Sunyi. Sepi. Sendiri. Sunyi. Sepi. Sendiri. Sunyi. Sepi. Sendiri. Sunyi. Sepi. Sendiri. Sunyi. Sepi. Sendiri. Sunyi. Sepi. Sendiri. Sunyi. Sepi. Sendiri. Sunyi. Sepi. Sendiri. Sunyi. Sepi. Sendiri. Sunyi. Sepi. Sendiri. Sunyi. Sepi. Sendiri. Sunyi. Sepi. Sendiri. Sunyi. Sepi. Sendiri. Sunyi. Sepi. Sendiri. Sunyi. Sepi. Sendiri.
It was 10 years back ...and yet.... *sigh*
It's not easy.. kadang2 aku 'terbandingkan' yang lain dengan dia... *sigh*
*rasa begini.. mungkin sebab terlalu banyak lemang dan rendang di dalam perutku ini.. :P
Rayaku biasa-biasa saja Baju kurung baru satu Tudung baru satu Kasut.. guna yang lama Baru dipakai sekali sekala
Rayaku biasa-biasa saja Tidak ada lemang Tidak satay Padang Sebab makan perlu berpantang
Rayaku biasa-biasa saja Raya ke-4 dah mula kerja Kata bos.. "U kan single lagi.. local pulak tu.. tak perlulah cuti.." Kesian sedara mara aku Di Selayang, Kajang dan Kampung Baru Tahun ini.. sekali lagi penat menunggu
Rayaku biasa-biasa saja Dengan kakak ku yang dibelah dadanya Mak dan ayah pun dah takda.. Hanya Dikna & kazen teman beraya
Rayaku biasa-biasa saja Hinggakan gambar raya pun tak ada.. Aduh.. sadisnya... huhu..
Rayaku biasa-biasa saja Di malam raya Usai solat aku tadah tangan dan berdoa Agar rayaku akan datang lebih istimewa.. Mudah2an.. boleh merasa balik kampung mertua.. :-)
Traffic jam. Perkara biasa yang pasti akan berlaku bila dah masuknya waktu balik ke rumah.. sebab esoknya kena (read:terpaksa) kerja. Kereta banyak. Jem. Accident. Lagi jem. R&R penuh. Tokey gerai R&R senyum sampai ke telinga. Tokey minyak ketawa dekah2 happy. Penjaga tol, lenguh tangan kanan. Tangan kiri okay lagi.. Waktu ini gadis dan jejaka tol kena cekap matematik. Kalau tak.. boleh jadi 'shortage'.. rugi...!
Topik biasa perbualan di hari pertama bekerja selepas cuti raya adalah tentang perjalanan balik dari kampung.
Senah : Penat giler duk dalam kereta.. nasib baik hubby I yang drive.. pukul 10malam tadi baru sampai rumah.
Seman : Aku pun pukul 11.30 malam tadi baru sampai.. kul 2 pagi baru bleh tido.. ni pun mengantuk sangat lagi nih...!
Sudin : Aku awal pagi tadi lagi gerak... nasib baik.. tu pun lepas Maghrib baru sampai rumah..
Aku perati jer mereka berbual.. Senah titiba pandang aku.. Lepastu Senah bersuara lagi..
Senah: Pukul berapa kau sampai rumah?
Aku: 9.30 malam tadi..
Senah: Tu la... (smirking) kau pun sampai malam... teruk giler jalan jem kan... ? Kul berapa kau dari kampung?
Aku: Kul 9.00 malam.. tu pun terpaksa berhenti sebab ada traffic light.
Sudin + Seman gelak. Senah terpinga-pinga. Mungkin Senah lupa.. kampung aku cuma 30 minit jer dari KLCC.
Sempena menyambut Syawal 1430 Hijrah, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk semua teman2 di blog ini.. sama ada bersuara ataupun tidak (silent readers). Maaf kalau ada tulisan aku yang membuatkan hati tersinggung. Maaf kalau ada perbuatan aku, membuatkan terasa hati.. sama ada secara sengaja ataupun tidak.
Dan kiranya ada sesiapa yang telah buatkan aku tersinggung atau terasa hati .. jangan risau.. sudah aku maafkan segalanya..
