Aku sedang sangat bz sebenarnya.... perlu submit project paper outline sebelum bertukar tarikh esok. Tapi.. aku tetap nak kongsi satu berita.. Berita paling menarik yang aku dengar dari BuletinUtama TV3 untuk tahun ini... dan berita ini juga telah aku petik kisahnya dari www.bharian.com.my
Kadar baru mas kahwin di Selangor RM300
SHAH ALAM: Mulai 1 Januari tahun depan, kadar mas kahwin di Selangor ditetapkan sebanyak RM300 berbanding kadar semasa iaitu antara RM40 dan RM80 yang dilaksanakan sejak 1978.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata kadar baru itu ditetapkan setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Ketua Agama Islam di negeri itu.
Beliau berkata, kadar baru itu dikuatkuasakan setelah mengkaji beberapa perkembangan semasa termasuk menyeragamkan jumlah mas kahwin kepada wanita tanpa mengira status mereka seperti sebelum ini.
Ntah kenapa.. titiba aku rasa happy sangat dengar berita ni... Nanti kalau orang tanya aku soalan cepu platinum.. boleh lah aku jawab...
"Aku memang saja tunggu sampai mas kawin naik RM300"
Hehehe.. untuk sesiapa yang berchenta dengan anak2 Selangor.. cepat2 ler korang kawen.. takut nanti makin ditangguh, makin naik mas kawinnya ....
Okay.. need to get back to work... Take care everyone.. !
Salam kasih.
8 comments:
ok. aku tunggu kad ko nok...
aku suka biar naik tak apa, sebab mas kawin tu dapatkat perempuan,alah kalau hantaran ribu-ribu boleh prepare takkan mas kawin rm300 tak mampu buat malu lelaki ajer.....
erk...orang selangor?....lari!!!!!
owhh.. boleh claim balance rm220 kat daddy nih. hehehe
yeay...kawin kawin..
Tijah,
Kad Mesra aku ko nak? Boleh tambah point nok.. hehe
mamai,
ye.... setuju..
patungcendana,
kenapa lari??? aku bukan JAIS hehe
hanie,
cepat...! tunjuk article kat daddy.. haha
CikCookie,
yeay!! :-)
tak faham kenapa maskawin ni ditetapkan sebegitu dan sebegini. sedangkan dlm islam, cukuplah walau sekadar sebaris ayat alquran sebagai maskawinnya kan?
haha alasan yang cantik. negeri-negeri lain taknak naik ke kan.
Post a Comment