Monday, December 14, 2009

Bersama Daun Kaduk

Eksperimen pertama bersama daun kaduk. Aku tak pernah makan daun kaduk. Aku tak pernah tau pun nama daun ini adalah daun kaduk.


MySis bawak balik dari ofis. Ulam dauk kaduk katanya.. Cara makan simple.. bersama bahan2 'iringan' iaitu kacang, kelapa goreng, udang kering, bawang merah, cili padi, bawang putih, limau nipis dan sos thai..


Macam ni.. letak semua bahan2 iringan tu di helaian daun kaduk tu.. kemudian.. lipat2 macam sireh dan ngappp!!


Aku buat stlye lain.. macam orang nak bungkus kacang putih.. buat satu 'kon' dan isi dengan bahan2 iringan tu.. then.. ngappp!! Mula2 makan memang rasa pelik.. tapi lama2 layan jugak.. MySis kata kawan dia belikan dari Kelantan. Dan ulam ni famous kat pantai timur.. Agaknya la kot..

gambar dari www.deliciousmalaysia.com


Kalau diperhatikan rupa daun kaduk ni lebih kurang rupa daun sireh.. Sebab tu lah, kata ofismate aku.. lahirnya peribahasa.. Kaduk naik junjung.. Kisahnya.. bila dah tak da sireh untuk dibuat sirih junjung.. orang gunakan daun kaduk.. sebab seakan2 sama bentuknya.. dan terjadilah daun kaduk yang eksen.. (agaknya).. sebab dapat naik junjung daun sireh tu.. Mungkin jugak daun kaduk ni eksen .. sebab dia tak ler pahit macam sireh.. agaknya kan...?? Hehe.. pepandai jer aku kan.. haha..


Cubalah...!! Untuk mereka yang suka ulam2an.. aku rasa korang mesti suka..


Salam kasih.

18 comments:

jimi said...

Sedap ke Kak Adib, hmmm macam bestje.

I think u should read this entri, khas buat kak adib.

http://suraiyasuraiya.blogspot.com/2009/10/dia-kawan-saya.html

Lyn Yusoff said...

hi kak,

sedap ke kak??
ape rase sebenarnya??

anifas said...

owh, kt sebelah kedah, bleh buat kerabu guna daun ni..tp kurang tau bahan2 iringannya tu..sy lebih suka makan kalau di rebus dulu, sbb tak tahan baunya tu..ehehe..kalau makan mcm dalam entry ni..tak penah tau plak..

Cik Cookie said...

ini makanan siam.
dah lupa panggil apa
tapi kat kelantan banyak jual
nak2 area rantau panjang.

Tijah said...

kena makan dgn gambir sarawak tak nok?

adiwarnatasya said...

Salam Kanda,
Buat Kerabu pun sedap daun tu:)
Cubalah...
Tapi rebus dulu daun Kaduk tu then
hiris halus2 n senipisnya...
Sedappp.....

adibah said...

jimi,

mmm memang sedap, jimi.. boleh suggest kat suri untuk jamu kat jimi..

owh.. i love that entry...! thanks, bro.. :-)

adibah said...

lynn,

sedap lyn.. rasa macam rangup2 sebab dek bahan2 dalam tu.. Selamat mencuba.. :-)

adibah said...

anifas,

owh.. baru hari ni tau.. thanks for the info ye.. Ingatkan rasa dia ala2 sireh.. tapi sebenarnya okay je.. :-)

adibah said...

cikcookie,
mungkin la kan.. sebab anifas pun kata area2 kedah ada .. kan kedah pun sempadan Siam juga..

CikCookie pernah cuba? :-)

adibah said...

Tijah,

gambir serawak tu cemana, nok?


*belakon blur2...


wakakakakakkaka..

adibah said...

Natasya,

Best ye? Hmm.. bleh cuba satu hari nanti, kan? :-)

edzlin007 said...

ooh ini. pernah tgk, saya tak makan sayur so tak makan pun daun kaduk ni. kat restoran thai selalu ada.

mamai said...

adib aku ingat daun kaduk tu daun sireh...........ceh kena belajar lagi aku nie

A.K.U.D.O said...

mcm2 style ye..kalau dah ada depan mata tu ngap juga,tp nak mencari bhn2 tu tak terbuatlah.

Jard The Great said...

erkkk.. ku blaja benda baru ar hari neh.. ehehe

nonMember said...

tak pernah cuba .. tapi nengok gambar mmg cam daun sirehlah tu. rasa cam sireh jugak ka ek?

adibah said...

edzlin,
kena cuba... kena cuba makan sayur tau... :-)


mamai,
nampak sama kan.. sebab tu ada peribahasa "kaduk naik junjung".. sebab orng ingatkan kaduk tu sireh..


non-Member,
rupa sama.. tapi rasa tak sama..kalo sireh takleh masuk ler.. pahit!!

A.K.U.D.O
ngap..!! cicah sambal belacan.. mesti sodapkan?? :-)


Jard,
Selamat mencuba!! :-)