Aku baru balik dari menziarah. Seorang kawan, ex-ofismate aku, telah selesai perjuangannya, bertarung dengan penyakit colon cancer. Arwah meninggal dunia petang semalam. Mengalir airmata bila dibuka tudung putih yang melitupi seluruh wajah arwah.. nampak sangat tenang.. Aku nampak maknya duduk di sisi kepala.. membaca Yassin sambil tangannya mengelap airmata dengan bucu tudung. Sedihnya hati yang melihat..
Aku sedekahkan surah Al-fatihah & surah Yassin sementara menunggu jenazah dimandikan. Kemudian tunggu dikapankan.. Sessi paling sedih adalah apabila usai dikapankan, kaum keluarga dan sahabat mencium jenazah untuk kali terakhir.. Tiba giliran aku.. "Jangan tumpah airmata ye.." pesan seorang makcik pada aku. Aku cium pipi kiri, pipi kanan dan dahinya.. Sejuk. Wangi.
May 2008, aku tulis satu entry tentang arwah di sini.. bila mula2 diberitahu tentang penyakitnya.. dan kini dia sudah pergi.. pada usia 33 tahun. Mas..., selesai sudah perjuanganmu.. semoga tenang dirimu di sana.. ditempatkan bersama orang2 beriman yang terdahulu pergi darimu, Amin..
Al-Fatihah...
Al-Fatihah...
Salam kasih.
26 comments:
al-fatihah..
alfatihah. sebaya aku tu nok...
Al-Fatihah utk kwn ktk.. smoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh aminn..
moga damai di sana... alfatihah!
semoga rihnya di cucuri rahmat...alfatiha buat sahabat
jasrina,
Al-fatihah
Tijah,
betul tu nok.. ajal dan maut tak kira umur kan...
Onggon,
mudah2an... Amin...
Zonaku,
Mudah2an.. insyaAlah..
mamai,
harapnya begitulah, insyaAllah
al-fatihah...
semoga rohnya dcucuri rahmat..
puteri,
mudah2an..
Al-fatihah... yg pergi xkan kembali... tenang lah menghadap Allah yg Maha Esa...
best kan dia..
dapat meninggal bulan ramadhan..
pastu mak dia de lagi..mesti mak dia ampun suma salah dia n mak dia doakan syurga buat dia kan?!!
alhamdulillah
Alfatihah dan semoga damai.
n3 ini mengingatkanku pd office mate yg meninggal kerana cancer ovari.
dalam masa sebulan dr tahu ada ketumbuhan, result cancer add.stage, buat kimo sekali shj dan Allah lebih menyanggi beliau.Masih bujang tp hanya ada seorg adik shj.
Paling tak lupa kami bergurau ttg perutnya yg buncit,mcm2 petua sy bagi ...
al fatihah
semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin
takziah...al fatihah
selamat hari raya dibah...:-)
aduh... apehal tetiba gua sedih lak ni... alfatihah..
Al-Fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat
John,
betul John.. kita yang masih hidup ini hanya mampu berdoa dan sedekahkan al-fatihah untuk yang dah tiada..
citah,
betul tu citah... untung dia..
A.K.U.D.O
semoga mereka tenang di sana.. al-fatihah
yuyee cap limau,
insyaAllah.. mudah2an..
patungcendana,
selamat hari raya.. maaf zahir batin :-)
aloy,
tak salah kalau lu sedih.. lu pun manusia biasa jugak.. ada hati & perasaan, kan?
edzlin,
mudah2an ...
Post a Comment