Monday, August 11, 2008

Sebulan lagi...

Selalu kalau datang birthday member2 rapat, mesti kita tak tau nak bagi apa kan? Mesti kita terfikir, nak bagi barang A, dia dah ada.. Nak bagi barang B, dah pernah bagi kat dia. Nak bagi apa ya... hmmmm. Apa kata..



Bagi perfume kegemaran. Contohnya Issey Miyake yang menjadi my lifetime favourite perfume. Baunya sangat menarik.. Tempting.. Irresistable... Karen banget..!



Grey's Anatomy Season Four Expanded DVD. 9th September ni release. Bestnya.... I love love love love Grey's Anatomy. Boleh order kat Amazon.com katanya.. Karen banget..!


Sport rim macam ni best kan? Boleh juga dijadikan hadiah birthday. Kalau nak buat hantaran pun okay jugak.. dah dapat 4 dulang. Senang cerita. Huhu. Dapat sport rim baru, baru rasa best driving. Rasa macam muda 10 tahun je rasanya. Hehe. Karen banget..


Hari ni August 11, sebulan lagi ke Septembersebelas.. and septembersebelas is my birthday...
Hehehehe.. Sempena septembersebelas ni.. alangkah gembira dan bahagianya hatiku ini kalau..





dapat jumpa Lelaki Ini pada Septembersebelas. Minat dari masa kecik2 dulu ni tau... Zaman kain pelikat dulu.. Dapat jumpa for coffee/teh tarik pun dah best. Borak-borak. Posing banyak-banyak. Mintak dia nyanyi chorus banyak-banyak. Nyanyi birthday song kat aku. Ish... ish.. ish.. Ciktipah... help!!!!! hehe.. [hint.. hint. kat TemanTerulung ;-)]. I still remember, I was at KLCC Branch, doing some transaction at the ATM Machine, and I saw him at the writing area, tengah isi borang. Aku perati je dari luar branch.. terpaku. Hehe.


Tapi yang paling aku tunggu sebenarnya.. adalah panggilan telefon dari betmen. Cukuplah sekadar berkata "Hello, Happy Birthday..." Sebab selama ini, aku tak pernah miss terima birthday wish dari betmen.




*gambar semuanya dari Google Image kecuali gambar AnuarZain (koleksi peribadi)



Salam kasih.

No comments: