Friday, December 11, 2009

Bad Tudung Day


Hari Jumaat.. penuh berkat. Tapi hari ini.. adalah "Bad Tudung Day" untuk aku.. sejak dari awal pagi aku keluar dari rumah untuk ke ofis. Insiden pertama, bila ada satu kereta nasional yang pemandunya mungkin sakit perut memulas2 perlu ke tandas yang menyebabkan kereta di'parking' macam @#*&$^@%%!! Buatkan aku susah nak keluarkan kereta..

Kemudian.. ada pulak satu kereta bukan nasional.. pemandunya lelaki.. dan sebelahnya ada aweks. Takmo bagi jalan kat aku.. di jalan yang hanya muat satu kereta (disebabkan di tepi kiri dan kanan orang dah parking kereta). Aku dah 3/4 jalan.. dan dia baru 1/4 jalan.. Aku suruh dia 'gostan' dia takmo.. siap depankan kereta dia lagi.. sambil bagi lampu.. Akhirnya, aku yang perlu berundur.. dan dengan selamba.. aku berundur dengan 'high beam'. Padan muka ko!!! Rasain dong!! @(&#^%^@_!!!!

Dan dari sebab tu.. mood aku merundum.. Aku cuba sedaya upaya untuk menghidupkan mood aku semula.. with borak2... phone calls.. tapi ada jer yang tak kena.. Rasa nak nangis.. What?? Nangis?? Uh... Takmo lah...

Akhirnya aku buat kerja sambil sumbat telinga dengan earphone.. dan dengar mp3 sambil nangis dalam hati.

Bila balik.. sangkut pulak dalam traffic jam yang melampau.. dari Jalan Tun Razak to KLCC adalah sejam!! Owhh my!!!!!! #$%^&^^&*!!




Cukuplah sehari "Bad Tudung Day"..


Aku harap.. hari2 mendatang akan menjadi lebih baik.. insyaAllah..



Salam kasih.

8 comments:

Amieynna Amin said...

salam..
bawak bersabar..
dugaan tu..
saje nak uji..

fin said...

penah kena camtu, berdepan ngan BMW, dia tk mo undur jugak tp sy pun buat bodoh je tk undur kereta sbb kalau ukur pun memang sy dah lebih separuh jalan..dia bg high beam sy pun balas, last2 dia jugak kena undur ehehe! lelaki memang berlagak macho tambah2 kalau ada aweks dia kt sebelah! huhh

Edzlin said...

tak mengapa, esk selalunya cerah.

hmm, pemandu tu nampak perempuan, dia berani lah buli.

Jard The Great said...

hoh ... kurang ajar gak laki tu ye

adibah said...

Salam Amieynna,

ye.. semuanya diterima sebagai sebahagian dari ujian dan dugaan..

nanti singgah lagi ye.. :-)

adibah said...

anifas,

mau jugak bertahan macam tu.. tapi disebabkan nak kejar waktu masuk ofis.. terpaksa jugak mengalah..

adibah said...

edzlin,

insyaAllah...

harap2 'high beam' dari lampu kereta aku tu akan buatkan awek dia masam muka.. :-)

adibah said...

Jard,

lebih ego sebenarnya... geram tul!