Wednesday, October 13, 2010

Selerak

gambar hiasan : bilik masa trip Bandung (Jan 2009)
yang tiada kena mengena dengan entry .. :)




Selerak di atas tilam
Kain baju dari jemuran
Terbiar terdampar
Tidak dipeduli
Hanya diperhati dari jauh

Selerak di atas tilam
Kain baju dari jemuran
Tiada hati mahu mendekati
Tiada rasa mahu menyentuh
Tiada fikir mahu merungkai

Selerak di atas tilam
Kain baju dari jemuran
Kaku sepi di situ
Hingga sampai waktu perlu..





*ilham dari kemalasan melipat baju*



Salam kasih.

Sunday, October 10, 2010

Terima Kasih

Teringat sewaktu di sekolah menengah. Sembang antara aku dan arwah mak.
Mak: Adik.. nanti nak gi mana?
Aku: Nak masuk UIA lah mak.. macam best je.. (padahal pemalas Subhanallah nak bukak buku)
Mak: Adik nak buat apa? U are not from agama stream..
Aku: Nak buat Law lah..
Mak: Jangan lah dik..
Aku: Kenapa?
Mak: There's a say "a lawyer is a liar"
Hmm.. teman2 ku yang lawyer.. jangan marah ye.. No offense.. Itu kata arwah mak aku.. which.. i've heard a lot of people saying the same too, before. Kalau tak percaya, sila tonton filem Liar Liar lakonan Jim Carrey.

Obviously, UIA zaman aku sekolah2 dulu.. well known untuk kursus Law/Syariah Law. Tak terbayang pun kat UIA tu ada architecture, business, economics etc... Itu zaman dulu la.. zaman aku sekolah dulu.. Memang cita-cita aku, nak study kat UIA. Tapi result SPM adalah sedih.. jadi.. lupakan sahaja dulu.

Tak sangka.. berpeluang juga aku untuk menuntut ilmu di UIA.. memang tak sangka. Syukur, Alhamdulillah..

Aku ingin berterima kasih.. kepada mereka-mereka ini:


1. Family aku .. mySis, Dikna dan keluarga besar Almarhun Hj. Zainudin yang banyak membantu dan memberi sokongan. Thank you so much.

2. Untuk adindaku yang jauh di seberang sana... terima kasih sebab selalu bertanyakan tentang study kekanda ini.. yang banyak memberi sokongan moral. Mendengar keluh kesah dan kerisauan di YM. Menjadi tempat mengadu semasa arwah ayah sakit kuat hinggalah ke saat menghembus nafas terakhir. Memberi kata semangat dan perangsang... dan berkongsi cerita gelak ketawa bersama. Terima kasih dindaku... dan terima kasih atas hadiah yang sangat berharga itu..

3. Untuk Temanku, yang sentiasa menyokong dan memberi kata perangsang semasa masih bersama.. menjadi tutor dan checker untuk assignments etc. Terima kasih. Appreciate it.

4. Untuk KayMin, yang sempat menjadi peneman secara vitrual, semasa aku nak siapkan assignments di semester pertama dulu.

5. Untuk Atiesha, yang banyak memberi sokongan dan memujuk hati yang kecewa ketika baru break-off dengan Temanku tempoh hari. Mungkin, tanpa sokongan dan pujukan itu.. aku dah berhenti belajar separuh jalan!

6. Untuk sahabat blog aku, Jimi yang member kata2 semangat untuk aku dan sudi berkongsi pengalaman sebagai pelajar di UIA dengan aku, di awal semester. Berkongsi tentang budayanya, cara pembelajaran dan pengajarannya, serta memberi tips2 untuk menjadi seorang student yang baik. Thank you, bro.

7. Untuk teman2 yang membaca blog aku.. sama ada bloggers ataupun readers, terima kasih kerana membaca coretan aku.. Yang memberi komen kata2 semangat dan perangsang untuk aku teruskan perjuangan.. terima kasih banyak2..

8. Untuk Mantan Kekasih, yang kadang2 muncul, tenggelam timbul, dari saat aku mula e-PJJ di UITM untuk degree dulu.. hingga ke saat ini.. terima kasih untuk 11 tahun ini..

