Saturday, August 30, 2008

Salam Ramadhan




Harapan Ramadhan - Raihan & ManBai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



Selamat menyambut Ramadhan. Semoga kita mendapat keberkatanNya. Diberi kekuatan untuk melakukan amalan sepanjang Ramadhan ini, InsyaAllah. Ramadhan pertama aku, tanpa mak&ayah.

Selamat berpuasa. Salam kasih.


Friday, August 29, 2008

Muara Tanjung Harapan

CheAh kata teringin nak makan kat Muara. Saja nak makan2 & borak2 sebelum puasa. Nad pun ikut sama, sebab last dia pergi pun beberapa rapa rapa rapa tahun yang lalu. Lepas amik my sis di office dia, drive terus ke Kelang. Setelah bertanya kepada mereka yang arif tentang jalan mana yang tak jam, kedua2nya mencadangkan untuk ikut PLUS Highway dari Jalan Duta. Ya Allah.. jam jugak..!


Setelah memandu selama 2 jam.. aiyohhh... akhirnya sampai juga di Muara, Tanjung Harapan. Penatnya kaki.. nasib baik keta auto. Kalau manual mau tercabut buku lali, lutut, tumit, ibujari, jari kaki segala.. Masa kami sampai tu, masib belum ramai customer, mungkin diorang pun tersangkut jam, sebab semakin lama, barulah semakin ramai customer yang datang.



We ordered Kerang Rebus.. not bad.. Selama ni mana pernah order kerang rebus kalau kat sini. Tapi.. sesekali ku rasa teringin juga.. Biasa je.. macam kat tempat lain. Kalaulah diorang buat sos yang lebih sedap.. pasti lebih terangkat!



Sup Sayur Campur. This is my favourite. Sup dia ala2 sedikit masam. I like...! Memang jadi kebiasaan untuk order sup sayur campur ni kalau makan kat sini.



Sotong Goreng Tepung ni memang sedap. Pendek kata, secukup rasa. Kalau panjang kata, tak tau la nak kata apa.. hehe. Rasanya dalam banyak2 makanan tu, inilah yang paling sedap sekali.




Udang Masak Pedas ni agak menghampakan. Manis ada.. pedas tak berapa. Lain kali nak order Udang Black Pepper .. err.. ada ke tidak ye?


Siakap Stim yang hanya tinggal saki baki. Kami sebenarnya kena tunggu lama untuk Siakap Stim ni, sampaikan terlupa nak amik gambar masa siakap stim ni dihantar. Ekekeke. Sedap juga.. favourite Nad ni.. Kalau tak sedap, takkan jadi macam ni kan.. Hehe.


Dessert - buah2an tempatan.


Dapat berkumpul sekali sekala ni memang menyeronokan. Macam2 kisah yang dibincangkan. Sekejap2 macam rancangan Wanita Hari Ini, kejap2 macam AC Di Sini, kejap2 macam Halaqah, kejap2 macam Cerita Nabil Raja Lawak. Hehehe.

Kesimpulannya, food was so-so, but great company! CheAh kept on saying "weh.. aku rindu Ketam Kari Uncle kat Batu Feringgi". Mmmm.. mungkin nak repeat lagi, buka puasa di Penang. Ciktipah.. interested? Jom.. kita repeat lagi..!


Salam kasih.

Thursday, August 28, 2008

Buat Aku Tersenyum



Buat Aku Tersenyum - Sheila on 7


Datanglah sayang
Dan biarkan ku berbaring
Dipelukanmu
Walaupun tuk sejenak
Usaplah dahiku
Dan kan kukatakan semua

Bila ku lelah
Tetaplah di sini
Jangan biarkan aku sendiri
Bilaku marah biarkan ku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku
Dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu
Walaupun tuk sekejap
Karna hanya engkaulah
Yang sanggup redakan aku

Karna engkaulah satu-satunya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Karna dirimulah
Yang sanggup mengerti aku
Dalam susah maupun senang
Dapatkah engkau selalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku


Bila ku lelah
Tetaplah di sini
Jangan biarkan aku sendiri
Bilaku marah biarkan ku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar


Enjoy the song..!


Masa untuk tidur. Salam kasih. Gudnite.