Kadang2 bila bermaafan sempena Aidilfitri ini.. sangat mudah untuk dilakukan dikalangan kawan2.. yang mana pastinya tidak ada apa yang perlu dimaafkan.. Ringan tangan untuk bersalaman.. Tetapi dengan musuh, dengan seteru, dengan orang yang kita dendam, kita marah, kita rajuk.. memohon maaf itu adalah satu perkara yang sangat sangat sukar... kerana masing2 dengan pendirian masing2.. Adakah itu namanya EGO? Ataupun PENDIRIAN? Wallahualam..
Aku harap agar Syawal kali ni memberi seribu rahmat untuk kita semua.. Raikanlah dengan ibubapa sekiranya mereka masih ada... ambillah kesemptan ini untuk memohon maaf, bermaafan, peluk dan cium tangan mereka.. . kerana aku rindukan semua itu.. kerana ayah dan mak sudah tiada...
Hati2 di jalanraya ye.. untuk yang memandu... macam kata iklan "kalau mengantuk berhenti dulu, tido ataupun rehatkan diri.. dan untuk yang 'terbang' ke kampung dengan MAS ataupun AirAsia.. please fasten ur seat belt all the time ... hehe..
Hari tu, Dikna ajak berbuka puasa kat luar.. Teringin nak makan sizling mee kat Alamanda, Putrajaya. Punya la jauh dik oii.. nasib baik tak ajak gi makan seafood kat Penang. hehe.... Jadi pergilah kami tiga beradik ke Alamanda Putrajaya untuk berbuka puasa. Kebetulan masa tunggu sizling mee Dikna, aku ternampak satu wajah yang aku kenal sangat. Tengah membeli belah makanan kat food court Alamanda tu.. Aku tegur dia dulu.. sah2lah dia tak kenal sebab aku pakai mask.
Aku terserempak dengan Muhammad Nur Hafizuddin@James Vernon Burge. Dah bertahun2 aku tak nampak dia. Cuma aku terjumpa dia di Facebook. Tak pulak aku mintak phone number segala.. ish ish ish.
Aku kenal dia zaman dia bersama dengan kumpulan X-Factor dulu2. Takdir Allah, dalam ramai2 manusia di sekeliling dia.. aku adalah salah seorang yang dia pilih untuk menjadi saksi masa dia nak officially memeluk agama Islam dulu. Kami sama2 panjat bangunan PERKIM untuk tanya procedure etc. Isi borang itu ini. Kemudian masa hari kejadian tu.. sama2 dengan KakLin, kami ke WismaYakin untuk cari baju melayu, samping dan songkok untuk official ceremony tu.
Kawan2 kata aku beruntung, sebab jadi saksi untuk saudara baru. Aku anggap itu satu rezeki dan tanggungjawab sebenarnya.. Aku harap dia berjaya dalam hidup dan mendapat keredhaan Allah atas apa sahaja yang diceburinya. Yang buat aku terharu dan bersyukur, katanya, solatnya masih terjaga.. dan puasa masih belum pernah tinggal lagi.. Alhamdulillah, syukur..
All the best to you, Hafiz!
Untuk recall siapa dia ni.. boleh tengok kat video ini..
Alhamdulillah.. berjaya juga bertambah setahun umur aku. Kalau sebut umur.. rasa macam dah tua.. tapi kalau lihat dari hati&jiwa.. masih lagi muda.. haha..
Aku dapat gift ni dari adik2 aku, Baizura & partner. Gold pendant. Dah lama dah aku tak terima hadiah berbentuk gold ni sempena birthday. Dulu2 pernah dapat gold bracelet dari my ex. Cantik... harga dalam RM2K. Sudah aku pulangkan masa break-off dulu. Tapi kengkadang rasa nyesal pulak pulangkan kat dia.. Kalo ikut harga sekarang mau dapat dalam RM3-4K.. bleh tukar gelang baru.. Ekekeke...
Back to the pendant... kata diorang, A tu sempena nama aku, Adibah.. dan nama partner Baizura.. dan A adalah untuk kecemerlangan dan kejayaan dalam hidup. InsyaAllah.. mudah2an. Thank u so much adik(s).. .love it..! Skrang aku kena carik rantai pulak.. hehe..
