Tuesday, March 30, 2010

Rasa Itu Masih Ada


Tiba-tiba rasa itu datang dengan sendiri
Bukan paksa.
Bukan buat-buat

Bila tiada depan mata..
Tercari-cari
Ternanti-nanti
Tertanya-tanya
Kehilangan?
Mungkin..

Syukur pada Ilahi
Atas anugerah rasa ini
Kerana selama ini
Aku fikir rasa itu telah mati




Salam kasih

Saturday, March 27, 2010

A Call From CEO

I did wrote about my experience with Skybus during my previous trip, in the previous entry. Maybe there is/are reader(s) who pointed out this entry to Skybus Customer Service .. thank you reader(s). As a result, this is the comment from Mr Chris S. Thiagarajah , the CEO of Skybus.


dear adibah,

my name is chris of skybus. we had sent an email to your yahoo id yesterday to call us for us to further investigate this incident. we take all feedback from our passengers seriously and respond the moment we are aware of it.

our customer service number is 0162176950 or 0162369656.

on the jadual bas at sentral and also on our website (www.skybus.com.my) from sentral, after the 7pm bus, the next bus is at 8pm (not at 7:30pm as you thought); so i'm concerned if our staff did not mention this to you or point it out on the jadual on the platform wall . did this incident take place on friday 19th march?

please call us as this issue is of utmost importance to us. or sms your number and we shall call u back.
we value your support and please keep the ticket you bought as it is still valid if not detached.

terima kasih, dari skybus

On last Thursday, I received a call from Mr. Chris. Yes. From the CEO of Skybus himself. Surprised? Yes, I was. Basically he explained on about the bus schedule and the possibility of miss communication between the staffs and passengers.

Dan Mr.Chris juga bagitau yang pihak Skybus dah pun siasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap staffs yang terbabit. Selama ni, ada jugak aku dengar komen2 dari kawan2 yang pernah travel dengan Skybus, cuma diorang tak tahu macamana nak buat aduan, mungkin. Dan Mr. Chris thanked me, for bringing up this matter. Setidak2nya pihak Skybus tahu tentang masalah pelanggan dan boleh perbaiki servis diorang in future.

On my humble opinion, to avoid any inconvenience in future, I would suggest that maybe Skybus can display the bus departure time at the windscreen itself, so that passenger could refer/see the departure time clearly.

To readers and friends who have any good or bad experience with Skybus, do feel free to write to them. Well my blogger friends.. you never know... maybe one day.. u'll get a call from a CEO.

To Mr.Chris, thank you.



Salam kasih.

Thursday, March 25, 2010

60 Minutes Lite Off



Sabtu ini... Waktu malamnya... Aku akan bergelap... Untuk satu jam sahaja... Kau juga? Jom..!!



Gudnite. Salam kasih.

Wednesday, March 24, 2010

No More Skybus For Me


Jumaat, flight ke Kota Bharu jam 9.15malam. Aku, mySis & Dikna bajet naik bas dari KL Sentral ke LCCT, kalau boleh amik trip pukul 7.30pm. Kalau ikut kebiasan, naik bas 7.30pm insyaAllah dalam pukul 8.30 boleh sampai dah.. Managed to reach KL Sentral before 7.30pm, naik Skybus yang dah ada kat bus station tu, which was already 80% occupied. So, tunggulah bas tu nak jalan..


Punyalah aku tunggu.. 7.30 tak jugak jalan2.. 7.35 pun tak jalan... 7.40 pun tak jalan. Kami dah cuak dah.. takut tak sempat sampai LCCT. Then, 7.45pm, bas masih tak jalan.. MySis tanya, "Bila nak jalan ni?".. The Skybus people kata, "Nak jalan dah ni kak..". Fine. Selang 3 minit, kakak aku tanya lagi "Pukul berapa nak jalan?"... Budak tu boleh jawab "Tak tau lagi kak. Driver kita hilang. Tak tau dia pergi mana".

Boleh???



Aku & mySis dah hangin dah. Kitorang terus turun dari bas. Plan B: take ERL to LCCT. Dapat tiket ERL dari KL Sentral - Salak Tinggi. Kemudian dari Salak Tinggi ke LCCT, kena naik feeder bus. Tapi.. aduhai... yang memandunya pakcik yang sangat sopan santun dan berhemat.. akhirnya... sampai LCCT..