Wednesday, August 27, 2008

Rajin + Malas


Dapur kat rumah ni dah lama tak berasap. Sejak dari selepas Aidiladha tahun lepas, sejak arwah ayah keluar masuk hospital. Aku hanya sampai rumah selepas 9pm, jadi aku dinner terus di luar sebelum balik. So untuk meng'warm-up'kan skill memasak..huhu.. aku teringin nak masak cekodok. Hasilnya aku singgah kedai mamak dulu, beli bahan2 yang diperlukan. Rajin nak masak + malas nak sedikan bahan2 = Tepung Cucur Bilis Segara + taugeh + daun bawang.



Kalau semata-mata tepung cekodok instant tu rasa macam tak best pulak. Ingat nak tambah udang, udang takdak pulak kat kedai tu. Ikan bilis nampak tak menarik. Hasilnya, beli taugeh & daun bawang. Go green katanya...! Hehe.



Beginilah rupanya setelah dicampur dengan sedikit (ala2 satu mug) air. Tapi, lupa pulak petua nak bagi gebueww, guna air sejuk ke air suam eh? Disebabkan aku lupa, memula aku masukkan air "normal temperature", then air suam & akhirnya air sejuk. Hehe. Sama rata, sama rasa.



Inilah hasil masakan aku setelah 9 bulan berehat dari memasak. Dah dapat rasa balik keseronokan memasak. Nak Ramadhan ni, kena la rajin kan diri. Memang aku masak everyday untuk iftar dan sahur setiap Ramadhan. Biar sesimple mana pun, asalkan home made.




Cekodok ni lebih menarik dihidangkan dan dimakan panas-panas, dicicah dengan cili sos bersama dengan minuman Teh Strawberry yang sangat nikmat ittew. Untuk mengawal kadar glucose dalam badan, disarankan untuk sediakan Teh Strawberry tanpa gula. Tetap sedap juga..
Hmm... sesuai dihidangkan musim hujan. Macam hari ni.. hujan dari petang tadi.. hingga ke saat ini. Sejuk. Nyaman. Sodap tido nih...!


Salam kasih.

Tuesday, August 26, 2008

Akukah Cinderella?



"You kat mana?"


"Home. Why?"

"I sangkut kat Feredal Highway, kereta meragam. I think minyak abis"

"Huh? Really? Nak I datang?"

"Yeap. Beli minyak, then boleh dinner sekali"

"Mungkin lambat sikit ya.. I ada hal sikit"

"Okay, I'll wait for u. Bateri phone dah nak out nih"


Hujan lebat sungguh petang tu. Aku duk fikir mesti temanku tengah rehat dalam kereta sambil tunggu aku sampai. Aku cuba call, tapi tak dapat. Hmm.. mesti bateri dah kong abis nih.. Sejam selepas phone call tu, barulah aku sampai ke tempat kejadian. Tengok2 takda orang. Manalah agaknya temanku pergi ya... Tak lama lepas tu.. aku nampak kelibat orang berjalan ke arah kereta aku. La... temanku tengah berjalan dalam hujan sambil menjinjing botol minyak. Senyum dari jauh. Basah kuyup dari hujung rambut sampai hujung kaki!


"I pegi cari petrol kiosk. On the way balik ke sini tadi, hujan lebat. Redah jer!!!"


Lorr... siannya. Awatla tak tunggu aku sampai, then only pergi cari petrol kiosk. Dah selesai dengan hal minyak, temanku suruh aku tinggalkan kereta kat petrol kiosk. Ajak aku pergi berbuka puasa. Masa tu, dipulangkannya payung yang diguna pakai masa nak tuang minyak ke dalam tangki tadi.


"Jom, i teman u buka puasa"

"You basah kuyup ni.. pi la balik" (bunyi macam menghalau je kan... hehe)

"Its okay.. Jom! Lepas teman u buka puasa, i balik"


Kesiannya dalam basah kuyup, kami meredah jam cari tempat/kedai nak berbuka puasa. Temanku dah mula selsema. Duk bersin berkali-kali. Suruh balik tak nak! Ish ish ish... :-) Selesai berbuka puasa, temanku hantar aku ke kereta dan kami membawa haluan masing-masing. Sampai di rumah, aku capai payung tadi, sebab perlu dikeringkan. Tiba-tiba aku ternampak sesuatu di lantai kereta.


