Monday, December 21, 2009

Ini Baru Sorang...!


Hujung bulan.. hujung tahun.. Seronoknya, hujung tahun ni.. kalau ada bonus.. maka bertambah teballah wallet masing-masing.. Alhamdulillah.. rezeki Allah.. Tapi selalunya hujung tahun, banyak belanja yang perlu dikeluarkan. Especially to those who have kids aged 4 and above. Sekarang ni nak daftar tadika pun.. kena RM500 and above. Tu tak termasuk duit transport etc.

Hari tu.. pergi shopping untuk baju sekolah Dikna. Tahun depan dia masuk Tahun 4. Dilantik menjadi Pembimbing Rakan Sebaya. Perlu uniform sekolah yang lain dari biasa. Kasut dan stokin bertukar ke warna hitam.. bukan lagi putih seperti biasa.


Perlu beli 2 pasang baju warna Purple, 2 pasang kain warna biru untuk sekolah kebangsaan, 2 pasang baju warna putih dan kain hijau untuk sekolah ngaji.. 2 tudung putih & 2 purple. Total RM224.60!! Aduhai.. itu baru sorang.. dan itu tak termasuk kasut sekolah & stationaries dia lagi.
Juga tak termasuk yuran PIBG, duit bas sekolah, duit belanja harian, duit buku latihan, itu dan ini.. Rasanya boleh mencecah hingga RM500.

Mind you.. ini baru belanja untuk primary school. Sekolah menengah nanti ntah macamana la agaknya... Dan.. ini baru belanja untuk seorang.. i wonder how if u have FIVE kids.. ada yang sekolah menengah.. ada yang sekolah rendah.. ada yang nak masuk pre-school. Owh.... my..!!



Dikna with her new outfit. Dia mula bertudung ke sekolah rendah next year.. Alhamdulillah.. And i keep on reminding her that.. tudung is not part of the school uniform.. its more than a school uniform.. especially when she reaches the age of puberty..

Anyway.. back to the main story.. rasanya kena spare sedikit duit dari gaji bulanan. di sepanjang tahun untuk keperluan pendidikan anak2.. especially bila nak mula musim sekolah yang baru... kalau tak.. payah jugak jadinya nanti sekiranya bajet lari...

Untuk yang belum shopping untuk anak2 sekolah... selamat bershopping...!!



Salam kasih.




10 comments:

Tijah said...

kau mmg kakak yg baik nok. mak terharu nih

A.K.U.D.O said...

ni dok membajet lah ni. mmg dasyat..

mamai said...

adib aku ada tiga orang dah tu lelaki semua hmmm pening kepala wooo bila time sekolah

adibah said...

tijah,
tanggungjawab nok... ko dah shopping untuk cem?


a.k.u.d.o,
ye.. memang dasyat!


mamai,
tiga orang? owh... i can imagine.. kepeningan itu..

aloy_paradoks said...

baju sekolah sy macam mana?

onniey84 said...

alahai..bestnya dpt bonus

edzlin007 said...

hmm sebab tu kita kena sentiasa menabung. dan ini memang dilema ibu bapa setiap kali hujung tahun. kalau gaji sederhana pun memang hazab nak beri barang keperluan anak lima orang, tak termasuk yuran-yuran sekolah.

tips beli barang sekolah: beli tuk semua anak2 sekali, tapi kena beli di kedai yang boleh tawar-menawar. dapat sangatlah byk diskaun. ibuku yang perlu tanggung seorg anak je, gigihnya bawa kawan2 anak sekali beli barang.hehe pastu sama2 bayar

adibah said...

aloy aka nurul,

doktor kata takda saiz :-)

adibah said...

oniey,

selamat datang..

bestkan? dapat jugak ringankan kos nak shoping2 :-)


nanti singgah lagi ye..

adibah said...

edzlin,

kalau dah siapkan dengan bajet.. lebih mudah kan?

kalo kat Maidin pun leh dapat murah, kan?