Tuesday, September 15, 2009

Setelah Beberapa Tahun

Hari tu, Dikna ajak berbuka puasa kat luar.. Teringin nak makan sizling mee kat Alamanda, Putrajaya. Punya la jauh dik oii.. nasib baik tak ajak gi makan seafood kat Penang. hehe.... Jadi pergilah kami tiga beradik ke Alamanda Putrajaya untuk berbuka puasa. Kebetulan masa tunggu sizling mee Dikna, aku ternampak satu wajah yang aku kenal sangat. Tengah membeli belah makanan kat food court Alamanda tu.. Aku tegur dia dulu.. sah2lah dia tak kenal sebab aku pakai mask.

Aku terserempak dengan Muhammad Nur Hafizuddin@James Vernon Burge. Dah bertahun2 aku tak nampak dia. Cuma aku terjumpa dia di Facebook. Tak pulak aku mintak phone number segala.. ish ish ish.

Aku kenal dia zaman dia bersama dengan kumpulan X-Factor dulu2. Takdir Allah, dalam ramai2 manusia di sekeliling dia.. aku adalah salah seorang yang dia pilih untuk menjadi saksi masa dia nak officially memeluk agama Islam dulu. Kami sama2 panjat bangunan PERKIM untuk tanya procedure etc. Isi borang itu ini. Kemudian masa hari kejadian tu.. sama2 dengan KakLin, kami ke WismaYakin untuk cari baju melayu, samping dan songkok untuk official ceremony tu.

Kawan2 kata aku beruntung, sebab jadi saksi untuk saudara baru. Aku anggap itu satu rezeki dan tanggungjawab sebenarnya.. Aku harap dia berjaya dalam hidup dan mendapat keredhaan Allah atas apa sahaja yang diceburinya. Yang buat aku terharu dan bersyukur, katanya, solatnya masih terjaga.. dan puasa masih belum pernah tinggal lagi.. Alhamdulillah, syukur..


All the best to you, Hafiz!


Untuk recall siapa dia ni.. boleh tengok kat video ini..





Masihkah kau ingat, CikTipah? Hiks..!



Salam kasih.

26 comments:

Ena Mazly said...

Kuang kuang kuang... rindunya zaman2 tu kak....

ciktipah said...

ooo hafiz tu. oooo yg ehem ehem ehem dulu tu yea. ooooo.

dah minta no phone lom? hiks.

tp yg paling ku ingat adalah syed affendi ittew ahak ahak ahakk

*gelak gatai*

mamai said...

sebenarnya masa menjadi saksi tu adalah saat yang paling mengembirakan..lebih mendebarkan dari menjadi saksii orang kawin ahaks

sitekateki | dD said...

nanti kalau kuar ngan dia agi,
ajak ler adik dD yer...
hehehehehe...

cookie devine said...

Kamoo sgt beruntung.

khairul onggon said...

Wahhh... dpt share pahala jugak... yg sarawakian tu sape nama dia masa mula2 kenal dia, dia keje restoran je and then jadi x faxtor.. luipe plak nama dia... Penah lepak sama masa 1997...

edzlin007 said...

Ya Allah...lama gile tak dgr cite sal hafiz niii!!! dia buat apa skrg kak? lama tak nampak dia. huhu dulu2 saya follow x-factor juga. syukur alhamdulilah, hafiz contoh yg baik. tak mcm segelintir lelaki melayu yg malas puasa

addyaholix said...

kamu sangat beruntung kakdib. kamu punya sesuatu yang kamu sendiri tak tahu. dan syukur manusia di sekeling kamu tahu untuk menghargai kamu kak.

menjadi saksi dalam pengislaman seorang saudara baru merupakan detik paling hebat kan kakdib? =)

ermm bila nak lepak lagi? rinduuuuu haha!

aloy_paradoks said...

mesti menginsafkan...

adibah said...

ena,

lama giler dah kan?? :-)

adibah said...

ciktipah,

apa ehem ehem? takyah no. tipon.. FB kan ado nok... :P

adibah said...

mamai,

betul.. aku pun rasa berdebar..

adibah said...

dD,

boleh sajork.. nanti akak roger huhu

adibah said...

CikCookie,

Alhamdulillah... mudah2an..

adibah said...

Onggon,

Zachery namanya.. :-)

adibah said...

edzlin,

skrang dia cuba nasib di taiwan. kadang2 saudara baru macam dia ni lebih 'rajin' dari kita..

adibah said...

addy,

mudah2an addy...

rindu nak lepak2 kan? lepas raya kita lepak ye.. kan addy janji nak belanja.. huhu

adibah said...

aloy,

ye aloy..aku berbaju kurung ke PERKIM. sedikit insaf di situ. :)

Paradoks said...

PARADOKS mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
-aloy

adibah said...

Aloy & PARADOKS,

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Lyn Yusoff said...

Kak Mimi,
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin ye kak..
missed moments kt Kru's open house 2 years ago..
masa tu lah 1st time kita jumpa..
dan smpai hari ni tak pernah bersua lagi..
keep in touch ye kak.. :)
take care..

Tijah said...

salam aidilfitri
maaf zahir & batin

dgn ingatan tulus ikhlas
tijah, carlos & cem

adibah said...

Lyn,

Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin..

InsyaAllah.. we'll meet again one day.. :-)

adibah said...

Tijah,

selamat Hari raya, maaf zahir batin..

hati2 balik kampung,nok..

Jard The Great said...

ensem ar.. hehehe..
slamat ari raya! dan maaf zahir batin.. =p

adibah said...

Jard,

selamat hari raya.. maaf zahir batin :-)