Pagi esoknya.. sebelum subuh.. aku terima hadiah ni pulak dari CikMatkhair&isteri, Nora & Fara.. Oven Letrik..!! Wahh.. sangat terperanjat...!! Hehe.. Aduhai.. besar giler.. payah gak nak bawak balik ni.. Depa tanya kat aku dulu2... apa lagi electical goods yang takda kat umah.. aku pun sejujurnya menjawab.. "Oven letrik takdak..". Rupanya betul2 diorang hadiahkan aku benda ni.. Lepas ni boleh lah aku try buat Ayam Rosemaria hasil didikan dan tunjuk ajar Tijah ittew... Terima kasih bebanyak ye... (kalo hadiah besdey leh dapat oven letrik.. kalo kawen nanti aku nak mintak peti ais laa.. mesti dapat kan....? huhu)
Sebelum tengahari... aku dikezutkan pulak dengan bouquet 12 kuntum ros biru.. kiranya ini adalah kesinambungan dari hadiah yang aku terima tadi... Sangat cantik.. aku suka..!! Terima kasih bebanyak.. really appreciate it... !
Murah rezeki aku, bila besday di bulan Ramadhan ni.. Biarlah orang nak kata celebrate birthday, bagi bunga ni bukan budaya kita dan budaya ni sebenarnya semata2 menguntungkan orang business.. Tapi, setidak2nya.. benda ni mengeratkan lagi silaturahim sesama insan.. ye dak? Kalau untuk business.. elok jugak.. boleh jugak menjana ekonomi negara kan? Hiks!
Bayangkan kalau kita ada business kek. Majority orang beli kek untuk celebrate birthday anak2, family, untuk hantaran kawen dan sebagainya.. (sebab aku rasa kalo ada kenduri arwah ke.. tahlil ke... orang tak beli kek..) kalau orang tak nak celebrate birthday atau bagi hantaran kek for a reason itu bukan budaya kita.. sapo pulak nak boli kek tu nanti? Kannnn CikTipah kan....?? Titiba nama ciktipah keluar lam citer nih.. ekekeke...
Alhamdulillah.. murah rezeki aku Ramadhan kali ni... Aku berdoa semoga kita semua beroleh keberkatan di Ramadhan al-Mubarak ini.., InsyaAllah..
By the way.. talking about birthday gift.. aku harap sangat buku ini sudah selamat sampai ke tangan tuannya..
Aku baru balik dari menziarah. Seorang kawan, ex-ofismate aku, telah selesai perjuangannya, bertarung dengan penyakit colon cancer. Arwah meninggal dunia petang semalam. Mengalir airmata bila dibuka tudung putih yang melitupi seluruh wajah arwah.. nampak sangat tenang.. Aku nampak maknya duduk di sisi kepala.. membaca Yassin sambil tangannya mengelap airmata dengan bucu tudung. Sedihnya hati yang melihat..
Aku sedekahkan surah Al-fatihah & surah Yassin sementara menunggu jenazah dimandikan. Kemudian tunggu dikapankan.. Sessi paling sedih adalah apabila usai dikapankan, kaum keluarga dan sahabat mencium jenazah untuk kali terakhir.. Tiba giliran aku.. "Jangan tumpah airmata ye.." pesan seorang makcik pada aku. Aku cium pipi kiri, pipi kanan dan dahinya.. Sejuk. Wangi.
May 2008, aku tulis satu entry tentang arwah di sini.. bila mula2 diberitahu tentang penyakitnya.. dan kini dia sudah pergi.. pada usia 33 tahun. Mas..., selesai sudah perjuanganmu.. semoga tenang dirimu di sana.. ditempatkan bersama orang2 beriman yang terdahulu pergi darimu, Amin..
Sempena 11 September.. aku nak share dalam blog ni.. apa yang boleh dishare.. tapi.. aku tak tau, sama ada aku nak share pasal benda2 lampau (termasuk kisah tak jadik kawen ku) ataupun kisah masa akan datang.. tentang wishlist aku dan cita-cita aku.
Takpa.. takper... aku mo tengok citer NurKasih dulu...
Peliklah pengarah-pengarah & penulis skrip neh... kenapa selalu sangat tunjuk anak ke 2 ni 'jahat' dari anak2 yang lain? Adeihhhh....