Tak sempat!!! We missed our flight. Kena tukar ke next flight, 7.45am the next day & kena pay extra for the new ticket. Damn!!

If the bus depart on time, definitely we'll able to be on board before 9pm. Sangat memalukan sebenarnya for them, membawa imej dan brand AirAsia. Tak pasal2, dah bagi bad name untuk AirAsia. Macam kes aku ni, the first impression was a bad one.

Pernah jugak kawan2 aku cerita yang diorang missed flight sebab bad service Skybus ni jugak. Hmm.. Maybe AirAsia should do something about it. As for me, NO MORE SKYBUS!!! I'd rather drive and park my car @LCCT next time.




Salam kasih.

Sunday, March 21, 2010

Life Is Like That Lah...


Setiap kali cuti semester biasanya sibuk dengan segala aktiviti yang entah dari mana munculnya.. Ada je.. And basically, setiap kali cuti semester, ada sahaja perkara berbangkit yang terjadi. Itu dan ini. Contohnya, cuti semester yang terdahulu, berlaku penemuan 'mistik' dan 'panorama misteri' yang tak dapat nak dikongsikan di sini.. Pengalaman yang mungkin tak dapat dilupakan. Huhu.. Ngeri siot!! :-)

Cuti semester kali ini.. lain pula ceritanya. Aku bizi ke sana dan ke sini. Semuanya untuk melaksanakan tanggungjawab sosial seperti CSR gamaknya.. hehehe..

Ye lah kan.. bila dah takda mak&ayah, diri sendiri yang kena laksanakan. Bila bab kenduri, nikah kahwin kaum keluarga terdekat, you have to represent your family. Walaupun mak & ayah dah takda, nama baik mereka berdua kena jaga. Macamana rajin dan ringan tulangnya arwah mak&ayah dulu, bila time kenduri kendara sanak saudara dan ipar duai, kami, as their only daughters, perlu jugak membantu. Sibuk begitu begini.. seperti mereka, jika mereka masih ada lagi..

Mungkin kerana telah kami diajar oleh arwah mak dan ayah untuk menjadi sebegitu, begitulah adanya. Bantu bila perlu. Jangan berkira. Sama ada tenaga ataupun wang ringgit. Tunaikanlah segala keperluan bagi mereka yang perlu selagi mampu.. sebab bila mereka happy dan senang hati, insyaAllah.. mudah2an ada ganjaran dariNya. Allah itu kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah itu Ar-Razak.. yang memberi rezeki, kan?

Sepanjang cuti semester ini, kami di uji tentang kesabaran. Tentang pengorbanan. Tentang kekeluargaan. Tentang adat. Tentang budaya. Tentang kesopanan. Tentang ego. Tentang keras hati. Tentang kesombongan dan keangkuhan. Segalanya ada.. dan yang penting.. kami sekeluarga (read: mySis, Dikna and I)... Alhamdulillah berjaya dengan ujian ini... :-)

Seperti yang arwah ayah selalu pesan semasa memandu : "Setiap yang berlaku tu.. perhatikan dan jadikan pengajaran. Yang baik jadikan sempadan. Yang buruk jadikan tauladan"

Sometimes, in life.. walaupun kita dah berikan yang terbaik.. dan buat yang terdaya mampu.. kita jugak yang dipandang tak baik.. but... who cares anyway? Hahahahahahah... (gelak jahat)

Dan pesan arwah mak & ayah lagi.. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, cakap muda ingat-ingat.. Aku setuju. Sangat setuju. Dan aku seronok. Menjadi pemerhati.. sebuah kronologi.. hihihi.. owh.. isn't this rhyme? :-)

InsyaAllah, next week bermula kelas. Semester yang terakhir, insyaAllah. Bila orang tanya.. lepas abis study nak buat apa? Aku dengan penuh bersemangat tetapi tersipu-sipu (hahaha.. sila mual sekarang..!) berkata : saya mau kawen.. :-)


Well.. as i said.. in the title.. LIFE IS LIKE THAT LAH..... :)














Salam kasih dari saya, yang merapu dari OTWC, Ampang Waterfront.