9. Untuk mereka2 yang sama ada sedar atau tidak, kata2 sinis, kata2 cerca, kata2 kutuk mereka yang ditujukan kepada aku itu telah memberi aku semangat untuk buktikan.. DUDE... YOU'RE DEFINITELY WRONG!... Terima kasih. Aku menjadi bertambah bersemangat untuk mengejar impian kerana kamu.

10. Untuk pensyarah2 dan teman2 kuliah.. terima kasih sebab beri aku kongsi ilmu.. terima kasih kerana beri aku tunjuk ajar.. terima kasih kerana bersahabat dengan aku.. Untungnya bertambah ilmu, bertambah sahabat.. yang boleh mendoakan kejayaan bersama..


Terima kasih yang tak terhingga untuk semua.. Maaf, aku tak mampu untuk membalas dalam bentuk wang ringgit ataupun hadiah.. Yang aku mampu.. adalah untuk berkongsi kejayaan dengan semua..




Terima kasih.. Semoga Allah membalas jasa2 semua.. dan semoga kita mendapat keberkatan dariNya dan diberi rahmat olehNya di dunia dan di akhirat, insyaAllah..




Salam kasih.

Wednesday, October 6, 2010

Target

Target : to reach 1000th entry before December31, 2010..



Current position: 915th entry.




Boleh ke? Mmm... Malaysia boleh!! InsyaAllah.




Salam kasih.

Bila??

Soalan yang biasanya orang kena jawab:

Bila dah habis belajar... soalannya: bila nak kerja?
Bila dah kerja.. soalannya: bila nak kawen?
Bila dah kawin.. soalannya: bila nak ada baby?
Bila dah ada baby.. soalannya: bila nak ada baby lagi?
Kalau dah ada baby lagi.. yang sama jantina.. perempuan misalnya.. soalannya: bila nak dapat baby boy?


Bila.. bila.. bila...???


Soalan yang aku kena jawab:

Bila dah habis belajar.. soalannya: bila nak kerja?
Bila dah kerja.. soalannya: bila nak kawen?
Aku tak jawab soalan tu.. jadi.. aku sambung study.
Bila aku sambung study.. soalannya: bila nak habis study dan bila nak kawen?
Bila aku dah habis sambung study.. soalannya masih: bila nak kawen?
Aku sambung study lagi.. dan soalan tertangguh tu masih aku tak jawab lagi.
Sekarang aku dah habis study sekali lagi.. dan
Soalan tu muncul kembali..: bila lagi nak kawen??

idea please..!

Owh.. kalaulah aku tahu apa yang akan jadi pada aku in future.. dan kalau kerja kawen itu semudah mencari starter pack untuk telefon prabayar.. maka senanglah nak jawab soalan2 yang masih belum terjawab itu...


Hmmm.. ini yang buat aku rasa macam nak sambung study lagi!!

(tapi aku harap aku dapat jawab soalan yang masih tak terjawab tu satu hari nanti..)



Aduh... malam sudah larut... bila mau tidur ni...? Gudnite!


Salam kasih.

Monday, October 4, 2010

Alhamdulillah..

It was a very longggg journey... with ups and downs.. with obstacles.. with rewards.. with tears.. with laughter... Alhamdulillah... managed to reach the end.

Started with the interview back in March, 2008 and the offer letter few days after. Kemudian bermulalah hidup sebagai student semula... yang aku tuliskan di entry ini: the first day of class, dipendekkan cerita.. hinggalah tibanya saat ini..the final final exam.

Banyak perkara yang aku lalui sepanjang perjalanan aku ini.. dari awal langkah hingga tibanya aku di atas pentas, berjalan dengan rasa nervous, seronok dan bersyukur.. pada 2Oktober yang lepas.

Pada semester pertama, aku di uji dengan arwah ayah yang sakitnya semakin kuat, sudah mula hemodialisis.. dan kerap kali keluar masuk hospital. Bayangkan di kelas terakhir semester pertama, seminggu sebelum bermulanya final exam, aku mendapat text dari mySis, mengatakan "ayah sesak nafas, skrang di ICU".. sedangkan waktu itu, pensyarah sedang memberi tips tentang peperiksaan dan kata2 semangat.. Seperti memahami situasi aku, seperti dapat membaca apa yang ada di dalam kotak fikiran.. satu ayat keramat yang aku masih ingat hingga ke hari ini.. "the most important thing for you.. is to sustain.. make sure that u'll reach the end" disampaikan oleh pensyarah untuk kami seisi kelas. Itulah kekuatan aku sebenarnya.. dan to be frank.. beberapa kali juga aku terfikir untuk undur diri. Its not easy...

