak perlu sangat puitis hinggakan pendengar tak dapat menjiwai apa yang ingin cuba disampaikan. Aku lebih sukakan yang simple, nice and SINCERE. Lagu Ku Mohon, nyanyian Sheila Majid, aku terima sebagai halwa jiwa. Liriknya; “oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku, untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini, oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu, agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu”. Simple, mudah faham. Cuba bayangkan kita dalam keadaan stress, tertekan & tension, kalau dengar nyanyian ini, sudah tentu menyentuh naluri hati dan mungkin akan mengalir airmata.


Pernah dengar lagu KasihMu nyanyian Abot? Kali pertama aku dengar lagu ini, aku dalam perjalanan ke Shah Alam. Lagu ini berjaya buat aku menangis. Sangat menyentuh jiwa dan perasaan aku sebagai seorang hamba Allah dimuka bumi ini. Lihat sahaja liriknya; "Sesungguhnya aku yang berdosa, sehina-hinaku rendah diri, biarku terpalit juta noda, masih ada ruang keampunan." Pernah tak kita terfikir, kita ni selalu buat salah, selalu buat dosa, tapi Allah tetap ada disisi, tetap memberi peluang taubat dan keampunan kepada kita sebagai hambaNya. Lagu ini juga menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan Allah, betapa besarnya kasih sayang Allah terhadap hambaNya.


So, aku nak share lagu dengan semua pembaca sempena hari Jumaat yang mulia ini. Mungkin lagu ini dapat mengingatkan kita betapa kecilnya kita ini sebagai hamba Allah dan betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini. Selamat hari Jumaat dan selamat berhibur!



Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah
Hati yang layu kembalilah mekar
Bila nama Mu kusebut-sebut
Tak terungkap kasihku pada Mu
Dalam suka mahu pun duka
Tiada tandingan cinta Mu di dunia
Unggul kekal selamanya
Dari terbit mentari hingga dasar laut
Sebesarnya alam sezarah kuman
Namun tak tertanding kuasamu kasih
Jatuhku bangunku Kau tetap di sisi
Sungguhnya aku yang berdosa
Sehina-hinaku rendah diri
Biar ku terpalit juta noda
Masih ada ruang keampunan
Dari kerdipan bintang hingga kilau pasir
Agung ciptaan Mu akal tak sampai
Semulia-mulianya segala kejadian
Kerdilnya aku di mata Mu
Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah

Nota: Ini adalah pandangan peribadi aku. Mungkin berbeza dengan pandangan orang lain. Wallahualam.

Thursday, November 29, 2007

Bila Engkau Jauh

Sedapnya hati tidak jemu
tak sabar bermanja
hanya sehari tak bertemu
macam selamanya
rindukan tawamu
yang menyegarkanku


Aku tersiksa dengan sendu
bila engkau jauh
bila terasa sentuhanmu
aku terus sembuh


Aku bermimpi riang terbang
pagi sampai senja
cinta dihati sudah kembang
untuk engkau saja
tidur atau jaga
rindu sentiasa


Aku tersiksa dengan sendu
bila engkau jauh
bila terasa sentuhanmu
aku terus sembuh


Aku tak pernah bercinta
sampai terbali seluruh duniaku
hanya satu yang ku pinta
jangan tinggalkan aku


Aku merayu oh kekasih
belailah hatiku
bila ku layu lagi sedih
curahkan kasihmu
kau dakaplah aku
sembuhkan piluku


Aku tersiksa dengan sendu
bila engkau jauh
bila terasa sentuhanmu
aku terus sembuh


Jika kau rasa sepertiku
bila aku jauh
biarlah dua jadi satu
bersama selalu
hanya kau dan aku



Love this song. You can find out more about this charming & talented guy here or visit his blog at http://shanonshah.livejournal.com/


Enjoy the song!

Monday, November 26, 2007

E'nuff Eez E'nuff

Lokasi : Bilik Kakak Senior -paling hujung, sebelah pantry
Time : After midnite


It happened when I was in my 1st semester, during our study leave. Orang lain kalau study leave sibuk pi library pi study takpun beramai2 buat study group. Ini tidak, study tu yang ditinggalkan! Orang suruh study, kitorang pi sibuk explore game Spirit of the Coin. Begini ceritanya...