Stokin tunggal yang tertinggal.. :-)

Lorrr... aku gelak sorang-sorang. Macamana la tertinggal sehelai stokin dalam keta aku? Hahaha. Aku rasa, agaknya temanku ter'angkut' sekali stokin ni masa pulangkan payung. Sehelai jer pulak tu.. Ekekekeke. Aku gelak lagi. Sebab teringatkan kisah dongeng Cinderella.. tertinggal sebelah kasut sebab kelam kabut nak balik sebelum midnite! Kalau tertinggal sebelah stokin ni.. dipanggil jadi apa ye? Hehehe.


Salam kasih.

Monday, August 25, 2008

Kenapa..

Lagunya
Rancak
Sepatutnya
Aku
Gembira
Mendengarnya
Tapi..
Tiba-tiba
Airmata
Mengalir
Seperti
Gerimis
Di
Luar
Jendela...
*sigh....


Salam kasih.

Sunday, August 24, 2008

Di Sebalik Kenduri

Alhamdulillah, kenduri arwah & tahlil sempena nak sambut Ramadhan berjalan lancar Sabtu lalu. Ramai jugak tetamu yang hadir. Sambil kenduri, sambil tanya khabar my sis, who just got discharged from HUKM the day before.


Busu, Aliya & Aini

Anak2 Busu, sibuk membelek album gambar lama-lama. Terjumpa gambar2 Busu & me, masa Busu teenager dulu.. err.. i was 6 kot.. masa tu. Anak2 duk pakat giggle2... tengok mak nya berseluar jeans paras lutut! hehehehe.. Ingat lagi masa kecik2 dulu, Busu akan bawa balik buku cerita tiap kali dia balik dari USM. Dan, hasilnya semua orang simpan impian yang sama.. "nak masuk U macam Busu".


Abang

This is Abang, anak Busu yang sulung. Abang nyorok muka bila Dikna amik gambar dia... He had just completed his A Level program. InsyaAllah akan terbang ke Australia next year. He got full mark for his final exam. Full mark 15 points ya? Aku pun tak tau.. hehe. Abang is my cousin lelaki yang paling rapat sekali dengan my family. Congrats Abang! I'm proud of you.. and so does MakWa & PakWa if they're still with us.


KakCik

Rasanya.. KakCik pun sama ngan Abang. Sepanjang dia sekolah she had never get other than 1st place. She'll be taking PMR this year, and been maintaining 9As in her exams. Good luck, darling! Kitorang duk menyakat dia.. "KakCik, cuba kalau buat exam tu.. walaupun KakCik tau jawapan dia.. buat2 la salah ke.. ataupun jawab sambil tutup mata ke... cubala bagi salah sekali sekala" Hehe. I could still remember how Busu motivate us to study. And I'm definitely sure she did the same to her kids. Alhamdulillah, anak-anak Busu semuanya brilliant dan baik tingkah laku.


Me & BabyHanan

Comel tak anak jiran sebelah rumahku? Comel kan? Belum masuk 4 bulan, tapi cerdik sungguh. My Acik jaga dia bila mak dia gi keje. Bila dapat kat aku... habis ku timang2, ku gigit2.. Hehe..


Chak!

Mudah-mudahan akan diberi peluang punya anak sendiri, InsyaAllah.. Errmm... bapaknya siapa ya..? hehe.


Salam kasih.

Friday, August 22, 2008

Senyum


gambar pinjam dari google image


7 perkara yang buat aku tersenyum (read: happy) hari ini:


1. Malam tadi tido dengan rasa happy. Rasanya takda mimpi. Takda mimpi means quality sleep, kan? Dan bangun tido pagi ni, mengadap cermin & senyum sorang diri.

2. Hari ni workload tak banyak sangat, mission accomplished 1 hour earlier.

3. Habiskan masa 'berkualiti' dengan teman petang semalam; dan harap2 dapat spent time sama-sama lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi.... (kalau boleh aku tak nak berhenti menaip perkataan "dan lagi").