Semester kedua, hari pertama kelas.. aku sudah tidak hadirkan diri. Kerana waktu itu arwah ayah sedang tenat di ICU.. dan tepat jam 6ptg.. di hari Sabtu itu.. arwah ayah menghembuskan nafas terakhirnya. Dan atas sebab itulah, aku withdraw subject Business Economic.. i just can't do it. It was a very tough semester.. di semester ini, aku lebih tumpukan perhatian untuk memberi kekuatan kepada Dikna actually.. sebab aku rasa seorang kanak2 berusia 8 tahun yang baru kehilangan ayah.. perlukan kekuatan dan sokongan dari orang di sekeliling untuk teruskan hidup.. Ya.. waktu ini, sebenarnya.. aku dah terfikir nak berhenti study!

Semester ketiga.. aku mendapat perhatian yang amat sangat, dari cinta hati aku, Temanku. Banyak kisah kami yang aku kongsikan di sini. He always concern about my studies. Bagi galakan. Bagi dorongan. Teman aku study. Memberi komen untuk paper aku. Siap bantu aku especially untuk subject Business Statistic yang sangat komplikated itu.. Aku happy waktu ini... sangat happy. Hati berbunga-bunga.. Alhamdulillah.. result untuk semester ketiga ini.. lebih baik dari yang sudah2..

Semester keempat.. dipenghujungnya.. perhubungan semakin renggang. Acapkali bergaduh. Ada sahaja yang tidak kena.. Akhirnya.. kami break off. Jodoh tak panjang.. Dan waktu itu.. aduh.. pergi kelas dengan bengkak mata.. Bayaangkan dalam keadaan sedang patah hati dan kecewa.. buku perlu dibaca, assignment perlu disiapkan, kertas periksa harus dihadap.. aduh.. Tapi.. aku masih memegang kata2 sakti itu.. TO SUSTAIN..!

Semester lima, mySis had a bypass surgery@HUKM Specialist Hospital... Waktu itu, sedang sibuk hendak final exam. Bila sudah dipenghujung semester banyak presentation, banyak discussion, etc.. Bila waktu itu, pengurusan masa adalah penting.. Pening, stress, tension, gabra, nervous, apa lagi yang aku tak rasa.... ?

Begitulah hingga ke penghujung perjalanan aku sebagai pelajar.. macam2 yang aku rasa. Tidak termasuk berkampung di kampus dari awal pagi hingga ke lewat malam untuk menyiapkan project paper & group assignment. Preparation untuk mid term exam, presentation dan final exam.. Betul kata pensyarah aku di semester pertama tu.. untuk memulakan perjalanan adalah mudah.. tapi.. untuk sampai ke garisan penamat itu.. perlu bertahan..dengan segala apa ujian dari Yang Maha Esa..


Alhamdulillah.. setelah berjuang dan bertahan untuk sekian lamanya.. akhirnya.. aku mencapai apa yang dihajati, Alhamdulillah.. Ada teman yang bertanya "tak sedih ke mak & ayah tak da untuk berkongsi kejayaan? Nampak happy jer dalam gambar..". Aku senyum tanpa memberi sebarang jawapan.. Memang aku happy on that convocation day.. happy bersama family dan teman2 seperjuangan... sebab airmata 'kerinduan dan terkilan' aku telah mengalir deras, sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta, sewaktu aku ambil jubah convocation tempoh hari...


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Thank you, Allah..



Salam kasih.