Actually permulaan game tu kena letak coin kat tengah2. Then coin tu akan bergerak dengan sendiri. So, coins tu akan eja A to Z, ataupun tunjuk nombor 1-10. Bila dah abih tanya soalan2 ngarut2 tu (macam tukang tilik je..) antarlah 'spirit' tu balik. Biasanya, kawan aku amik sekeping kertas, lukis plan simple2, conteng2. Lepas tu buang kertas tu. Kalau nak main lagi, baru buat plan lagi. Dalam 2-3 hari tu, memang slalu kitorang main game tu. Oleh kerana malas nak buat plan tiap2 kali nak main game tu, a friend of mine, dengan kreatifnya, guna satu manila kad, siap buat plan cantik2, tulis pun guna marker pen. So, board tu selalulah bertukar tangan, the whole flooor guna card tu untuk try game tu. Nak release tension kononnya. Memang lawak, gelak2, macam2 soalan nonsense yang ditanya. Aku tak berani nak pegang coin tu.. cuma jadi pemerhati saja.



So, kakak2 senior aku ni beramai2 la.. nak meminjam board tu dari member nih. Kitorang pun (bertiga) pi la bertandang ke bilik kakak2 senior nih. Kakak senior ni berempat, kami bertiga. So, tujuh orang dalam bilik duk perati. Kakak senior tu suruh member aku sorang ni jadi tukang pegang coin tu. As usual, aku duk tengok dari katil je. Memula tu gelak2, lawak2.. bila dah habih tanya soklan2 ngarut2, kawan aku pun nak hantar la 'spirit' tu balik. Dia bleh kata "NO". Ah Sudah!!!! Hantar berkali2 pun jawapan nya "NO". Masing2 dah risau. Saspen beb! Panic!!! Coin tu dah mula buat hal. Bergerak sesuka hati. Laju pulak tu!! Aduh!!



Kebetulan member aku yang sorang lagi tengah 'red flag' masa tu. Benda tu siap eja nama kawan aku!!!! "I want XYZ" (konon nama kawan aku tu XYZ). Kawan aku dah panic. Muka pucat lesi! Ada sorang kakak tu pasang kaset yasin. Then, benda tu eja "Dont play the cassette" Betul!!! Kaset tu memang berpusing tapi tak bunyi langsung!! Pastu, coin tu mula gerak keluar dari board tu ke arah tingkap. Nak keluar!! Kawan aku yang pegang coin tu dah penat dah. Tangan dia dah tekan kuat coin tu & coin tu tetap bergerak ke arah tingkap. Kakak yang sorang lagi dah standby duk tepi pintu baca ayat2. The other kakak, standby tepi tingkap, duk baca ayat2 jugak.



Pastu coin tu siap type nama sorang ustaz kitorang. Benda tu suruh panggil ustaz tu. Masing2 dah risau. Ada sorang senior tu baca ayat kursi kuat2. Coin tu type "U read it wrongly" Boleh???!!! Tak caya kan? Tapi aku tengok sendiri! Benda jadi depan mata. Penat kawan aku berdialog dgn benda tu. Macam2 soalan. Macam2 yang diejanya. Sorang kakak tu jerit mintak tolong. Kitorang rasa suara dia dah kuat, satu hostel boleh dengar, tapi takda response. Kitorang boleh dengar orang lalu lalang kat luar. Nak bukak pintu tak berani, sebab takut coin tu keluar dari bilik! Lain pulak ceritanya nanti!!



Kawan aku yang pegang coin tu dah berpeluh2 macam orang lepas jogging. Kesian kat dia. So, sorang kakak ni tekad, suruh kawan aku baca surah al-Ikhlas 3 kali then lepaskan tangan dari coin tu. Bila kawan aku lepaskan coin tu, anjing menyalak mendayu2 kat luar. Rasanya lebih dari sekor anjing yang menyalak mendayu2. Saspen beb! Meremang bulu roma!! Tapi lega jugak sebab 'spirit' tu dah balik! Bila tengok jam, dah pukul 2lebih pagi!! Malam tu semua orang tak leh tido. Bila dah azan subuh, barulah kitorang(yang bertiga) berani balik bilik & tido.



