Friday, August 29, 2008

Muara Tanjung Harapan

CheAh kata teringin nak makan kat Muara. Saja nak makan2 & borak2 sebelum puasa. Nad pun ikut sama, sebab last dia pergi pun beberapa rapa rapa rapa tahun yang lalu. Lepas amik my sis di office dia, drive terus ke Kelang. Setelah bertanya kepada mereka yang arif tentang jalan mana yang tak jam, kedua2nya mencadangkan untuk ikut PLUS Highway dari Jalan Duta. Ya Allah.. jam jugak..!


Setelah memandu selama 2 jam.. aiyohhh... akhirnya sampai juga di Muara, Tanjung Harapan. Penatnya kaki.. nasib baik keta auto. Kalau manual mau tercabut buku lali, lutut, tumit, ibujari, jari kaki segala.. Masa kami sampai tu, masib belum ramai customer, mungkin diorang pun tersangkut jam, sebab semakin lama, barulah semakin ramai customer yang datang.



We ordered Kerang Rebus.. not bad.. Selama ni mana pernah order kerang rebus kalau kat sini. Tapi.. sesekali ku rasa teringin juga.. Biasa je.. macam kat tempat lain. Kalaulah diorang buat sos yang lebih sedap.. pasti lebih terangkat!



Sup Sayur Campur. This is my favourite. Sup dia ala2 sedikit masam. I like...! Memang jadi kebiasaan untuk order sup sayur campur ni kalau makan kat sini.



Sotong Goreng Tepung ni memang sedap. Pendek kata, secukup rasa. Kalau panjang kata, tak tau la nak kata apa.. hehe. Rasanya dalam banyak2 makanan tu, inilah yang paling sedap sekali.




Udang Masak Pedas ni agak menghampakan. Manis ada.. pedas tak berapa. Lain kali nak order Udang Black Pepper .. err.. ada ke tidak ye?


Siakap Stim yang hanya tinggal saki baki. Kami sebenarnya kena tunggu lama untuk Siakap Stim ni, sampaikan terlupa nak amik gambar masa siakap stim ni dihantar. Ekekeke. Sedap juga.. favourite Nad ni.. Kalau tak sedap, takkan jadi macam ni kan.. Hehe.


Dessert - buah2an tempatan.


Dapat berkumpul sekali sekala ni memang menyeronokan. Macam2 kisah yang dibincangkan. Sekejap2 macam rancangan Wanita Hari Ini, kejap2 macam AC Di Sini, kejap2 macam Halaqah, kejap2 macam Cerita Nabil Raja Lawak. Hehehe.

Kesimpulannya, food was so-so, but great company! CheAh kept on saying "weh.. aku rindu Ketam Kari Uncle kat Batu Feringgi". Mmmm.. mungkin nak repeat lagi, buka puasa di Penang. Ciktipah.. interested? Jom.. kita repeat lagi..!


Salam kasih.

2 comments:

CikTipah said...

wahhh...lets uols. btol lah kata CheAh, mek pun rindew-rindewan ngan uncle tu...

Sept_11 said...

Jom jom jom jom
jom ketam kari!

;-)