Dapur kat rumah ni dah lama tak berasap. Sejak dari selepas Aidiladha tahun lepas, sejak arwah ayah keluar masuk hospital. Aku hanya sampai rumah selepas 9pm, jadi aku dinner terus di luar sebelum balik. So untuk meng'warm-up'kan skill memasak..huhu.. aku teringin nak masak cekodok. Hasilnya aku singgah kedai mamak dulu, beli bahan2 yang diperlukan. Rajin nak masak + malas nak sedikan bahan2 = Tepung Cucur Bilis Segara + taugeh + daun bawang.
Kalau semata-mata tepung cekodok instant tu rasa macam tak best pulak. Ingat nak tambah udang, udang takdak pulak kat kedai tu. Ikan bilis nampak tak menarik. Hasilnya, beli taugeh & daun bawang. Go green katanya...! Hehe.
Beginilah rupanya setelah dicampur dengan sedikit (ala2 satu mug) air. Tapi, lupa pulak petua nak bagi gebueww, guna air sejuk ke air suam eh? Disebabkan aku lupa, memula aku masukkan air "normal temperature", then air suam & akhirnya air sejuk. Hehe. Sama rata, sama rasa.
Inilah hasil masakan aku setelah 9 bulan berehat dari memasak. Dah dapat rasa balik keseronokan memasak. Nak Ramadhan ni, kena la rajin kan diri. Memang aku masak everyday untuk iftar dan sahur setiap Ramadhan. Biar sesimple mana pun, asalkan home made.
Cekodok ni lebih menarik dihidangkan dan dimakan panas-panas, dicicah dengan cili sos bersama dengan minuman Teh Strawberry yang sangat nikmat ittew. Untuk mengawal kadar glucose dalam badan, disarankan untuk sediakan Teh Strawberry tanpa gula. Tetap sedap juga..
Hmm... sesuai dihidangkan musim hujan. Macam hari ni.. hujan dari petang tadi.. hingga ke saat ini. Sejuk. Nyaman. Sodap tido nih...!Salam kasih.
2 comments:
wahhh...pegi kedai mamak beli barang2 wat cekodok? kalo aku gi kedai mamakbeli roti canai sajork lerrr jwpnye. heheh
ciktipah, aku pegi kedai runcit mamak sebelah kedai mamak roti canai ittew.
Tepung cucur adabi + taugeh + daun bawang RM3.20 katanya!
Post a Comment