4. Happy bila dapat phone call dari kawan iols petang semalam. Ekekekekekekeke. Driving + borak + gelak + senyum + gossip + latest hapdate katanya.. ihiks! = HAPPY! Hahahaha (nak sambung gelak lagi)

5. Hari ini begduit tebal sikit... (sebelum transfer sana sini, bayar itu bayar ini.. hu hu..) yeayy!

6. My sis discharge today, Alhamdulillah. Her next appointment will be on November, 2008.

7. Sessi mari menyakat/senda gurauan di YM. Hehe. U're funny, dude!


Salam kasih.

Tuesday, August 19, 2008

Teringin

My sis terigin nak makan garlic bread. Kesian.. dah bosan dengan makanan hospital agaknya.. Went to Jusco, Taman Maluri after office and bought Garlic Bun, Portuguese Egg Tart & Wholemeal Tuna Bun for her. Cheese Stick, Garlic Bun and Portuguese Egg Tart for myself, for buka puasa. Today is my 2nd day of ganti puasa, Alhamdulillah.. and I have few more days to go. Wish me luck! :-)



..dah makan 1/2 Egg Tart baru teringat nak amik gambar uols..!! ;-)


By the way, managed to teman orang lunch kat foodcourt near the BTR Downtown tadi walaupun sedang berpuasa. Makcik kedai tu macam pelik je sebab tak aku tak order makan&minum sedangkan my teman order sampai 2 gelas teh ais! Mmmm.. agaknya kehausan dan kekeringan tekak orang berpuasa tu pindah ke orang yang tak berpuasa, kan?


Dah ganti puasa ke, teman2? Jom.. berlatih puasa untuk Ramadhan yang akan datang!


Salam kasih.


Monday, August 18, 2008

Uncle.. oh.. Uncle

Lokasi: HUKM

My sis is still in HUKM. Since she's in the CRW, semua "wardmate" dia adalah uncle dan aunty2. Dia patient yang paling muda sekali. Tadi, aku keluar jalan2 dan duduk di kerusi di luar wad. Datang lah uncle sorang ini, isteri dia sama wad dengan my sis. Dah beberapa hari ini, aku cuba senyum dengan dia, tapi dia tengok aku macam pelik je. And i wonder why..


Then, uncle ni duduk sebelah aku. Rupanya umur dia dah 71 tahun, "Saya aaa... kencing manis talak.. dalah tinggi talak.. yantung pun talak.. ini kaki saja sakit mau jalan.. nanti lain bulan mau opelate" katanya. Istimewanya uncle ni, walaupun boraknya kadangkala bercampur2 dengan bahasa Kantonis (aku faham sebab curi-curi belajar dari TV & customers kat branch dulu) dia tetap nak berbual, berkongsi cerita risaunya tentang auntie yang tak mahu berpantang makan. "Sayut tamau makan, suma ayam la, itu manit2 la, suma suka makan".

Kemudian, datanglah soalan bonusnya,


"Lu sapa sakit? Auntie ah??"

"Tak lah uncle, kakak saya"

"Oh.. kakak ah? Manyakkk putih. Saya ingat lia olang putih"

"Bukanlaa... hehe"

"Lu cina masuk malayu ka?"

"Bukan.. saya Melayu, kakak pun Melayu"

"Oohhh....Lia macam olang putih, lu macam cina. Saya ingat lu cina masuk malayu"


*pensan! hehehehehehehe... mmm.. patutlah tadi boraknya ada campur2 bahasa Cina.


Salam kasih.

Kan....

Ingat tak lagi entry yang ini ? Well.. I managed to submit my case study, Alhamdulillah and got the result last Sunday. Dan inilah hasilnya....




Masa dua minggu diberikan untuk aku siapkan case study ni. Apakan daya.. dengan kelebihan vitamin M yang ada, aku berjaya menyiapkan dalam masa satu hari (read: hari yang terakhir).

Bila dapat semula paper ni.. tengok dapat markah B+ (read: lagi 3 markah nak dapat A-), rasa terkilan je...! Aduhai.... Mula lah hati berkata-kata "Kalaulah aku buat betul2, guna masa yang ada untuk prepare, mesti dapat baik dari B+ kan?