Wednesday, March 17, 2010

Manusia

Kadangkala, manusia ni... cara dan gayanya tidak menggambarkan usia. Or should i put it the other way round? Tu yang kadang2 terkeluar perkataan seperti:


"owh.. kecik lagi dia ni... dah macam orang besar dah.. walaupun kecik, tapi pemikirannya matang"



ataupun;


"la.. dah tua rupanya.. perangai cam budak belum matang.. pemalas! lembab!"



dan kadang-kadang bila terpandang seseorang individu tu.. bila diperhati tingkahlaku dia mulalah terbayang di fikiran peribahasa2 ataupun kiasan2 orang tua2 kita.. antaranya:

  • ringan tulang
  • berat bontot punggung
  • kera sumbang
  • lipas kudung



rilek... rilek..
lebih baik rilek sahajaaaaaaa..........!!



Cheettttt!!!!

Thursday, March 11, 2010

Hanya Kerana Nota RM10


Another meeting. The agenda was to return back RM10. Hehe...


This OldTownWhiteCoffee's root bir float looks so tempting... should give a try one day..




The amount doesn't matter...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

the moment that count.. wah...!!

:-)




Salam kasih.

Wednesday, March 10, 2010

Hati Berbunga Bunga...


Aku cuba luck aku last Friday nite.. Aku text "nak kirim dvd original Ketika Cinta Bertasbih.." And i was so lucky bila di reply "Boleh cari. Ok.".. Wah ...!! hatiku berbunga bunga riang gembira...!! Hehe.. been searching for that DVD tapi tak jumpa.. (ke aku yang tak reti nak carik? hehe..).

Pagi tadi before 9am.. terima text.. DVD sudah ada.. Yeay! Riang ria gembira kembali.. (aku rasa BP aku time ni adalah sangat stabil.. hehe)

Petang tadi at 3pm, aku drive to WangsaWalk.. and wait at our meeting point, Austin Chase. Aku tak tau kenapa.. aku suka betul environment kat Austin Chase tu.. very comfy. Ada privacy. Relax. Bleh duk lepak2 baca buku cerita, main game etc. Tapi, tadi.. my fren carik game.. takda.. cuma ada chess. Last time ada scrabble and monopoly. Kalo tak tadi..bleh gak layan game se'frame' dua.. :)



Akhirnya dvd original Ketika Cinta Bertasbih ada di tangan aku.. Alhamdulillah. The best thing is.. dalam dvd package ni.. siap ada tasbih lagi.. Owh.. so sweet... My fren kata tadi aku "jiwang karat"... Jiwang ke? I dun think so.. cerita ni adalah menarik ye... Citer ni pun tak sama dengan citer Ayat-Ayat Cinta ataupun cerita Tasbih Cinta yang kat astro tu.. (which aku pun tak pernah tengok sebenarnya..)..

To my fren.. thanks sebab susah payah tolong carikan dvd ni.. Owh.. we (the July holiday team) decided to take train from JKT to BDO.. and trying to pujuk them to stay somewhere kat Jln Sudirman nanti.. :-)


Owh.. hatiku berbunga bunga..!! :-)




Salam kasih.

Tuesday, March 9, 2010

Time Bomb


Sejak hari Ahad, kesihatan terganggu. But, since there were lots of things to do.. aku gagahkan jugak.. And then, hari Isnin aku betul2 surrender. Started when, aku gi klinik.. then, bila dr. check BP it was tinggi melangit which dr. kata, kalo aku gi spital, confirm kena tahan. So.. untuk menurunkan BP, dr. bagi ubat.. suruh makan time tu jugak.. and then.. come back after 30 minutes untuk check BP lagi sekali.

Aku keluar dulu, gi breakfast, roti bakar & teh o suam.. the best meal whenever i'm sick.. then.. aku jalan balik ke klinik untuk jumpa dr untuk check BP again.. Masa jalan dari kedai to klinik..aku rasa melayang-layang already. Rasa macam ditiup angin. Bila dr. check BP, my bp dropped drastically. Dr. suruh rehat, and after 20 minutes baru boleh balik.

