Saturday, November 17, 2007

Bila Nak Exam..


Satu perkara yang paling fofular di zaman kolej adalah HANTU. Biasalah hostel perempuan. Hantu itu la.. hantu ini lah... Biasanya cerita hantu akan menguasai carta gosip di asrama/kolej bila dah nak dekat final exam. Ada orang kata sebab student2 tension study, tu yang duk selalu nampak hantu lah dan sebagainya. Wallahualam.


Kisah pengalaman aku ni berlaku masa sehari sebelum final exam. Masa tu depa dah kecoh dah cerita hal hantu2 ni kat hostel. Aku masih lagi freshies, baru 6 bulan di kampus tu. So, banyak lah duk dengar senior2 ni cerita hal hantu2. Kampus aku tu memang ada seram sikit.. Kalau bunyi anjing menyalak mendayu2 waktu malam tu adalah perkara biasa. Diorang kata ada keranda terbang la, ada lembaga terbang lah.. macam2 lah.. Alhamdulillah... aku tak pernah terserempak dengan benda-benda macam tu. Hinggalah pada suatu malam... jeng.. jeng..jeng..


Malam kejadian tu, aku, Meza & Ima duk study sambil borak2 (borak2nya yang lebih dari study sebenarnya... ). Seperti kebanyakan student2 yang lain.. study sambil borak2 dan pekena megi rendam air panas & teh o suam adalah suatu perkara biasa. Dalam borak2 tu ada jugak terdengar bunyi anjing sayup2.. tapi macam aku kata tadi.. dah biasa.. so.. takda kesan sangat kat kitorang bertiga ni.


Dalam tengah sibuk2 borak, Meza ajak pegi toilet. Kitorang pun pergilah teman. "Eh, alang-alang pi toilet, biar aku pi basuh pinggan/cawan ni" kata aku. Selalunya kalau lepas midnite, kitorang akan simpan bekas makanan/air dalam baldi & pagi esoknya baru basuh. Ima menyampuk, "Aku nak rendam jeans la... esok bleh basuh terus" Masing2 pun berlenggang kangkung pegi toilet. Rilex je.. Miza pi toilet, pastu duk cuci muka (..tengah malam?). Aku basuh pinggan dan Ima rendam jeans dia (tengah malam??).


Titiba bunyi anjing menyalak mendayu2 dekattttttt jeeee kat bawah (kitorang di tingkat 1). Kitorang pun terkejut ler.. Kemudian kitorang nampak sorang kakak senior kat depan pintu masuk toilet. Kakak ni Ketua Kolej. Aku masih ingat, rambut dia basah macam baru lepas cuci rambut, dia pakai ala2 baju kelawar lengan panjang dengan getah ikat rambut di pergelangan tangan. Aku terkejut. "Astaghfirullahalazim..!" kata aku. Pastu kakak tu angkat rambut dia yang jatuh ke kening. Dia masam muka & jeling aku beb! Mata dia MERAH!!! Aku diam je.. Aku pandang Miza & Ima, kami duk berpandangan satu sama lain. Pehtu secepat kilat kakak tu masuk dalam toilet ke 3. Pastu kitorang pandang2 lagi sambil sambung cuci muka, basuh pinggan dan rendam jeans. Tak lama lepas tu, bunyi anjing lagi.. Dan pintu toilet yang dia masuk tu dah terbuka!!! Huhhhh?????


Kitorang masih diam dan keluar dari toilet tu tanpa sepatah kata pun! Senyap! Yang pasti masing2 melangkah laju! Ima terus kunci pintu. Masing2 terduduk kat katil. Dan masing2 mula tanya soalan-soalan yang dari tadi duk ada dalam fikiran masing2.. "Ko nampak tak kakak tu tadi?" "Ko perasan tak dia masuk toilet yang rosak tak leh pam?" "Kau dengar tak bunyi air? Takda kan..?" "Ko perasan tak bila dia keluar?" "Ko tengok tak, takda kesan tapak kaki basah keluar toilet tadi?" "Perasan tak lepas bunyi anjing tu, tengok2 pintu toilet tu dah terbukak?" Haaaaaa........ bila tengok jam... dah pukul 3 pagi rupanya..! Tapi kitorang duk meyakinkan diri masing2 yang kami jumpa tadi tu kakak Ketua Kolej. Kitorang kata, pagi esok, kita pi tanya kat akak tu sendiri. Lambat sungguh tunggu pagi. Kitorang bertiga tak tido sampai ke subuh. Terkebil2. Nak tutup lampu bilik pun tak berani. Lepas subuh, tido la sat dalam sejam sebelum ke dewan exam.


So, the next day lepas exam, kitorang cari kakak tu kat bilik dia. Bila ditanya, kul berapa dia tido, dia kata kul 1.30am. Tanya pakai baju apa, dia kata baju lain. Duk beriya2 kitorang tanya.. adalah 3-4 kali tanya pasal baju & apa yang dia buat kul 3am. "Akak tido.." jawab dia. Sampaikan aku tanya gak kat roomate dia yang lain untuk yakinkan diri kami. Hasilnya, memang betul lah.. "orang" yang kami jumpa kul 3 pagi tu ... bukan DIA! Bila kitorang bagitau cerita yang sebenar, kakak tu terus terdiam. Pucat jugak muka dia... Sian dia..


Sejak dari tu, kitorang tak berani gi toilet after midnite. Nasib baik beberapa hari lepas tu cuti semester. Alhamdulillah.. itulah kali pertama dan terakhir (harap2nya) aku terserempak dengan perkara2 macam tu. Cukuplah sekali sekadar pengalaman...





5 comments:

Moncheh Man said...

Teringat pulak masa kecik2, nyorok tepi longkang pastu ader benda terbang melintas atas kita org....seram!!!!!!

KayMin said...

lagi ngeri bila rasa nak buang air tgh2 mlm. pehtu kena lalu kt koridor yg berhadapan dgn pokok2 besar on the way ke tandas. last2 tong sampah yg jd mangsa.

ray eusouff said...

cakap pasal toilet...teringat toilet yang menyeramkan kat asrama dulu....x pernah jejak sbb takut....besar dan gelap....banyak sgt ruang2 misteriiii...eeee

Ad said...

chantik x akak ketua dorm tue???

tu yang antu tu copycat muka dia!!taste la tueee

Sept11 said...

MonchehMan - mmm tau takper.. nasib baik takda jumpa yang terbang2

KayMin - tak nampak "maya karin" ke atas pokok tu?

Ray - kan... selalunya toilet mesti ala2 seram..

Ad - Akak Ketua Kolej ittew?? Orangnya biasa2 je... Ada satu hari tu sorang junior muka pucat jumpa I, dia kata dia gurau 'ala2 cucuk pinggang' my fren kat BSN ATM Machine kat Blok Pentadbiran. Pastu baru dia teringat yang my fren tu dah pindah Melaka semester sebelumnya.. Aiyooooo! Kenapalah hantu2 suka kopikat muka orang lain...