Monday, November 26, 2007

E'nuff Eez E'nuff

Lokasi : Bilik Kakak Senior -paling hujung, sebelah pantry
Time : After midnite


It happened when I was in my 1st semester, during our study leave. Orang lain kalau study leave sibuk pi library pi study takpun beramai2 buat study group. Ini tidak, study tu yang ditinggalkan! Orang suruh study, kitorang pi sibuk explore game Spirit of the Coin. Begini ceritanya...


Actually permulaan game tu kena letak coin kat tengah2. Then coin tu akan bergerak dengan sendiri. So, coins tu akan eja A to Z, ataupun tunjuk nombor 1-10. Bila dah abih tanya soalan2 ngarut2 tu (macam tukang tilik je..) antarlah 'spirit' tu balik. Biasanya, kawan aku amik sekeping kertas, lukis plan simple2, conteng2. Lepas tu buang kertas tu. Kalau nak main lagi, baru buat plan lagi. Dalam 2-3 hari tu, memang slalu kitorang main game tu. Oleh kerana malas nak buat plan tiap2 kali nak main game tu, a friend of mine, dengan kreatifnya, guna satu manila kad, siap buat plan cantik2, tulis pun guna marker pen. So, board tu selalulah bertukar tangan, the whole flooor guna card tu untuk try game tu. Nak release tension kononnya. Memang lawak, gelak2, macam2 soalan nonsense yang ditanya. Aku tak berani nak pegang coin tu.. cuma jadi pemerhati saja.



So, kakak2 senior aku ni beramai2 la.. nak meminjam board tu dari member nih. Kitorang pun (bertiga) pi la bertandang ke bilik kakak2 senior nih. Kakak senior ni berempat, kami bertiga. So, tujuh orang dalam bilik duk perati. Kakak senior tu suruh member aku sorang ni jadi tukang pegang coin tu. As usual, aku duk tengok dari katil je. Memula tu gelak2, lawak2.. bila dah habih tanya soklan2 ngarut2, kawan aku pun nak hantar la 'spirit' tu balik. Dia bleh kata "NO". Ah Sudah!!!! Hantar berkali2 pun jawapan nya "NO". Masing2 dah risau. Saspen beb! Panic!!! Coin tu dah mula buat hal. Bergerak sesuka hati. Laju pulak tu!! Aduh!!



Kebetulan member aku yang sorang lagi tengah 'red flag' masa tu. Benda tu siap eja nama kawan aku!!!! "I want XYZ" (konon nama kawan aku tu XYZ). Kawan aku dah panic. Muka pucat lesi! Ada sorang kakak tu pasang kaset yasin. Then, benda tu eja "Dont play the cassette" Betul!!! Kaset tu memang berpusing tapi tak bunyi langsung!! Pastu, coin tu mula gerak keluar dari board tu ke arah tingkap. Nak keluar!! Kawan aku yang pegang coin tu dah penat dah. Tangan dia dah tekan kuat coin tu & coin tu tetap bergerak ke arah tingkap. Kakak yang sorang lagi dah standby duk tepi pintu baca ayat2. The other kakak, standby tepi tingkap, duk baca ayat2 jugak.



Pastu coin tu siap type nama sorang ustaz kitorang. Benda tu suruh panggil ustaz tu. Masing2 dah risau. Ada sorang senior tu baca ayat kursi kuat2. Coin tu type "U read it wrongly" Boleh???!!! Tak caya kan? Tapi aku tengok sendiri! Benda jadi depan mata. Penat kawan aku berdialog dgn benda tu. Macam2 soalan. Macam2 yang diejanya. Sorang kakak tu jerit mintak tolong. Kitorang rasa suara dia dah kuat, satu hostel boleh dengar, tapi takda response. Kitorang boleh dengar orang lalu lalang kat luar. Nak bukak pintu tak berani, sebab takut coin tu keluar dari bilik! Lain pulak ceritanya nanti!!



Kawan aku yang pegang coin tu dah berpeluh2 macam orang lepas jogging. Kesian kat dia. So, sorang kakak ni tekad, suruh kawan aku baca surah al-Ikhlas 3 kali then lepaskan tangan dari coin tu. Bila kawan aku lepaskan coin tu, anjing menyalak mendayu2 kat luar. Rasanya lebih dari sekor anjing yang menyalak mendayu2. Saspen beb! Meremang bulu roma!! Tapi lega jugak sebab 'spirit' tu dah balik! Bila tengok jam, dah pukul 2lebih pagi!! Malam tu semua orang tak leh tido. Bila dah azan subuh, barulah kitorang(yang bertiga) berani balik bilik & tido.



Esoknya, kitorang tanya kat jiran2 satu floor, depa kata tak dengar pun suara kakak tu jerit mintak tolong. Depa kata bilik kakak2 tu malam tadi gelap. Sunyi sepi! Dan pagi tu jugak, kakak senior aku terus bakar cardboard tu. Dan kitorang taknak main benda ngarut2 ni lagi. Tobat dah!!









2 comments:

fuzen hasin said...

welll...maybe we knl...
but ur story nih gile scary...

adibah said...

fuzen - hi fuzen. cerita betul tu fuzen. sampai sekarang masih ingat lagi.