CikTipah: tp baik leww hapdet blog uols tu
CikTipah: bukan saja bersawang....dah berspider lagik
Me: hahaha
Me: sat na noks
Tu dia... bersawang sampai dah ada spiderman katanya.... Ayah admitted to HKL on the 21st May, discharged on the 23rd and then to IJN the next day. And he's still in IJN, insyaAllah lagi 2 minggu baru boleh discharge. And whenever he's in the hospital, my day starts as early as 5am and ends around 10pm. Itulah sebabnya bersawang sampai dah nak 'berspiderman' blog ni.
Masa ayah di HKL, 'jirannya' seorang lelaki muda. Awal 30-an. Aku perhatikan dia banyak termenung. Kemudian tidur. Bangun. Dan termenung lagi. Satu hari tu, mak&ayah dia datang menziarah. Mak dia menangis. Dia pun nampak sebak. Aku perati lagi. Hari esoknya, ayah cerita, jirannya tu dah berkahwin. Ada 2 orang anak kecil yang masih belum bersekolah. Apa yang menyedihkan aku, isterinya minta dilepaskan, kerana tidak sanggup hidup bersama dia yang menghidap penyakit buah pinggang. "Takpalah pakcik, biarlah dia cari orang yang boleh jaga dia dan anak-anak" katanya. Sekarang ini, anak2 nya di kampung bersama bekas isteri. Dan aku rasa mungkin dah faham, kenapa dia banyak termenung selama ini. Rindukan anak. Betul kata orang, kasih ini perlukan pengorbanan...

Sebelum balik, ayah peluk dia. "Jaga diri baik-baik. Awak tu muda lagi".. pesan ayah. Aku doakan dia kuat untuk menghadapi hari-hari yang akan datang. InsyaAllah.
p/s: Happy belated birthday to you, MantanKekasih - 30/5. Celebrate kat mana CikTipah? Ahaks!