Esoknya, kitorang tanya kat jiran2 satu floor, depa kata tak dengar pun suara kakak tu jerit mintak tolong. Depa kata bilik kakak2 tu malam tadi gelap. Sunyi sepi! Dan pagi tu jugak, kakak senior aku terus bakar cardboard tu. Dan kitorang taknak main benda ngarut2 ni lagi. Tobat dah!!









Kure Kure

Kure-kure kerinduan

Kure-kure kehilangan

Kure-kure tercari-cari

Kure-kure ternanti-nanti



Malam tadi

Kure-kure tonton tv

Terdengar lagu ini

Terpandang kumpulan ini

Kure-kure menangis lagi....

Tercari-cari

Ternanti-nanti...




Wednesday, November 21, 2007

Ambo Urang Minang

Den bukan orang Nogori9. Tapi den Minang 'original'. Hehe. Arwah Atok&Nenek datang merantau ke sini. My late mom, their 1st child, was born in Bukit Tinggi, Sumatera. Tapi aku tak berapa pandai berbahasa Minang. Aku paham apa yang depa kata, tapi tak reti nak cakap balik. Kalo aku cakap, mesti depa gelakkan aku. Lawak bunyiknya.. Ayah aku pun Minang jugak. Beza antara Minang arwah mak & Minang ayah adalah lenggok bahasanya. Lain sikit.. aku buleh paham.. tapi sama gak.. nak cakap balik tak reti. Kedua2 bahasa tak sama dengan bahasa Minang Negeri Sembilan.

Antara lagu Minang yang popular adalah lagu Ayam Den Lapeh, Badindin & Mudiak Arau. Ayam Den Lapeh & Badindin (lagu tarian Indang) dah biasa didengar. So, aku letak video lagu Mudiak Arau kat sini untuk dikongsi bersama. Bukan the original version. Ada remix sikit2. Macam tu lah bunyi lenggok bahasa Minang arwah Mak. Enjoy the video!



Aduhai... rindu pulo nak pulang ka kampuang!

Tuesday, November 20, 2007

Pernah Tak?

Have u ever heard about 'Spirit of the Coin'?
Ada sesiapa pernah main game Spirit of The Coin ittew?
I pernah taww masa kat kolej dulu....
first it was fun.. gelak2.. giggle2.. lawak2...
until one nite... we ended up tobat tanak main dah!!
Disebabkan pengalaman itu lah.. nak tengok citer Jumanji pun.. takut!!!
nanti i cerita occay!!

Nostalgia Lagi - Kuda Kepang

I have been searching for this song. Alhamdulillah someone posted it 2 weeks ago. I remember carrying Che'Ah on my bicycle, she was only 2+ years old at that time. We used to sing Anuar&Elina songs on our way to Atuk's shop to get Lolipop (gula2 paling mahal masa tu), cekelat DingDang & Kandos for free of coz..! hehe. And she sang it the way a little kid does.. nyanyi pelat.. tau bab ujung2 je.. hehe.. Seronok kan zaman kanak2 dulu..! And.. my dear readers and friends, if you know this song.. "kita dah tua beb!" Hehe... Enjoy the song!



Kuda Kepang - Anuar&Elina

Ramai orang berkumpul tengah halaman
menyaksikan tarian si kuda kepang
ini pesta budaya zaman berzaman
hingga kini masih jadi kebanggaan

Kuda kuda dibuat sedari buluh
warna warni dihias tali temali
kali pertama nonton boleh berpeluh
melihatkan penunggang menghempas diri

Dalam bulatan menari
berirama rentak kaki
sebelum bermula
mentara dibaca
kuda kuda menunjuk gagah

Dari buluh asalnya diraut tipis
kemudian dianyam silang menyilang
ayah ibu abang kakak adik manis
sama-sama menyaksikan kuda kepang

Dalam bulatan
menari berirama rentak kaki
sebelum bermula
mentera dibaca
kuda kuda menunjuk gagah

Ramai orang berkumpul tengah halaman
menyaksikan tarian si kuda kepang
ini pesta budaya zaman berzaman
hingga kini masih jadi kebanggaan

Saturday, November 17, 2007

Bila Nak Exam..


Satu perkara yang paling fofular di zaman kolej adalah HANTU. Biasalah hostel perempuan. Hantu itu la.. hantu ini lah... Biasanya cerita hantu akan menguasai carta gosip di asrama/kolej bila dah nak dekat final exam. Ada orang kata sebab student2 tension study, tu yang duk selalu nampak hantu lah dan sebagainya. Wallahualam.