Monday, September 27, 2010

Kisah Dari Officemate



Kisah Officemate 1:


En.L, ada beberapa unit rumah sewa yang kebanyakannya disewa oleh mereka2 yang datang berhijrah di kota ini untuk mencari rezeki sesuap nasi (kalo mereka makan nasi ler.. kalo tak makan nasi.. jadilah mencari rezeki sepotong roti ye..). Jadi, macam2 ragam lah orang2 yang menyewa ni.. Kisah budak2 bujang yang membelek motor malam2.. kisah budak2 bujang yang rumah bersepah dan berbau masam.. kisah ibubapa muda yang mencampak diaper terpakai anak kecil mereka merata-rata.

Pagi tadi, En.L bercerita tentang tangkap khalwat. Seorang janda muda beranak satu yang menyewa salah satu unit rumah sewanya, bawak masuk abangLa ke rumah. Sudah beberapa kali. Jiran (juga penyewa unit rumah En.L) yang memerhati beberapa kali, mungkin mata mereka bertambah 'lebat' bulunya.. Bila dah berbulu dan rasa seperti subahat, menyampah melihat kelibat abangLa tu dengan selamba masuk rumah tanpa segan dan silu, terus membuat aduan ke tuan rumah sewa.. i.e. En. L.

Kata En. L, 6 budak bujang bersama2 dia. Tiga standby di pintu belakang.. takut2 kalau2 abangLa itu lari kut belakang dan tiga lagi bersama beliau, di pintu depan.

Diketuknya pintu bertalu-talu, berkali-kali.. tapi.. dah hampir 15menet barulah si perempuan membuka pintu rumah. Berpakaian lengkap menutup aurat dan berkerudung dan nampak sopan santun tertunduk. Bila soal siasat.. katanya takda sapa2 dirumah melainkan dia dan anaknya yang sedang tidur. Budak2 bujang tidak puas hati sebab dengan mata kepala mereka sendiri, terlihat abangLa tu masuk ke dalam rumah. Digeledah satu rumah.. tak jumpa.. Akhirnya, salah sorang dari orang bujang tu, mungkin mendapat ilham melihat siri2 TV, mengintai ke atas loteng.. dan sahihlah abangLa itu sedang menyorok di atas loteng.. dengan hanya BERKAIN BATIK…!!! Nauzubillah..

Dipendekkan cerita, pasangan kekasih (?gelap) ini dibawa bertemu Pak Imam dan katanya terus ke balai polis berdekatan.. Dan En. L telah tekad untuk suruh si perempuan bungkus barang dan kosongkan rumah ASAP.

Kisah Officemate II:

En. M, datang ke meja aku tadi, kemudian buka cerita. Mengadu tentang kerisauan dan masalah yang sedang cuba diselesaikan. Sebagai orang kuat dalam Ahli Jawatankuasa Masjid di kawasan kejiranannya, ada masalah yang sedang berbuku. Tentang seorang gadis lewat belasan tahun. Telah mengandung luar nikah. Katanya, baru berpindah dari kampung dan sekeluarga kini duduk menumpang bersama kakaknya. Perut dah nampak.. mungkin dalam 7 bulan kandungannya, kata En. M.

Bila dah tau kisah, sebagai yang bertanggungjawab, En. M dan beberapa orang AJK tertinggi, pergi berjumpa dengan ibu bapa gadis itu. Dengan harapan, bila lahirnya anak itu nanti, tidak akan dibuang atau dicampak di merata-rata. Ibu seperti tidak selesa dengan kehadiran mereka.. tapi si bapa hanya berterima kasih.

Nak dijadikan cerita, beberapa orang AJK wanita, cuba untuk mendapatkan maklumat.. dan yang terkini kata En. M.. sebenarnya ini kisah HARUAN MAKAN ANAK...!! Nauzubillah..


Aku jadi takut. Takut sekiranya diduga sebegini hebat oleh Yang Maha Esa. Adakah aku mampu untuk mengatasi dugaan2 seperti ini? Tidak berani aku nak mencemuh. Tidak berani nak mengata. Tak berani nak mencela. Sebab, takut2 kalau2 terjadi pada keluarga, pada kenalan, pada tetangga.. Nauzubillah..