Dari klinik ke kereta which was only 100meters away.. aku rasa macam sangatttt jauh. Melayang-layang.. Buka pintu kereta, start engine, on aircond, turunkan seat.. aku rehat dulu 10 minit. Then only, aku rasa okay.. baru drive balik. Bila naik lift pun, rasa melayang-layang..


And once I reached home.. aku baring.. Bangun cuma untuk ke toilet. Then baring. Dan baring. Dan baring. Sampai ke malam. The next day (today), aku gi klinik lagi. Mintak MC, sebab really tak larat.

Now only.. Alhamdulillah.. rasa sehat sikit.. and ready to go to office tomorrow...


Just that sometimes.. I tend to forget.. to appreciate and love myself.. :(



Salam kasih.

Sunday, March 7, 2010

Kasih Sayang


Kesemuanya tiga beradik. Dilahirkan oleh ibunya, dan kebetulan, 5 hari selepas dilahirkan, ibunya mati dilanggar. Tinggallah mereka bertiga yatim piatu. Seperti bayi yang lain, mereka perlu susu. Mereka perlu belaian kasih sayang. Mereka perlukan kehangatan ibu. Tapi.. takdir menyebabkan mereka hilang ibu diawal usia begitu..

Nad, kazen aku.. rajin melayan anak2 yatim ni.. Pagi2 si yatim ni dah mula mengiau ngiau bila terdengar suara Nad menegur.. Nad keluarkan botol susu dari fridge, kemudian panaskan botol susu.. Berganti2lah si kembar ni menyusu botol..


Khayal melayan botol susu..

Giliran si kecik yang satu lagi.. nampak bijak kan? Hehe..


Sambil2 yang satu menyusu..
satu lagi duk main2 kat peha Nad...
lepas nyusu.. mandi time...!
Nad lap dengan towel panas


Hot water bag.. yang menjadi ganti kehangatan ibu..
both of them sleep on this hot water bag..


Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati..
Lalalalalalalalalala :-)


Walaupun aku geli dengan kucing.. haha.. tapi.. aku kesian dengan anak yatim yang berdua ni.. Sekor dah mati.. sedih.. sebab macam kurang zat.. kesian dia..

Melihat cara Nad menjaga anak2 kucing ni.. aku terfikir.. apa BODOHnya manusia yang buang anak.. mendera budak.. gugurkan kandungan.. mana hilangnya rasa kasih dan sayang mereka? Hmm...



Salam kasih.

Friday, March 5, 2010

Jumpa Kawan Lama

Sempena cuti semester ni.. aku amik kesempatan untuk jumpa dengan member-member lama yang dah di'pending' sessi pertemuannya sebab kesibukan (kononnyer.. haha).. Malam sebelumnya aku text Iza.. ajak dia lunch esoknya.. Iza kata set! Sebenarnya dah lama keinginan nak jumpa. Months back.. Plan awal-awal.. lepas tu tak jadi. Tapi rasanya memang selalu camtu kan? Bila kita plan awal-awal... last minutes mesti terpaksa postpone jugak.. Ada jer aral yang melintang..

Pagi seawal 7.30am, aku text Mimi pulak.. ajak join kami lunch. Mimi pun setuju. Jadinya.. lepas kerja tadi, aku fetch Mimi and then straight to KLCC. Kenapa parking KLCC penuh hari ni ye? Selalunya kalau park kat level 1, senang.. takda masalah.. tapi tadi.. berpusing-pusing KureKure ku mencari parking.. adeih....!!

Cadanganya nak gi makan kat Madam Kwan, tapi.. Q panjang.. kesian kat diorang yang kena gi ofis semula after lunch. So, Iza pusing2 kat tingkat 4 tu.. cari restaurant yang menarik.. akhirnya setuju dengan lunch di Chakri Palace kat tingkat 4 KLCC.


with Mimi.. dua2 cuba untuk nampak 'kecik'... hahaha :D


with Iza.. jovial macam dulu2 jugak..

Both of them, adalah kawan rapat aku masa sekolah menengah. Classmate & 'lepak' mate. After SRP ... apa??? .. SRP tu apa??? ish ish ish... tak pernah dengar yek? takpa.. takpa... meh sini akak bagitau...

