Sunday, March 30, 2008

Hadiah dari Hati

Petang tadi jalan-jalan dengan Dikna, seperti yang dijanjikan semalam. Dia nak cari 'kad Enchanted' katanya.. Dan hasilnya, dia telah berjaya memujuk aku untuk beli...



12 Dancing Princess sling bag - RM19.90, Keychain - RM5.90



Barbie Playing Cards - RM11.95



Disney Princess Snap Card Game ( her 'Enchanted Card') - RM8.90


Untuk diri sendiri? Takda apa-apa. Nada.. Huhu. Walau apapun, masa duk layan dia main playing cards tadi, aku dapat idea untuk jadikan 2set kad ni sebagai "alat bantuan mengajar"(ABM) untuk aku ajar Dikna Maths, BM & English. Barbie cards boleh guna untuk ajar Maths & Princess cards untuk BM&English, kan? Harapnya dia jadi lebih seronok nak belajar dan mudah faham, insyaAllah.


Aku rasa happy sangat bila dia dah boleh baca subtitle di TV dengan lancar. Dia ada masalah dengan B & D, jadi, bila ada perkataan yang ada huruf2 tu dia akan jadi slow sikit. Dan tadi, bila dia dapat baca laju, aku rasa seronok sangat! Sebab itulah, aku setuju bila dia nak beli barang-barang tu tadi. Itulah hadiah dari aku sempena peningkatan dia :-)



Take care everyone.

Saturday, March 29, 2008

Turn Left Turn Right

Masih ingat lagi filem Turn Left, Turn Right tahun 2003 lakonan Takeshi Kaneshiro dan Gigi Leung Wing-kei? Tiba-tiba teringat cerita tu. Teringat lagunya. Yu Jian dari Stefani Sun.
Untuk info tentang filem ini, sila klik di sini.






Yu Jian (Meeting) - Stefani Sun


I can hear the winter leaving
I am awaking in some year, some month
I think, I wait, I am awaiting
But the future can't be arranged like this

An overcast dusk outside the car window
In the future, someone is expecting me
Look to the left, to the right, to the front
How many twists and turns will love take before coming?

What kind of conversation will I have when I meet someone?
The person I'm waiting for, how distant is he in my future?
I hear the wind coming from the subway and crowd of people
I'm standing in line, holding onto love's ticket number*

I fly forwards, flying across an ocean of time
We are also often hurt while in love
I look at the road, the entrance to this dream is a little narrow
Me meeting you is the most beautiful accident

There must be a day when I'll find a solution to the puzzle


Lyric from: http://powersugoi.net/tingdong/song.php?song=151


Enjoy the video!


Take care everyone. Gudnite.

Hari Yang Panjang

Hari ini sangat panjang... Bermula dengan diskusi dengan 'group members' untuk subjek FAMA (Financial Accounting & Management Accounting). Ada 'case analysis' yang perlu dibuat, diselesaikan untuk di'submit' esok pagi.

Oleh sebab 3 dari ahli kumpulan tidak mempunyai asas perakaunan, 2 ahli yang lain bertindak sebagai 'mentor' untuk membantu setakat yang mampu. Seronok kan kalau dapat berkongsi ilmu? Alhamdulillah. Bila dah penat... saya pun keluarkan kamera, klik sana sini.. :-)


Kongsi buku, kongsi calculator, kongsi ilmu..



Ladies.. posing please! Un dos tres... smile!! ;-)



Sister Rogayah, with her new laptop.. present from her hubby. Bestnya... :-)



Tetikus berwarna merah jambeww... tempting kan, Pinkyy?



Dalam perjalanan balik dari 'sekolah', duk fikir macamana nak pujuk Dikna untuk tangguh pergi jalan-jalan. Tangguh esok je.. petang.. after class. Hari ni rasa penat sangat.. Bila sampai rumah pukul 7pm, tengok2 Dikna dah siap mandi. Aku pun pujuk dia untuk pergi jalan-jalan esok saja. Nasib baik dia tak merajuk. Lega...



Stress therapy I



Stress therapy II



Stress therapy III - "Dikna nak tunjuk gigi rongak..hehehe"


Penat pun semakin hilang....



Take care everyone.

Yeay!

Awal-awal pagi lagi I dah sampai rumah kakak I.
Dia dah janji, 2 minggu lepas nak bawak I pegi jalan-jalan lepas sekolah.
Hari ni dia balik dari sekolah pukul 7pm.
Jadi, hari Selasa lepas I kata kat dia "Lepas maghrib, kita jalan la..".


I happy sangat hari ni sebab malam nanti nak gi jalan-jalan. Yeay!
Petang semalam, I mintak mama I buat tocang kecik-kecik.
Pagi tadi.. I bukak semua tocang.
Tadaaaaa........!


Cantik tak? ;-)
Tapikan..
I tak boleh senyum buka mulut..
Nanti nampak ada 2 ruang gigi I yang masih belum tumbuh gigi lagi.
Malu laaa I....!
Hik!Hik!