Aku masih ada 2 lagi peluang. Ada dua lagi case study yang perlu dihantar. Mudah2an dapat gred lebih baik dari yang ini, InsyaAllah. Chaiyo! Chaiyo!


Salam kasih.

Thursday, August 14, 2008

Dalam Dilema


Aku di dalam dilema. Dan aku masih menanti sebuah jawapan. Jawapan pada soalan yang belum aku keutarakan lagi. Antara realiti dan fantasi. Antara kepastian dan kesangsian. Betul ke? Tidak ke? Serius ke? Atau mainan? Mungkin pengalaman silam membuatkan aku tidak berani dan sentiasa berasa sangsi. Atau mungkin, situasi yang membuatkan aku tidak berani mengaku kebenaran. Dalam dilema dan kesangsian ini.. izinkan aku menyanyikan lagu ini.. untuk menghiburkan hati..



Salam Terindah - Numata


Malam ini tidurku tersenyum
Mengingat dirinya
Disana kau jauh berada
Terpisah dariku

Walau jarak memisahkan kita
Tak akan pernah putus doa ku untuknya

Tuhan,
hadirkan aku dalam mimpinya
Karna aku merindukannya
Berikan kehangatan dalam tidurnya
Karna ku ingin memeluknya
Sampaikan salam terindah dariku
Bisikkanlah pesan ini untuknya
Katakan ku s’lalu mencintanya

Disana kau jauh berada
Terpisah dariku

Walau jarak memisahkan kita
Tak akan pernah putus doa ku untuknya



Salam kasih. Salam rindu.

Wednesday, August 13, 2008

Jemput Makan..

Sedapnya...


I dunno what to eat for dinner
Someone suggested satay
And I guess
That someone
Akan gelak giler
Bila tengok entry ini

Sebab tadi..
Aku beria2 kata
"Malas la nak makan satay.. taknak satay..!"
Tapi.. tiba2 je..
On my way home
Aku singgah kedai satay
Dekat dengan Esso Keramat

Satay ayam 5 + nasi impit RM1.00 = RM4.50
Jemput makan... sila...


Salam kasih.

Tuesday, August 12, 2008

Genap Sebulan

Hari ini genap sebulan pemergian arwah ayahanda ke rahmatullah. Dan hari ini, my sis dimasukkan ke wad CRW (Wad Pemulihan Jantung) di HUKM. Dah sebulan batuknya tak kebah. Rupa2nya jantungnya lemah. Semoga cepat sembuh, insyaAllah.


Dan tiba-tiba.. aku terfikir. Aku takda emak, takda ayah.. and now my sis is sick.


And I am all ALONE. Home alone. Alone. LONELY. I need company.. a good company. Aku nak teman hidup. Supaya aku tidak sepi lagi.


Salam kasih.

Monday, August 11, 2008

Reunion


Reunion invitation for ex-ITMCS Batch 91. Dah lama sungguh rasanya tak jumpa dengan teman2 kolej dulu. The last time I met most of them was during our convocation day. Lama sungguh tu...! I'm excited! Teruja occay! Anyway.. temanya adalah "Disco Fever"... Hmm.. apakah pakaian yang sesuai untuk ku pakai di malam ittew ya... Hahahaha.. Aduhai..!


Anyway, if any readers yang kenal sesiapa dari ITM Kuching Batch 91, sila "CNN" kan berita ini ya.. Rindunya "campus life" dulu2..


Salam kasih.

Sebulan lagi...

Selalu kalau datang birthday member2 rapat, mesti kita tak tau nak bagi apa kan? Mesti kita terfikir, nak bagi barang A, dia dah ada.. Nak bagi barang B, dah pernah bagi kat dia. Nak bagi apa ya... hmmmm. Apa kata..



Bagi perfume kegemaran. Contohnya Issey Miyake yang menjadi my lifetime favourite perfume. Baunya sangat menarik.. Tempting.. Irresistable... Karen banget..!



Grey's Anatomy Season Four Expanded DVD. 9th September ni release. Bestnya.... I love love love love Grey's Anatomy. Boleh order kat Amazon.com katanya.. Karen banget..!


Sport rim macam ni best kan? Boleh juga dijadikan hadiah birthday. Kalau nak buat hantaran pun okay jugak.. dah dapat 4 dulang. Senang cerita. Huhu. Dapat sport rim baru, baru rasa best driving. Rasa macam muda 10 tahun je rasanya. Hehe. Karen banget..