Kisah pengalaman aku ni berlaku masa sehari sebelum final exam. Masa tu depa dah kecoh dah cerita hal hantu2 ni kat hostel. Aku masih lagi freshies, baru 6 bulan di kampus tu. So, banyak lah duk dengar senior2 ni cerita hal hantu2. Kampus aku tu memang ada seram sikit.. Kalau bunyi anjing menyalak mendayu2 waktu malam tu adalah perkara biasa. Diorang kata ada keranda terbang la, ada lembaga terbang lah.. macam2 lah.. Alhamdulillah... aku tak pernah terserempak dengan benda-benda macam tu. Hinggalah pada suatu malam... jeng.. jeng..jeng..


Malam kejadian tu, aku, Meza & Ima duk study sambil borak2 (borak2nya yang lebih dari study sebenarnya... ). Seperti kebanyakan student2 yang lain.. study sambil borak2 dan pekena megi rendam air panas & teh o suam adalah suatu perkara biasa. Dalam borak2 tu ada jugak terdengar bunyi anjing sayup2.. tapi macam aku kata tadi.. dah biasa.. so.. takda kesan sangat kat kitorang bertiga ni.


Dalam tengah sibuk2 borak, Meza ajak pegi toilet. Kitorang pun pergilah teman. "Eh, alang-alang pi toilet, biar aku pi basuh pinggan/cawan ni" kata aku. Selalunya kalau lepas midnite, kitorang akan simpan bekas makanan/air dalam baldi & pagi esoknya baru basuh. Ima menyampuk, "Aku nak rendam jeans la... esok bleh basuh terus" Masing2 pun berlenggang kangkung pegi toilet. Rilex je.. Miza pi toilet, pastu duk cuci muka (..tengah malam?). Aku basuh pinggan dan Ima rendam jeans dia (tengah malam??).


Titiba bunyi anjing menyalak mendayu2 dekattttttt jeeee kat bawah (kitorang di tingkat 1). Kitorang pun terkejut ler.. Kemudian kitorang nampak sorang kakak senior kat depan pintu masuk toilet. Kakak ni Ketua Kolej. Aku masih ingat, rambut dia basah macam baru lepas cuci rambut, dia pakai ala2 baju kelawar lengan panjang dengan getah ikat rambut di pergelangan tangan. Aku terkejut. "Astaghfirullahalazim..!" kata aku. Pastu kakak tu angkat rambut dia yang jatuh ke kening. Dia masam muka & jeling aku beb! Mata dia MERAH!!! Aku diam je.. Aku pandang Miza & Ima, kami duk berpandangan satu sama lain. Pehtu secepat kilat kakak tu masuk dalam toilet ke 3. Pastu kitorang pandang2 lagi sambil sambung cuci muka, basuh pinggan dan rendam jeans. Tak lama lepas tu, bunyi anjing lagi.. Dan pintu toilet yang dia masuk tu dah terbuka!!! Huhhhh?????


Kitorang masih diam dan keluar dari toilet tu tanpa sepatah kata pun! Senyap! Yang pasti masing2 melangkah laju! Ima terus kunci pintu. Masing2 terduduk kat katil. Dan masing2 mula tanya soalan-soalan yang dari tadi duk ada dalam fikiran masing2.. "Ko nampak tak kakak tu tadi?" "Ko perasan tak dia masuk toilet yang rosak tak leh pam?" "Kau dengar tak bunyi air? Takda kan..?" "Ko perasan tak bila dia keluar?" "Ko tengok tak, takda kesan tapak kaki basah keluar toilet tadi?" "Perasan tak lepas bunyi anjing tu, tengok2 pintu toilet tu dah terbukak?" Haaaaaa........ bila tengok jam... dah pukul 3 pagi rupanya..! Tapi kitorang duk meyakinkan diri masing2 yang kami jumpa tadi tu kakak Ketua Kolej. Kitorang kata, pagi esok, kita pi tanya kat akak tu sendiri. Lambat sungguh tunggu pagi. Kitorang bertiga tak tido sampai ke subuh. Terkebil2. Nak tutup lampu bilik pun tak berani. Lepas subuh, tido la sat dalam sejam sebelum ke dewan exam.


