Sunday, March 21, 2010

Life Is Like That Lah...


Setiap kali cuti semester biasanya sibuk dengan segala aktiviti yang entah dari mana munculnya.. Ada je.. And basically, setiap kali cuti semester, ada sahaja perkara berbangkit yang terjadi. Itu dan ini. Contohnya, cuti semester yang terdahulu, berlaku penemuan 'mistik' dan 'panorama misteri' yang tak dapat nak dikongsikan di sini.. Pengalaman yang mungkin tak dapat dilupakan. Huhu.. Ngeri siot!! :-)

Cuti semester kali ini.. lain pula ceritanya. Aku bizi ke sana dan ke sini. Semuanya untuk melaksanakan tanggungjawab sosial seperti CSR gamaknya.. hehehe..

Ye lah kan.. bila dah takda mak&ayah, diri sendiri yang kena laksanakan. Bila bab kenduri, nikah kahwin kaum keluarga terdekat, you have to represent your family. Walaupun mak & ayah dah takda, nama baik mereka berdua kena jaga. Macamana rajin dan ringan tulangnya arwah mak&ayah dulu, bila time kenduri kendara sanak saudara dan ipar duai, kami, as their only daughters, perlu jugak membantu. Sibuk begitu begini.. seperti mereka, jika mereka masih ada lagi..

Mungkin kerana telah kami diajar oleh arwah mak dan ayah untuk menjadi sebegitu, begitulah adanya. Bantu bila perlu. Jangan berkira. Sama ada tenaga ataupun wang ringgit. Tunaikanlah segala keperluan bagi mereka yang perlu selagi mampu.. sebab bila mereka happy dan senang hati, insyaAllah.. mudah2an ada ganjaran dariNya. Allah itu kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah itu Ar-Razak.. yang memberi rezeki, kan?

Sepanjang cuti semester ini, kami di uji tentang kesabaran. Tentang pengorbanan. Tentang kekeluargaan. Tentang adat. Tentang budaya. Tentang kesopanan. Tentang ego. Tentang keras hati. Tentang kesombongan dan keangkuhan. Segalanya ada.. dan yang penting.. kami sekeluarga (read: mySis, Dikna and I)... Alhamdulillah berjaya dengan ujian ini... :-)

Seperti yang arwah ayah selalu pesan semasa memandu : "Setiap yang berlaku tu.. perhatikan dan jadikan pengajaran. Yang baik jadikan sempadan. Yang buruk jadikan tauladan"

Sometimes, in life.. walaupun kita dah berikan yang terbaik.. dan buat yang terdaya mampu.. kita jugak yang dipandang tak baik.. but... who cares anyway? Hahahahahahah... (gelak jahat)

Dan pesan arwah mak & ayah lagi.. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, cakap muda ingat-ingat.. Aku setuju. Sangat setuju. Dan aku seronok. Menjadi pemerhati.. sebuah kronologi.. hihihi.. owh.. isn't this rhyme? :-)

InsyaAllah, next week bermula kelas. Semester yang terakhir, insyaAllah. Bila orang tanya.. lepas abis study nak buat apa? Aku dengan penuh bersemangat tetapi tersipu-sipu (hahaha.. sila mual sekarang..!) berkata : saya mau kawen.. :-)


Well.. as i said.. in the title.. LIFE IS LIKE THAT LAH..... :)














Salam kasih dari saya, yang merapu dari OTWC, Ampang Waterfront.


8 comments:

edzlin007 said...

Semoga apa yang akak mahukan Allah SWT makbulkan doa. Amin.. :D

Kal Jis said...

Wah.. mena kata ktk.. yg penting apa yg kita dah polah, yg termampu kita polah, kata2 sik bagus urg ya kira belakang.. idup nang cemya bah.. chaiyok2!

afiq said...

wahh gamba zaman modelling ker? :P

Tijah said...

taf betul korang dek beradik kan? mak kagum nih!

aloy_paradoks said...

kawen?
saya! saya!

mamai said...

ya aku setuju life is like that

Kapten said...

bagus! tak sia2 mak ayah besarkan ko
hehe

adibah said...

edzlin,
insyaAllah.. amin.. thanks, dik :D


Kaljis,
Ya lah.. nang susah nak njaga hati urang tok.. hmm..


afiq,
hahaha.. mau contact number ka? hahaha



Tijah,
tengkiu.. :D



Aloy,
jom.. kita kenduri sesama.. dua kapel pengantin!


mamai,
kan? hmmm...


Kapten,
:D tengkiu kepten