SRP tu adalah Sijil Rendah Pelajaran.. ataupun sekarang ni dipanggil PMR .. owh... ku sebut PMR baru ramai yang tahu... huhuhu... Infact aku kenal Mimi masa sekolah rendah lagi.. masa Penilaian Darjah Lima.. Pun tak tau jugak? Okay.. okay.. zaman sekarang dipanggil UPSR ye adik-adik.. Iza pun sama sekolah.. tapi dia sessi petang, aku & Mimi sessi pagi.. so.. kenal ler.. tapi tak rapat sangat..

After form 3, both of them went to MRSM Perlis.. tinggallah aku terkontang kanting kat sekolah Kajang tu.. Then, lepas SPM they fly to UK. Tinggallah aku kat M'sia nih ha... Tapi.. the friendship remain.. sampai sekarang.. Alhamdulillah..

Bercerita itu dan ini.. update itu dan ini.. gosip sikit-sikit... hinggakan terlupa aku nak snap gambar makanan. We had tomyam, pandan ciken & asparagus. Sedap juga...




Aku cuma sempat snap gambar air ni jer.. namanya Jelly Longan ke.. Longan Jelly.. antara dua tu ler.. Sonang jer buat ni rasanya.. sirap + laici + agar2 merah yang basic tu.. Nanti mau try sendiri di rumah .. huhu..

It was great meeting childhood frens. Rasanya masih seperti dulu.. tak berubah.. cuma nombor2 pada umur je yang berubah.. Harap2 nanti boleh jumpa lagi.. dengan korum yang bertambah..insyaAllah.

Thursday, March 4, 2010

2 Gentlemen and A Lady


It was supposed to be on the day before. Because of the system error at my office and also heavy workload, I hv to postponed it till yesterday. As suggested by WAH, we (read: WAH, AA and I) went to Solaris, Mont Kiara.

Solaris ... (mmm... when i read the text.. i was imagining bintang Solaris .. the famos bintang in Korean drama.. if i'm not mistaken).. hehe..

WAH drove us there .. thanks to our Gee.Pi.Es.. Owh.. it's the m*h*l-but-not-really-upd*t*d-G*S.. but it's our effort of Gigih-Perati-Signboard (GPS) that makes us reach without getting lost. Dunno where and what to eat.. what we did was.. find a parking space and redah jer..

Since this is the nearest restaurant we could find once we're out from the parking lot... we decided to hv our lunch here. Senang jer kan?? Hehe..


... but I gv them cash.. camno? hehe



WAH & AA had Medium-Well Sirloin Steak

I had Chicken Cutlet. WAH was surprise and asked.. "Chicken...??". (Macam pelik jer..) Yeah... Reason? Had too much beef & seafood yesterday.. Nanti kot2 aku tumbang.. AmpngPu3 Hospital gak yang kaya.. huhu... :)


Starfruit takdak.. takpalah.. I ordered Pink Guava Juice. Not bad. AA had Mango Juice and WAH ordered Sprite Float. Nanti kita gi cari A&W Rootbeer Float nak? :-)

Lama jugak kat sana.. sembang, sembang and after one cup of hot cappucino each, baru ler gerak balik. Itupun kesian kat AA coz hv to go back to office. Hehe.. Again use our own version of GPS to find way home.. and within 20 minutes dah sampai Hulu Klang semula.. Bravo!


Good food, great company.. Thanks to WAH & AA. Next venue kat mana pulak ye...? :-)



Salam kasih.

Early Birthday Gift


Pagi semalam, Anuar Zain menjadi tetamu HotFM menemani AMKrew Fafau dan FaizalFBI. Semuanya sebenarnya untuk promosi HotJam di Penang hujung minggu nanti.. Yang menjadikan hatiku berbunga-bunga semalam adalah.. kata2nya yang berbunyi...



"... Nantikan album terbaru saya insyaAllah, SEPTEMBER nanti.. "(AnuarZain,2010)


Owh.... thank you for the lovely "birthday gift".. Album Lelaki Ini dua tahun yang lalu pun.. dipasarkan bulan September juga... Tak sabar rasanya..!!


HATI INI BERBUNGA BUNGA... :-)




Salam kasih.

Wednesday, March 3, 2010

Jejak Kasih di William


Setelah sekian lama pospon.. aku peksa la.. linn bz la.. afiq wat assignment la.. macam2 ler kan... aral yang melintang pukang... AKHIRNYAAAA!!!!!