So, the next day lepas exam, kitorang cari kakak tu kat bilik dia. Bila ditanya, kul berapa dia tido, dia kata kul 1.30am. Tanya pakai baju apa, dia kata baju lain. Duk beriya2 kitorang tanya.. adalah 3-4 kali tanya pasal baju & apa yang dia buat kul 3am. "Akak tido.." jawab dia. Sampaikan aku tanya gak kat roomate dia yang lain untuk yakinkan diri kami. Hasilnya, memang betul lah.. "orang" yang kami jumpa kul 3 pagi tu ... bukan DIA! Bila kitorang bagitau cerita yang sebenar, kakak tu terus terdiam. Pucat jugak muka dia... Sian dia..


Sejak dari tu, kitorang tak berani gi toilet after midnite. Nasib baik beberapa hari lepas tu cuti semester. Alhamdulillah.. itulah kali pertama dan terakhir (harap2nya) aku terserempak dengan perkara2 macam tu. Cukuplah sekali sekadar pengalaman...





Friday, November 16, 2007

Deepa Raya Makan-Makan

Had a Deepa Raya Makan-Makan in the office last week. Photos taken by MoncehMan. Thanks bro!



Susun-atur hidangan


Beratur tunggu giliran



Nash, Bayan, Intan and I





The AJKs - Khair, Intan, Wati and Alynn

Yus "The Tokey Satay" & her prince


Yummy!!


Yummy lagi...!


Pun yummy jugak!!


Yummy juga..!


Wallahhhhh!!!


Asyik entry makanan je kan.... takpa.. Nanti I cerita pasal pengalaman berjumpa hantu.. yes uols... I pernah jumpa hantu occay!!! Serammmm gittew...





Tuesday, November 13, 2007

Nostalgia





Aku masih ingat lagi, back in 1993, masa tu aku study kat Kuching. Lagu ni famous giler kat radio. Ada announcement kat radio KRU ada promo tour kat Amphitheatre, Kuching Waterfront. Apa lagi.... kitorang pun beramai2 la turun "pasar" (bahasa local yang bermaksud bandar). Bila sampai kat tempat tu.. punya la ramai orang.. walaupun hujan gerimis masa tu, audience macam tak kisah je.. kitorang setakat dapat berdiri kat kawasan kedai opposite Waterfront tu je sambil 'dengar' show petang tu. Kelibat KRU langsung tak nampak! Tenggelam dek keramaian yang sangat ramai itu. That was their first time in Kuching rasanya.. dan itu ler show diorang yang pertama sekali aku tengok.


I love this song. And dulu2 aku hafal lagu ni dengan part 'rap' tu sekali tau... siap dgn dance step pun aku ingat..

Tapi... itu dulu... ;-)



Enjoy the video!

Friday, November 9, 2007

Menunggu Pagi




Apa yang terjadi dengan hatiku
Ku masih di sini menunggu pagi
Seakan letih tak menggangguku
Ku masih terjaga menunggu pagi


Entah
Kapan
Malam
Berhenti
Teman
Aku
Masih
Menunggu
Pagi




Nota: Sorry banget aku ngak bisa balas sms kamu. Bukan maksud aku untuk pura2 ngak tau. Tapi jangan kuatir, aku baik2 aja kok. Harap2 kamu ngerti. Aku doain agar kamu juga baik2 aja.






Wednesday, November 7, 2007

Terima Kasih Daun Keladi

Singgah ke Restoran Singgah Selalu yang hanya bertentangan dengan Danga Bay. Memang singgah selalu pun kalau ke JB. Macam2 ada di restoran ni.



I had Pearl Longan.. yummy!!



CikTipah's ABC Special




I dream of Pearl Longan..

Lepas solat (CikTipah ada gak snapy2 gambar aku tengah solat rupanya..) terus ke Stesen Bas Larkin untuk balik ke KL.





Same seat.. pergi 8A, balik pun 8A



Awan yang cantik..




Aku duk sebelah En. Botak...saspennnnn.... hehe.. dari JB sampai KL aku duk pandang tingkap sahaja... 5jam 30 minit perjalanan (abang bas sangat bersopan santun, rasanya dia drive 100km/j sahaja) sampai KL dalam hujan lebat. Jalan dalam hujan to LRT Masjid Jame then amik cab untuk ke rumah. Walaupun hujan lebat, aku puas hati...!
I had a great time in JB. Relax. Tenang. Merdeka(pada mereka yang memahami). CikTipah, terima kasih daun keladi kerana susah payah melayan aku untuk 3hari2malam. Bawak aku ke sana ke mari..
Esok giliran aku pulak... :-)

Rumah Limas & Orchid Garden Danga Bay

Photos taken by CikTipah.




