INGATAN UNTUK DIRI SENDIRI: Sebijak-bijak kita sebagai manusia.. Allah itu lebih bijaksana.. Maha Bijaksana. Mungkin di rumah sewa En. L itu, tiada CCTV.. tapi.. mungkin dia lupa.. ada CCTV yang lebih hebat lagi di 'atas sana'.. Dan mungkin, tindakan keluarga untuk menyembunyikan apa yang berlaku itu, dirasakan paling bijak dan efektif.. tapi.. sekali lagi.. Manusia itu mempunya had berfikir.. akhirnya apa yang disembunyikan itu dapat juga dihidu oleh mereka di sekeliling kita.. seperti kata orang tua2 .. yang sangat klise tapi penuh makna..


"SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT,
AKHIRNYA KE TANAH JUGA AKHIRNYA"


Oleh kerana itu, aku tidak pernah berhenti berdoa.. meminta perlindungan dariNya, untuk kami bertiga.. (mySis, Dikna and I) insyaAllah.. Semoga kisah dari officemate yang aku kongsikan ini, dapat menjadi pengajaran untuk kita semua..

Seperti bait2 lirik dalam lagu Kalau Berpacaran dari Ana Rafali & Suhaimi Meor Hassan:

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah



Salam kasih.

Monday, September 13, 2010

TIMA KASYEH


Hari ini 4 Syawal. Masih beraya di kampung? Atau dalam perjalanan balik rumah? Atau sedang bekerja? Atau sedang golek golek bersantai di rumah? Hari ni, baru sempat untuk online, menulis serba sedikit dari kampung. Rumah aku masih belum berinternet.. orang TMNet call, bagitau takda port untuk line aku. Kena tunggu bulan 11 baru ada port. Oleh itu, aku harus mencari brotben untuk sementara waktu.. chehhh!! Menci tul lah...!

2 Syawal yang lalu.. iaitu September 11, 2010 bersamaan dengan hari Sabtu, aku ber"ulang tahun" lagi.. yang keberapa? Hmm.. tahun ni aku dah pasang jawapan iaitu "33".. padahal dah berapa tahun berlalu double digit itu.. aku suka 33.. statik tak tukar-tukar. Jadi.. dari tahun ini.. hingga ke tahun seterusnya.. aku akan maintain 33 untuk usia 30an.. dan kalau panjang umur insyaAllah, bila dah umo 40an pulak.. akan statik di angka 44 pula.. dan begitulah seterusnya...

Alhamdulillah.. masih lagi hidup, masih lagi bernyawa, masih lagi sempurna walaupun ada sejenis dua penyakit yang hinggap.. Alhamdulillah.. masih mampu mengadap komputer, masih mampu memandu kereta, berjalan kaki, makan 3 kali sehari, tidur lena, mandi basah dan yang penting masih boleh sujud ke bumi mengadap Illahi bila sampai waktunya.

Alhamdulillah.. telah tamat study dan insyaAllah.. akan naik ke pentas konvo ke 26 di Universiti Islam Antarabangsa untuk menerima sehelai kertas bernama Ijazah Sarjana pada 2 Oktober, 2010 nanti. Alhamdulillah...

Untuk teman-teman yang telah memberi ucapan selamat dan doa sempena hari lahir aku di FB, email dan telefon, terima kasih banyak2 aku ucapkan atas doa kalian..! Nanti kita bersiaran lagi ye.. Akhir kata...



TIMA KASYEH.. I LAF U ALL...!!! :)



Tanpa disangka.. ini adalah entry ke 911 di SeptemberSebelas ini.. :)





Salam kasih.

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum...


Ramadhan baru sahaja berlalu... Alhamdulilah segalanya selamat.. Dan hari ini.. aidil fitri, hari untuk bergembira, meraikan kejayaan melaksanakan ibadah puasa.. Bukan senang untuk menahan diri dari lapar dan dahaga.. menahan dari nafsu amarah.. Alhamdulillah.. kita semua adalah pemenang..

Tak sempat nak menulis panjang.. dah lama blog ni terbiar sunyi.

Dikesempatan ini, sambutlah salam aidilfirti dan maaf zahir batin. Maafkan aku sekiranya ada tulisan2 aku yang telah membuatkan hati terguris.. hati terluka.. marah.. mahupun kecewa. Maaf zahir batin.

Jaga diri di Aidilfitri.. dan insyaAllah.. aku akan menulis lagi.. Semoga bergumbira di hari raya.. :)



Salam kasih.