MEREKA TELAH BERJUMPA...!!


Afiq & A Linn.. (pepandai jer aku nambah A kan..? huhu)


Sebenarnya depa berdua ni.. tak tau mereka akan berjumpa malam tu.. Aku koling2 Linn.. kata nak dinner, sejak dia pindah KL balik ni.. belum lagi ketemu. Pehtu, Afiq pulak.. ngajak makan. Jadi aku kata laa OKEH kepada mereka berdua.. On de way bila dah masuk NPE, Afiq dah sound aku.. "Ni jalan nak pi Subang nih..". Aku kata ha ah.. pehtu ku diamkan saja.. i make stupid only.. (read: aku buat bodo jer..)

Bila dah sampai Sunway Piramid, baru aku sound mySis, suruh koling2 Lin, tanya di manakah dia berada.. Bila terdengar.. Afiq sudah menjerit.. terkejut..! Seperti terkena panggilan hangit saja rupanya..

Pastu dipendekkan cerita.. bila Lin bukak pintu keta.. Lin pun terperanjat juga.. seperti kena Wakenebeb, melihatkan Afiq di dalam keretaku. Begitulah keterperanjatan mereka berdua.. huhu.. yes..! yes.. ! Misi berjaya..!

Dan kemudian, meneruskan perjalanan ke tempat makan.. William!! Tanpa GPS .. berjaya mencari William.. yeee haaa...!! :-)


Ahli2 yang ada di malam itu.. owh.. i need manicure.. huhu

Time kami sampai, belum ramai sangat orang.. it was like 9.30pm macam tu.. Takda menu on d table ya.. tapi ada 2 papan hitam besar yang tulis menu2 nya.. But aku rasa the best way to order adalah .. minta suggestion dari waiter yang amik order. Their recommendation memang superb!



Afiq yang terkejut dengan saiz jumbo Ribena Laici...!! Huhu.. Kanak2 kena minum Ribena yek... hehehhe.. Ribena yang rasanya just nice.. dan laici yang sungguh meriah.. Sedappp!!!!

Kemudian tiba giliran kami terkejut beramai-ramai.. huhuhu.. Since this is our 1st time gi sana.. jadi.. eksperien tengok gambar dengan realiti tu tak sama ye kawan-kawan...



Nasi goreng seafood. Nasi goreng yang sedap.. Udang yang besar... Sotong yang banyak... dan yang paling penting.. Soft Shell Crab yang sungguh... MELETOPSSS!!! Korang datang William mesti cuba yang ini.. Portion besar ye.. kami kongsi berempat..!


Kemudian terkejut lagi...! Seafood Spaghetti Carbonara.. Sepinggan besar.. ada udang.. calamari.. scallop .. siput buluh... mushroom... aduhhhhhh!!! Marvellous!!! Sedap.. also big portion.. kami kongsi berempat jugak... Must try kalo gi sana ye..!


Then, uncle William tu datang.. aku bagitau yang aku dapat info pasal William ni dari blogger. Dari blog Lensalily.com. Memang Lily rajin makan kat sini.. one of her favourite places. Aku tanya uncle William, today's special menu. Dia kata boleh try "Premier" or was it Premium.. aku lupa.. Ada sausege, salami, corn beef, ayam pandan, bbq beef, lamb dan whipped potato in one large plate.. Superb!! Pun kongsi berempat juga.... Recommended jugak..!


Passion Fruit Ice Blended. Sodap!!!!



"Kak.. Kita macam kure-kure..!" Apakah??? *blur.. huhu

"Dia abeskan makanan"
"Mana ada... dia ni ha.. dia ni.."
"Dia..."
"Dia..."
"Dia..."


Unlce William yang glamer itu.. hehe.. Uncle sedang mengira.. Makanan adalah marvellous. Harga berpatutan. Bila kami nak balik tu.. orang semakin ramai..! Yang berkamera ada.. yang berDSLR ada.. aku rasa depa tu pun blogger jugak.. tapi tak kenal..

Marvellous foods.. great company.. lovely night..


Thanks uncle Willam sebab bagi complementary Salad. We'll come back again.. definitely..! :-)




Salam kasih.