Hari ni August 11, sebulan lagi ke Septembersebelas.. and septembersebelas is my birthday...
Hehehehe.. Sempena septembersebelas ni.. alangkah gembira dan bahagianya hatiku ini kalau..





dapat jumpa Lelaki Ini pada Septembersebelas. Minat dari masa kecik2 dulu ni tau... Zaman kain pelikat dulu.. Dapat jumpa for coffee/teh tarik pun dah best. Borak-borak. Posing banyak-banyak. Mintak dia nyanyi chorus banyak-banyak. Nyanyi birthday song kat aku. Ish... ish.. ish.. Ciktipah... help!!!!! hehe.. [hint.. hint. kat TemanTerulung ;-)]. I still remember, I was at KLCC Branch, doing some transaction at the ATM Machine, and I saw him at the writing area, tengah isi borang. Aku perati je dari luar branch.. terpaku. Hehe.


Tapi yang paling aku tunggu sebenarnya.. adalah panggilan telefon dari betmen. Cukuplah sekadar berkata "Hello, Happy Birthday..." Sebab selama ini, aku tak pernah miss terima birthday wish dari betmen.




*gambar semuanya dari Google Image kecuali gambar AnuarZain (koleksi peribadi)



Salam kasih.

Sunday, August 10, 2008

1st Gold Medal

Attended Dikna Sports Day yesterday and the last time I attended school's Sports Day was during my school days long long long long long time ago.



Bila aku tanya Dikna masuk acara apa.. dia jawab "50m Dikna lari 2 kali". Hmm okay.. Relay la kot.. Nak dijadikan cerita, acara pertama adalah 50m Tahun Dua Perempuan. Aku perati juga dekat trek tu, tak nampak pun kelibat dia. Then bila tiup wisel pelepas, tengok2 Dikna tengah lari di lorong 1. Pada awalnya tadi tak perasan dia pun sebab ramai sangat budak2 kerumun kat trek. Tak sangka pulak dapat Gold Medal... :-)


Dikna dikalungkan 1st Gold Medal of the day



Yeay!


Dikna & friends


Dikna & her bestfriends


dan seorang lagi temannya..

Lepas penyampaian hadiah, aku terus ajak dia balik. Panas sungguh semalam. Lagipun, perlu attend wedding anak bos. I missed my class again this weekend. Sunday class was replaced on yesterday morning in last minute. Too bad, coz I promised Dikna much earlier that I'll attend her Sports Day. Kita kan kadangkala berada di dua persimpangan jalan...


Salam kasih.

Friday, August 8, 2008

Lapan.. Lapan.. Lapan Lagi..!

Hari ini.. 08-08-08.. Ramai yang mengabadikan tarikh ni dalam diari hidup. Sebagai kenangan terindah. Tahniah untuk mereka yang :

  • lahirnya pada 08-08
  • bertunang sempena tarikh ini
  • akad nikah sempena tarikh ini

Dulu.. masa 03-03-03 sama juga fenomenanya...

Tahun depan? Tarikh apakah agaknya yang ditunggu-tunggu?

Mungkin tarikh 07-08-09?

Atau mungkin 09-09-09?


Salam kasih.

Thursday, August 7, 2008

Nyanyian Untuk Kamu

Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama
Seringkala aku terlihatkan mu
Impian nan indah
Bersulam bahagia



Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah
Tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara




Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu

Kasih tercari-cari




Keraguan ini
Bukanlah padamu
Masih tercari-cari
Bayanganmu
Tak sanggup aku
Kehilanganmu



p/s: Gambar hiasan dari Google Image.
p/s: Semua gambar ada cerita sendiri



Salam kasih.

Kangkungfobia

Aku seorang yang kangkungfobia. Ada ke perkataan tu yek? Aku cuba carik "fear of water spinach (kangkung)" tapi takda. Yang ada cuma Lachanophobia (Fear of vegetable). Dengan sayur2an lain aku okay... tapi bukan dengan kangkung.



Gambar dari Google Image

Begini ceritanya....


