Friday, March 5, 2010

Jumpa Kawan Lama

Sempena cuti semester ni.. aku amik kesempatan untuk jumpa dengan member-member lama yang dah di'pending' sessi pertemuannya sebab kesibukan (kononnyer.. haha).. Malam sebelumnya aku text Iza.. ajak dia lunch esoknya.. Iza kata set! Sebenarnya dah lama keinginan nak jumpa. Months back.. Plan awal-awal.. lepas tu tak jadi. Tapi rasanya memang selalu camtu kan? Bila kita plan awal-awal... last minutes mesti terpaksa postpone jugak.. Ada jer aral yang melintang..

Pagi seawal 7.30am, aku text Mimi pulak.. ajak join kami lunch. Mimi pun setuju. Jadinya.. lepas kerja tadi, aku fetch Mimi and then straight to KLCC. Kenapa parking KLCC penuh hari ni ye? Selalunya kalau park kat level 1, senang.. takda masalah.. tapi tadi.. berpusing-pusing KureKure ku mencari parking.. adeih....!!

Cadanganya nak gi makan kat Madam Kwan, tapi.. Q panjang.. kesian kat diorang yang kena gi ofis semula after lunch. So, Iza pusing2 kat tingkat 4 tu.. cari restaurant yang menarik.. akhirnya setuju dengan lunch di Chakri Palace kat tingkat 4 KLCC.


with Mimi.. dua2 cuba untuk nampak 'kecik'... hahaha :D


with Iza.. jovial macam dulu2 jugak..

Both of them, adalah kawan rapat aku masa sekolah menengah. Classmate & 'lepak' mate. After SRP ... apa??? .. SRP tu apa??? ish ish ish... tak pernah dengar yek? takpa.. takpa... meh sini akak bagitau...

SRP tu adalah Sijil Rendah Pelajaran.. ataupun sekarang ni dipanggil PMR .. owh... ku sebut PMR baru ramai yang tahu... huhuhu... Infact aku kenal Mimi masa sekolah rendah lagi.. masa Penilaian Darjah Lima.. Pun tak tau jugak? Okay.. okay.. zaman sekarang dipanggil UPSR ye adik-adik.. Iza pun sama sekolah.. tapi dia sessi petang, aku & Mimi sessi pagi.. so.. kenal ler.. tapi tak rapat sangat..

After form 3, both of them went to MRSM Perlis.. tinggallah aku terkontang kanting kat sekolah Kajang tu.. Then, lepas SPM they fly to UK. Tinggallah aku kat M'sia nih ha... Tapi.. the friendship remain.. sampai sekarang.. Alhamdulillah..

Bercerita itu dan ini.. update itu dan ini.. gosip sikit-sikit... hinggakan terlupa aku nak snap gambar makanan. We had tomyam, pandan ciken & asparagus. Sedap juga...




Aku cuma sempat snap gambar air ni jer.. namanya Jelly Longan ke.. Longan Jelly.. antara dua tu ler.. Sonang jer buat ni rasanya.. sirap + laici + agar2 merah yang basic tu.. Nanti mau try sendiri di rumah .. huhu..

It was great meeting childhood frens. Rasanya masih seperti dulu.. tak berubah.. cuma nombor2 pada umur je yang berubah.. Harap2 nanti boleh jumpa lagi.. dengan korum yang bertambah..insyaAllah.

5 comments:

mamai said...

dah tu aku bila kau nak jumpa

mr.kordes said...

best kn waks jumpa kwn lama..=)

pakcik kordi zaman pmr!hehehe...

linn said...

saya baru tau maksud SRP dan penilaian darjah lima tu arini. mudanya saya kannn???

A.K.U.D.O said...

lama tu..

Edzlin said...

tetiba rindu kawan sek ren ku...