Kejap lagi, kakak I nak pegi sekolah dah.
Dia dah pesan, jangan call dia time dia kat sekolah.
Takpa...
I sabar sampai pukul 7pm.
Eiii... bestnya....! Nak gi jalan!



Kakak I pesan.. "Take care everyone."

Thursday, March 27, 2008

Imbasan Kenangan

Setiap kali Minggu Setiausaha, mesti aku teringatkan satu kisah. Tahun 2005, Anuar Zain buat persembahan untuk Secretaries Week Luncheon kat satu hotel di KL ni. Akulah antara orang yang terawal tempah tiket. Teruja sangat. Dua minggu sebelum majlis itu, siap sempat shopping, baju baru, kasut baru. Hmm... macam nak pergi 1st date aje kan? Huhu.


Benarlah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Dua minggu sebelum majlis tu, aku tak sihat, demam denggi kali pertama datang menyerang (sampai sekarang, cukuplah sudah 2 kali aku kalah dengan nyamuk aedes). Terpaksa tinggal di wad untuk beberapa hari. Hari kedua di wad, dalam keadaan sakit-sakit dan lemah tu, sempat juga tanya doktor aku bila agaknya aku boleh keluar? Dia kata tak pasti, tengok pada ketahanan aku melawan virus ni. Aduhai..


Dan, percaya tak? Sehari sebelum show tu, aku sempat merayu pada doktor, "Doktor, esok saya keluar sekejap saja boleh? Sekejappppp jeeeee...". Doktor tu geleng kepala. "Kalau awak sanggup bawak machine untuk drip ni keluar, then its okay. Tapi, kalau awak tumbang nanti, macamana?" Aku diam je. Sambil perati drip kat lengan. Perati mesin drip tu. Sedih tau... Dan malam tu.. aku buat filem tajuk "Sleepless in Ampang Puteri". Haha. Dua hari kemudiannya, barulah aku discharge.


Dan kali ini.. 2hb May ada persembahan eksklusif .. A Nite With... Anuar Zain.. Showcase kali ini akan diadakan di Dewan Perdana Felda, kurang 10 minit perjalanan dari rumah aku. Bak kata orang, jalan kaki pun sampai tau..! And.. I'll miss his showcase... AGAIN??!! Gosh..


Klik here for info ya..


2nd May (Jumaat) - sehari sebelum Jakarta-Bandung trip. And harga tiket show ini bakal menyebabkan aku kehilangan Rp1,000,000. Jadi, secara tidak langsung, bajet untuk trip akan berkurangan. Bak kata ciktipah.. "rugi beb... rugi..." Aduhai... Lagipun malam tu, aku perlu pastikan semua 'kerja-kerja sekolah" siap sebelum bercuti. Assignment perlu disiapkan. Bahagian aku untuk "group presentation material" harus diserahkan. Oh.. I'm gonna be very busy that night!


Aku yakin ada rezeki aku dilain kali.. kan...?



Take care everyone.

Monday, March 24, 2008

Ku Mohon


Oh Tuhan terangkan hati
dalam sanubariku
untuk menempuhi segala
hidup penuh cabaran ini

Oh Tuhan kuberserah
segalanya kepadaMu
agar jiwaku tenang
dengan bimbinganMu selalu

Adakala ku merasa
Hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya...


Lama Tak Jumpa

Tadi ke Stadium Negara, dengan my auntie, cousin & sis, untuk tonton final hits 1. My auntie dapat 10 tickets, jadi dia ajak ler kami ramai-ramai pergi sekali. Secara jujurnya, tak pernah langsung tengok rancangan ni di TV.. titiba final sudah...!



'Tapak tangan' besar ni pelbagai kegunaannya. Antaranya, kalau time panas, boleh jadi kipas...



Bila 'abang kamera tv' menghalakan kamera ke arah kita, bolehlah diangkat tangan itu, sebagai tanda sokongan kepada hits 1. (Sebenarnya untuk mengelak muka keluar tv! Huhu)



Cerita I.. dah lama dah tak jumpa my cousin, Julie. Last jumpa waktu bercuti ke Seri Manjung & Cameron Highland selepas Aidiladha tahun lepas. Seronok bila dapat berjumpa. Berkongsi cerita itu dan ini. "Update" berita terkini dan sensasi.



Cerita II - lama sangat dah tak jumpa Zoey. Dah bertahun rasanya. Kenal dia dari my best friend. Kalau tak silap, masa tu Zoey masih sekolah lagi, baru 16 tahun. Pada awalnya berlakon dalam siri Bong di TV9, sekarang ni menjadi pengacara rancangan Gerak Geri Gasing di Astro Ceria (Channel 611). Wish you all the best, bro.



Pose untuk Dikna. Dia sukaaaaa bangetttt nonton Gerak Geri Gasing.




Cerita III - Dialog masa tengah posing:


Danny : Okay tak tadi?

Aku : Okay.. tapi kenapa macam gigil?