Masa tu aku masih lagi sekolah rendah, rasanya dalam darjah 4-5 camtu. Dulu2 kalau cuti sekolah aku rajin bertandang ke rumah CheAh di Teluk Intan. Saja nak jalan-jalan, makan angin sambil menyakat CheAh yang baru nak sekolah tadika. Hehe. Lagipun, masa tu diorang baru jer pindah dari Penang ke Teluk Intan. Aku lupa dah nama taman perumahan tu, yang aku ingat, taman perumahan tu dekat dengan sekolah.


Satu hari tu, aku peratilah kawasan belakang rumah CheAh. Nampak hijau dan segar bugar je daun kat situ. Daun lebar-lebar. Besar-besar. Gebu-gebu.


Aku tanya la makcik aku..


"Acik, daun apa tu cik?"


"Tu la sayur kangkung.."


"Ish.. segarnya..."


"Ye la.. tengok la baja... cuba tengok tumbuh kat kawasan mana tu.."


"...... Alamak..... Eiiiiiiiiiiiiiiii......"


Kangkung yang segar bugar itu tumbuh kat area "Ind@hW@ter" belakang rumah uols.......! Betul-betul kat sekitar "tangki hikmat" tu! Member2 selalu kata, sebenarnya kita pun tak pasti baja apa yang ditabur untuk sayur2 lain yang kita makan tu kan... entah2 baja nya lebih kurang sama. Tapi.. tak nampak depan mata... lain kan?


Maka, sejak dari itulah sehingga ke hari ini... tekak ku tidak bisa menerimamu lagi wahai kangkung. Kalau order Nasi Goreng Kampung, aku sanggup ketepikan kangkung dulu sebelum makan. Aku boleh prepare Kangkung Goreng Belacan or Sotong Kangkung tapi.. untuk orang lain.. dan aku takkan makan kangkung tu. Ironinya, aku suka Sotong Kangkung.. but I'll only eat the sotong. Sesiapa yang makan dengan aku, kena la habiskan kangkung ittew ya...



Gambar dari flickr.com




Aku adalah seorang Kangkungfobia.


Salam kasih.

Tuesday, August 5, 2008

Bosannya...

Bosannya
Kalau setiap hari Selasa
Tak boleh nak mula kerja
Tepat pada waktunya...
Buang masa sungguh lah.... duhhhh!

Sunday, August 3, 2008

Liburan di JB



Just arrived home from JB. Aku dan family ke sana. Destinasi pertama ke UTM, Skudai untuk melawat my 2 brothers. Acik nak 'spot check' bilik anak2 bujangnya. Then, the 2 brothers merempit dari Skudai ke JB to join us. Beramai2 seluruh ahli keluarga disumbat dalam satu family room yang luas & comfy. A king bed and 1 single bed, telah bertukar menjadi 2 king bed & 1 single bed. Recite Surah Yassin after Maghrib prayer and later went to Stulang Laut for dinner.


Ciktipah datang bertandang dengan membawa buah tangan; kek durian yang sangat sedap sekali. Kali pertama seumur hidup aku merasa kek durian ni. Sedap uols.....!!! Nanti kalo ada musim buat lagi ya.. Ciktipah kata kena guna durian fresh baru menjadi. Or else nanti jadi kek tempoyak. Huhu.



Kek durian yang sangat sedap! Pisau tajaan ciktipah.


ciktipah & dikna - dinner time - stulang laut



Kek lagi... Saturday was Alang's 19th birthday. Ada yang nak cheesecake, ada yang nak chocolate cake. Ada 3 jenis kek termasuk kek durian, buah tangan dari ciktipah. Waduh.. banyaknya cake...! Dikna ajak gi Danga Bay after dinner. Nak jalan2 kat fun fair.





Dikna and her 4 bodyguards... our 4 bodyguards.

Agenda utama sebenarnya nak bawak Acik ke JB, jumpa anak2 dia (my brothers) di UTM untuk 'menghiburkan' hati dia dan menghilangkan rindu dia pada anak-anak. Berkongsi cerita dengan anak-anak. At least terubat sedikit rasa sedih dia sejak pemergian arwah ayah.

Penat jugak drive jejauh ni..

Gudnite everyone.

Sweet dream.


Salam kasih.