Tuesday, May 13, 2008

Kisah Lama Berulang Kembali

Kisah lama I
Lokasi : Stesen Minyak Petronas

Aku pergi ke kaunter, "Adik, pam 3, 50 ya." ... Then, aku pusing2 dalam kedai petronas tu. Nak cari nescafe dalam tin. Lepas tu, aku dengar orang panggil. "Miss, you punya kereta itu Wira kan?" That adik petronas tanya aku, ala2 slang orang melayu cakap dgn cina.. Aku jawab.. "Ha ah dik, kete wira tu" aku jawab slang se-Melayu yang boleh.. Adik tu perati aku.. macam heran je.. huhu..!


Kisah lama II
Lokasi: 7Eleven

Aku masuk je, adik kat kaunter tu kata "Good morning, miss". Ah sudah...! Jadi lagi..! Aku pun pergi kat tempat paper, capai Mingguan Malaysia & Berita Minggu, and terus ke kaunter bayaran. Adik tu pandang 2 paper tu, then perati aku. "Ingatkan cina...." Aiyoohhhh! Aku gelak je.. haha..


Dua-dua scene tu berlaku beberapa tahun yang lalu. Sebenarnya, dah banyak kali benda2 macam ni terjadi kat aku. Dan mungkin, orang lain pun pernah alami perkara yang sama. Am I so sepet?? I don't think so. Takda lah aku ni putih melepak cam amoi. Biasa-biasa jer.. Kadang-kadang yang kita ingatkan Melayu, rupanya Cina atau India, yang kita ingatkan Cina rupanya Melayu, yang kita ingatkan orang Sarawak/Sabah rupanya orang Semenanjung dan begitulah sebaliknya. Malaysia ni negara berbilang kaum dan bangsa, jadi benda-benda ni adalah perkara yang biasa berlaku untuk sesetengah orang. Masa aku kat kampus dulu, orang ingatkan aku orang Sarawak, sampaikan kena tunjuk IC, sebab orang tak percaya aku orang Semenanjung. Duh..!


Kenapa aku teringat kisah2 lama ni ya..? Sebab sesuatu terjadi semalam di IJN. Kisah aku dengan seorang ayah berbangsa Cina dan anak perempuannya. Mereka ni orang Sabah, anaknya yang comel berumur 9 tahun, baru pulih lepas pembedahan 'membesarkan' saluran darah ke jantung. Pembedahan yang kedua untuk tahun ini katanya. Jelas nampak bekas pembedahan di dada anaknya. Sebelum ni, anak yang comel tu pernah dibedah untuk memulihkan penyakit jantung berlubang. Semoga dia cepat sembuh untuk ke sekolah. Dua kali aku tertembung dengan mereka. Dan masa kali kedua tu si bapak bertanya:


"Miss, what is your race?" dia tanya sambil senyum.
"I'm Malay.." aku pulak jawab sambil senyum
"Oh, i tot u are Cina Muslim.. u mixed chinese kah?"
"Tak ada.. I'm pure Malay.."
"Oh.. kalau di Sabah, the Kadazans look like Chinese..."
"Kat Malaysia ni, tak tentu lagi racenya.. macam2 muka, macam2 warna, kan?" itu jer yang aku mampu jawab. Gelak besar dia bila aku jawab macam tu. Hahaha.


Dan tiba-tiba aku teringat iklan merdeka pertonas di tv.






Sepet sangatkah aku ini??


Take care everyone.

6 comments:

Moncheh Man said...

mcm amoi.....lo

Sept_11 said...

monchehman..

mane alerr.. wa malayew maaa... ;)

nad said...

amoi minang!

CikTipah said...

aiyoo lu shasha cheah sula pakai tudung ooo. itu pasai diorg tego gitu hik hik..

aku yg muka jawa, mata beso ni pun ramai cina kt sini congceng kt aku...

Sept_11 said...

nad,

ha... betul la tu.. amoi minang.. ;-)

Sept_11 said...

ciktipah,

hik..hik.. tu la noks, cina muslim la pulak.. hehe.. uols pun ala2 ciner ma.. CD bajakan dalam keta uols kan suma ciner & indon saja... ;-)