Thursday, May 1, 2008

Dugaan Allah



Aku baru dapat berita yang kurang enak didengar. Kawan lama, bekas rakan sepejabat, baru sahaja didiagnos dengan Colon Cancer Stage 3. Tergamam aku bila dapat khabar berita ni! Aku terdiam! Sebak.. dan mengalir airmata. Aku tak sangka.. sungguh2 tak sangka. Sedangkan orangnya nampak sihat walafiat. Masih muda. Selama aku kenal dia, tak pernah nampak dia sakit teruk. Sentiasa ceria. Ketawa. Bayangkan, hari pertama dia ditahan di hospital, dia masih mampu berbual 3G dengan kawan2 di pejabat. Masih mampu bergurau senda. Hanya dua hari selepas itu, barulah dia dimaklumkan tentang penyakit yang sebenar.


Aku berdoa, berharap dengan sangat, agar dia tenang hadapi dugaan Allah ini. Aku sangat simpati. Aku sangat sedih. Masakan tidak.. majlis perkahwinannya, telah dirancang pada Jun ini, hanya sebulan jaraknya dari sekarang! Bayangkan beratnya dugaan dia. Bayangkan apa yang ada difikirannya sekarang. Bayangkan perasaan dia. Perasaan tunangnya. Perasaan orang tua mereka. Ahli keluarga. Sedangkan kami sekadar teman, deras mengalir airmata, inikan pula ahli keluarga yang terdekat.


Mas, sabarlah dengan ujian Allah. Akak doakan yang terbaik untuk Mas. Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan untuk Mas hadapi segala dugaan ini. Akak harap dengan sangat, InsyaAllah, Mas akan cepat sembuh dan ceria seperti biasa. Ini sahaja yang mampu aku katakan.. aku dah hilang kata-kata!


Tiba-tiba aku teringat, minggu-minggu terakhir sebelum arwah mak pergi, abangnya saban hari menziarah arwah mak di rumah. Aku masih terbayang, arwah mak duduk di sofa, dan abangnya hanya duduk bersila di bawah, berbual. Abangnya hanyalah bekas anak murid arwah mak semasa di sekolah rendah, tapi rasa hormat dan sayangnya pada arwah mak masih kekal, walaupun abangnya itu sendiri sudah menjadi seorang pendidik anak bangsa. Hinggalah di hari pengkebumian arwah mak, abangnya datang, duduk ditepi katil, dan aku masih dapat bayangkan airmata abangnya yang menitik semasa membaca surah Yassin.


Benarlah, dunia ini berputar ibarat roda. Sekarang tiba giliran aku memberi sokongan. Menziarah jika ada kesempatan. Dia pastinya perlukan kata-kata semangat dari teman2. Perlukan kekuatan teman2. Sebab itu, aku harus menjadi kuat bila menziarahi dia. Harus katakan pada diri "Kawal airmata! Kawal airmata!". Arwah ayahnya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, kerana penyakit yang sama. Bayangkanlah.. jika kita ini adalah dia.. bagaimanakah rasa jiwa kita ya...? Wallahualam.



Take care everyone.

2 comments:

Ad said...

semoga urusan kawan akak dipermudahkan sama ada di dunia dan akhirat

adibah said...

InsyaAllah Ad, kita doakan ya..