Saturday, August 14, 2010

Kerinduan


Salam... Selamat menyambut Ramadhan... selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat bertarawih, selamat bertadarus.. dan semoga selamat hingga ke akhir Ramadhan nanti.. insyaAllah..

Sebenarnya aku belum dapat online dari rumah.. orang TM ni tak sampai2 lagi nak menyambung line.. tunggulah.. kemungkinan minggu depan.. Agaknya orang TM ni nak aku cakap bahasa English agaknya dengan mereka.. u know.. when i am angry.. i'll speak English.. and next week .. if i am angry and of coz i am hungry.. i dunno what language will come out lah kan... French maybe? hahaha... or maybe Spanish since they won the world cup that day..

Jadi, kerinduan ini adalah pada aktiviti online menghadap lektop seharian dan semalaman. Serius aku rindu nak menulis kat blog ni.. rindu nak mengupdate di fesbuk.. mengintai (stalkerkah aku?) di fesbuk yang dicinta.. huhu...

Untuk teman-teman yang rajin melawat blog ni.. terima kasih.. Selamat menjalankan ibadah puasa.. semoga kita semua mendapat keberkatanNya sempena Ramadan AlMubarak ini.. insyaAllah..


Salam Ramadan.. salam kasih...


Friday, August 6, 2010

Short & Suwit

Salam..

Dah lama sungguh tak update kan? Sangat2 busy sebenarnya. Lagipun tak boleh nak online sebab orang stimix lum datang2 lagi nak memasang stimix kat umah ni.. dah siap gi TM dah pindah line semua, tapi.. kontrekter blum datang2 lagi..

Balik dari Bandung, rumah masih 30% lum kemas.. jadi kemas itu ini.. dan skrang ni tinggal bilik aku jer yang belum bersusun barang2.. Takda lah sepah to the max.. cuma nak keluarkan barang2 dari kotak & plastik itam tu... dan susun elok2.. Haruskah memanggil Eric... Chantek Takkkk??? Hehe.. Ataupun memanggil KakDD dan KakPah Syahira(betul ke nama dia cenggini yek?) lalu membenarkan IKEA untuk menchantekkan bilikku ittew?? Owh.. itu hanyalah impian.. menjadi kenyataan hanya kalau dilakukan bermodalkan wang ringgit sendiri.. *sedehh*

Pergi Jakarta&Bandung adalah sangat menarik.. tapi aku belum sempat (read:MALAS) nak buat entry.. jadi.. kalo terbaca blog2 yang bercerita tentang trip ke Jakarta & Bandung tu.. lebih kurang jer la cerita aku sebenarnya... sebab.. rasa2nya pergi tempat yang sama.. seperti Rumah Mode, Heritage, Pasar Baru di Bandung & Mangga 2, Plaza Senayan di Jakarta.. dan makanan adalah marvellous uols..!


Makan nasi padang di Jakarta kat satu restoran tu.. which aku dah lupa namanhya... Sangat sedap uols.. dengan udang-galah-yang-kalo-kat-restoren-mamak-mau-doploh-hinggit-sekor tu.. dan segala yang lazat2 itu termasuk jus buah2an, cuma RM18 hengget jer sorang... Murah dan sedap uols.. kalo sebulan aku duk sana.. gerenti bertambah-tambah BMI aku ... wakawakawaka..!!




Titiba dah gambar balik kan..!! hehehe.. Keempat2 kami telah berjaya turun naik kapalterbang, turun naik keretapi (dari Jakarta ke Bandung), turun naik Angkot, turun naik Teksi dan jalan kaki sana sini dengan hanya berselipar... Terasa sangat selesa.. takda masalah melecet dan sebagainya...

Shopping adalah sorga.. dan lebih sorga kalo aku bawak duit lebih... *sedehh lagi*

Dikna sangat seronok dengan trip ini.. dan sebagai tanda terima kasih dia pada MySis, Maminok & aku.. dia telah memberi sepatah dua kata yang berbunyi....



"BEST LA JALAN JALAN....
TAHUN DEPAN KITA PERGI HONGKONG PULAK NAK?
DIKNA NAK PEGI DISNILEN"


Owh... so suwittttt..... !!! *pitam*



Sekian.