(*sila imejin bunyi latar berunsur2 patriotik.... dan suara latar ala2 patriotik)
Pada hari ini pada tahun Sembilan Belas Tujuh Puluh Tettttt... pada jam 1.10 pagi, telah lahir seorang blogger perempuan di Hospital Kajang, Selangor. Beliau adalah seorang anak rakyat Malaysia, kerana Kad Pengenalan bapanya berwarna biru.
Pada mulanya, tarikh lahir beliau tidak begitu kenali. Hanya sekadar tarikh biasa. Tetapi, sejak berlakuknya tragedi gugurnya WTC, tarikh lahir ini menjadi begitu popular. Beliau juga mengabadikan tarikh lahir beliau untuk blog ini, maka terlahirlah www.septembersebelas.blogspot.com. Sekian.
Selalunya bila dah tiba ke waktu 10 hari terakhir Ramadhan.. dah teruja rasa nak raya.. Terutamanya zaman kanak2 dulu.. Bestnya.. Time tu mercun/bunga api dah banyak jual.. Mercun katak, mercun das, mercun tarik, bunga apa KingCat.. waduh.. bestnya.. Time tu lah jugak kacau mak masa tengah buat kuih.. mak2 sekarang jarang dah buat kuih.. stakat OderSaja ..
Perkara yang pastinya dah ada bila dah masuk 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN..
Baju kurung raya.. untuk dipakai pagi raya. Yang pastinya kain cotton. Selalunya mak jahit sendiri.. jahit tangan ye kawan2... siap SEMBAT dan buat JAHIT TULANG BELUT... satu seni yang mana tidak diwarisi oleh anaknya ini... hiks!
Baju gaun.. mesti ada dalam 2 pasang camtu... beli kat Mun Loong. Korang tau ke Mun Loong nih? Dulu MunLoong ni kat JalanTAR.. depan panggung wayang Coliseum<-- betul ke aku eja nih? Skrang ni dah takda dah department store tu.. sekarang ni dah jadi KAMDAR.
Baju tidur. Ye... nak raya pun beli BAJU TIDUR baru. Kalo baju tidur selalunya beli kat GLOBE SILK STORE. Ha.. hari tu aku lalu kat Jalan TAR, GlobeSilkStore pun dah tak ada.. Tukar dengan apa ntah namanya.. aku lupa.. Pun kain cotton jugak.. Beli sepasang jer.. pakai masa MALAM PERTAMA HARI RAYA.. hahaha..
Kasut raya WAJIB ada .. masa kecik2 dulu..!! Beli kat Central Shoe Center sederet dengan A&W kat Jalan TAR. Pun dah takda jugak.. Hmm.. kenapa skrang ni suma kedai dah takda..? Sedih owhhh... Tapi zaman dulu, aku rasa budak2 kecik kasut leather biasa jer.. takda la fancy2 bergaya camtu.. Sepesen jer suma.. Takda la fancy2 tumit tinggi macam budak2 zaman sekarang..
Aku ada penyakit. Penyakitnya adalah.. kalo dah beli kasut raya.. hari2 aku akan try kasut tu.. Bukak kotak, try pakai kasut, jalan2 satu bilik excitedly.. kemudian simpan balik... Hari2 okay...! Kadang2 tu.. empat lima kali sehari duk try kasut.. ekekekekekeke.. Sangat teruja sebenarnya!! Hiks!
Lagu raya.. duh... ! Ini adalah lagu raya aku.. dari zaman kanak2 sampai la sekarang.. Dari dulu lagi.. time ni pown.. aku suda jatuh chenta sama kamu..! hehehehe...
Tapi sekarang, bila dah 10 Ramadhan terakhir pun.. aku masih belum siap apa2.. Dalam almari ada lagi baju baru.. pakai saja apa yang ada. Raya tetap raya.. tapi.. tak semeriah masa zaman kanak2 dulu.. Bukan kira 10 hari lagi nak raya.. tapi kira tinggal lagi 10 Ramadhan.. Selamat menyambut 10 Ramadhan terakhir.. semoga kita mendapat keberkatan di malam2 terakhir Ramadhan ini...InsyaAllah. Malam Lailatulqadar.. yang aku tunggu..!
Malam tadi, masa tengah update blog, sambil2 tu aku YM. Katanya...