Tu dia... Katering Zita Joned hahahahaha...






Sapa kata saya tatau senyum? :-P


Rumah Limas Batu Pahat



View of Istana Bukit Serene from Danga Bay




Nasi Lemak Haji

Nampak macam rumah biasa je kan... Sebenarnya, ini adalah kedai sarapan Pak Haji nasi lemak kupang (CikTipah yang bagi nama.. )





Kata CikTipah, Pak Haji ini terkenal dengan sajian sarapan pagi nasi lemak kupang. Sempat jugak rakam gambar dia mengiringi pelanggan balik. Kata CikTipah, dia akan layan pelanggan macam kita layan tetamu datang rumah.


Simple je kat dalam.. seperti kedai2 biasa.. Pelanggan2 yang datang boleh makan kuih raya(free) sebab masih dalam raya mood lagi.




Sambal kupang yang paling famous dari kedai ni.



Nasi Lemak.. yummy!! Nasi lemak 2 set + 2 gelas teh o ais + sambal kupang = RM7.50 sahaja!! Kalau pergi ke Kg Pasir Putih, Pasir Gudang, this is the best place for breakfast. Mesti cuba!!









Monday, November 5, 2007

Pasar Malam Pasir Gudang

Balik dari Kota Tinggi, singgah di pasar malam Pasir Gudang. Seronok jalan2 di pasar malam ni. Kali pertama aku pergi pasar malam ni beberapa bulan lepas, aku ternampak orang jual Air Katira. Hanya ada di Johor sahaja.. belum berani nak mencuba lagi..


Abang & kakak ni duk perati je aku snapy2..




Ramainya orang...


These are my favourite things..



Tauhu bakar... yummy..!




& Air Cikong aka LaiCheeKang from this stall.. adik ni pose2 busy hehehe :)
dia ingatkan nak masuk magazine mana2 ...




Are you rock bebeh??? ;-)



Esok sambung jalan2 di Danga Bay (Rumah Limas dan Taman Orkid)






Air Terjun Kota Tinggi

Bestnya...










Kawasan paling atas




On the way nak ke bawah semula




Skodeng time!! hahaha




Sejuk & jernih.. bestnya....!


Selepas mandi manda, balik semula ke Pasir Gudang. Dalam perjalanan tu lah ternampak pelangi petang yang sangat cantik yang ada dalam entry sebelum ni. Cantik, menarik, tertarik...!






Jalan Sakan

Ikut CikTipah pergi open house, hosted by one of her colleagues. Dari rumah terbuka tu, teruskan perjalanan ke Kota Tinggi.


Cover muka atas sebab-sebab keselamatan katanya... hehehe..pemalunya kawanku ini..



Bagaimana lip lap glamernya pun bajumu ittew, glamer lagi selipar driving ko tu CikTipah!!! Hahahaha..



Mula-mula hanya nak tangkap gambar signboard AirTerjun tu...tapi kan.. cuba tengok.. Perasan tak? Taman Desa TERBAU... Terbau apa lah agaknya?? Siapakah yang berbau itu?? Takkan lah takda siapa yang perasan kesilapan ini kan...? Lawak sungguh..aduhai...! Atau memang ada tempat nama Desa Terbau? I dunno... CikTipah kata nak bagi gambar ni kat Harian Metro.






CikTipah kata tanda kat atas tingkap tu adalah kesan air banjir besar tahun lepas. Sebab tu lah banyak bangunan kat pekan Kota Tinggi ni dicat baru.



Jalan menghala ke Air Terjun Kota Tinggi, yang terletak lebih kurang 20 minit dari pekan Kota Tinggi.



Tiket masuk. RM9 per pax. Personally, i found it too expensive. Tempat tu cantik, tapi tak terurus. Tandas dan bilik mandi agak(sangat) mengecewakan. Pintu shower room banyak yang tercabut. Toilet pun kotor. By the way, u have to pay extra RM5 for parking.



On the way balik, baru teringat nak snapy2. :-)