Dia: that unbreak my heart really make me cry tonite Aku : y? Dia: dunno... Dia: felt so sad Aku: y sad? Dia: dunno Aku: r u down? Dia: otak berserabut
Dan bersambunglah sembang kami.. sampai err.. lebih kurang jam 1 pagi. Aku cuba menjadi seorang 'pendengar', kiranya itu boleh buatkan dia rasa sedikit lega.. Untuk menasihat.. mungkin tidak.. sebab siapalah aku nak bagi pendapat.. Aku cuma boleh pinjamkan mata, hati dan jari. Mata untuk melihat, hati untuk membaca dan jari untuk reply, kan?
Untuk itu.. aku share di sini.. salah satu lagu favourite dia.. Enjoy the video okay..
Salam kasih.
p/s: aku rasa bersalah sebenarnya, sebab buat dia rasa sedih bila dengar lagu kat blog ni.. huhu..
No me abandones asi hablando solo de ti Ven y devuelveme al fin la sonrisa que se fue Una vez mas tocar tu piel y hondo suspirar Recuperemos lo que se ha perdido
Regresa a mi Quiereme otra vez Borra el dolor que al irte me dio cuando te separaste de mi Dime que si Yo no quiero llorar Regresa a mi
Extraño el amor que se fue Extraño la dicha tambien Quiero que vengas a mi y me vuelvas a querer No puedo mas si tu no estas Tienes que llegar Mi vida se apaga sin ti a mi lado
Regresa a mi Quiereme otra vez Borra el dolor que al irte me dio cuando te separaste de mi Dime que si Yo no quiero llorar Regresa a mi
No me abandones asi hablando solo de ti Devuelveme la pasion de tus brazos Regresa a mi Quiereme otra vez Borra el dolor que al irte me dio cuando te separaste de mi Dime que si Yo no quiero llorar Borra el dolor que al irte me dio cuando te separaste de mi Dime que si Dime que si
Regresa a mi
Regresa a mi
Dengar lagu dulu lah ye.. Bila ada waktu nanti.. aku bercerita lagi..
Alhamdulillah.. pembedahan my sis berjalan dengan lancar. Mula masuk ke dewan bedah jam 7 pagi. I was the only person there accompanying her. Nurse yang nak bawak kakak aku gi masuk dewan tu tanya "Nak salam ke apa2 ke.. sebelum kami bawa kakak awak masuk..?". Aku cuma mampu geleng kepala sebab masa tu aku dah nanges. Thanks to the mask yang aku perlu pakai.. at least tak nampak aku tengah nangis.
Aku duduk dulu kat kerusi di luar dewan bedah. Around 8, aku turun ke tingkat 1, ke surau HUKM untuk Solat Dhuha dan Solat Hajat. Kemudian recite Yassin.
Lepas habis ngaji, aku keluar dari HUKM untuk fetch Dikna & her mum. Sampai HUKM, duduk semula di luar dewan bedah.. menunggu dengan penuh sabar dan doa dan harapan.. akhirnya at 12.15pm, she's out from the OT dan terus dibawa ke ICU. Alhamdulillah...! Alhamdulillah..! Alhamdulillah...! Tu je yang mampu aku sebut masa tu.
Lebih kurang 20 minit lepas tu, barulah aku dibenarkan masuk ke ICU ward. Aku jumpa Prof. Madya Dr. Zamrin.. katanya operation went smoothly, she was stable during the operation and everything goes well. Rupanya ada 4 block dan berjaya buat operation untuk kesemua block tu. Alhamdulillah.. Dalam pukul 4, my sis sedar.. and the 1st thing that she needs to do is untuk belajar bernafas sendiri tanpa 'breathing support machine'.
Harap2nya hari ni atau esok akan dapat keluar dari ICU dan rehat dalam wad biasa, InsyaAllah.
Untuk semua kawan2 readers, terima kasih atas segala doa dan sokongan kalian. Untuk yang call dan sms aku bertanyakan perkembangan kakak aku... terima kasih juga. untuk kalian.. Semoga kita semua dikurniakan rahmat dan keberkatan Allah, insyaAllah.
Sesungguhnya Ramadhan aku kali ini.. penuh dengan dugaanNya.. Selamat berpuasa semua..!