Danny : Tu lah kan.. menggigil. Haha

Aku : It's okay. Tahniah. Take care ya.

Danny : Thanks. Kirim salam kat semua ya..

Aku : InsyaAllah.


Sambil posing boleh borak. Hehe. Lama sungguh tak jumpa Danny. Rasanya dalam kumpulan X-Factor, cuma tinggal dia sorang je lagi yang masih 'survive' dalam industri hiburan ni. Sebagai pelakon dan pengacara. Good luck, bro! (CikTipah, Danny kirim salam)


Rasa bangga jugak bila tengok diorang ni dah menempah nama dalam bidang masing-masing. Masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi. Semoga mendapat apa yang dicita-citakan. Wish you all the best.



Take care everyone. Gudnite.

Sunday, March 23, 2008

In Another Lifetime


IN ANOTHER LIFETIME - Gary Valenciano


I could hold on for a hundred years
When all else is gone
I would still be here
In a memory of things yet unseen
I’d remember all that we’ve never been
And I cannot wait to see
What life has in store for me

In another lifetime
It would be forever
In another world
Where you and I
Could be together
In another set of chances
I’d take the one I’d missed
And make you mine
If only for a time
My life would matter
In another life

And I’d stay as strong and I’d stay as true
And you’d have forever now to think it through
Coz I believe what wasn’t meant to be
Wasn’t meant for now and
Someday you’ll see
In a place and time we never know
I’d be standing there waiting for you

You would be mine
But until that time is now
I’d be holding on somehow

But until that time
I’ll be holding onto forever
Until another life



Baru tadi kali pertama dengar lagu ini, In Another Lifetime, nyanyian Gary Valenciano dalam filem Eternity di Astro Kirana tadi. Tadi sempat tengok separuh masa kedua sahaja, hmmm... harap-harap adalah ulangannya nanti ya..


Enjoy the song.



Take care everyone.

Saturday, March 22, 2008

Komen Akak

1. Dik, senyum, lirik mata tak perlu meniru abang Anuar Zain ya..

2. Dik, akak tak suka dik..

3. Akak sedey, Anuar Zain tak buat kejutan.



Tapi.. kenapa semua pengkritik suka yek? Terkejut akak.. Pelik kan Ciktipah kan..?


Apa kata ciktipah dlm live interview di YM;

cikTipah : jahanam lagu



Take care everyone. Gudnite.

Bila MataTak Ngantuk

Ngantuk...?
Tak lah...
Mata ni blum nak pejam lagi..
Walaupun dah nak pukul 1 pagi..
Mungkinkah sebab kopi ais tadi?


Tengok AF6 tak?
Tadi tertengok diari AF6,
Ada student ni nama dia Riz,
Untuk minggu pertama ni,
Nyanyi lagu pilihan sendiri
Uiks... lagu fevret akak ni...!




Mesti dia pun tak ngantuk lagi
Sebab pikir show malam nanti
Bukan senang maaa.. mau nyanyi
Lagu Anuar Zain, Ketulusan Hati!


Sudah pastilah kan..
Akan ku tunggu penuh harapan..
Kalau-kalau ada 'kezutan'...
Anuar Zain buat penampilan!


Mmm..inilah jadinya
Kalau lewat malam masih berjaga
Merepek tak tentu hala
Mintak maaf lah ya..



Take care everyone. Gudnite.

Friday, March 21, 2008

Chaiyo! Chaiyo!

Dah lama dah tak beli alatulis untuk diri sendiri. Alatulis masa belajar dulu-dulu banyak yang dah takda, dipinjam dek Dikna dan ada diantaranya dah lenyap ditelan zaman. Hehe. Mujur juga calculator masih boleh digunakan lagi walaupun dah lebih dari sedekad usianya. Singgah di Tesco Ampang lepas waktu kerja tadi untuk beli beberapa alatulis baru. Untuk self-motivation sebenarnya. Chaiyo!



Cantiknya buku tulis zaman sekarang. Mulanya nak beli buku tulis biasa (macam zaman sekolah dulu) tapi banyak sangat sampai 6 buah dalam 1 set. Taknak membazir. Lagipun buku tulis ni ada hard cover, tak perlu dibalut lagi. Just nice. (Tapi rasanya mesti balut jugak sebab aku suka balut buku, supaya tak cepat rosak). Memang dari dulu lagi, aku suka tulis notes dalam buku2 macam ni, sebab tak mudah koyak. Lagipun lebih mudah untuk dibawa kemana-mana kalau nak buat revision.




Untuk mengganti pembaris lama, pen lama dan eraser lama yang semua Dikna 'pinjam'. Cuma correction tape tu je yang baru untuk aku. Dulu2 kan guna liquid paper je kan..? Tapi rasanya correction tape tu lebih nampak kemas, kan? Tapi selalunya, aku lebih selesa guna pensel mekanikal a.k.a. "pensel tekan-tekan" kalau buat revision. Lack of self-confidence, maybe? I dunno...

Tadi rasanya dah letak pensel mekanikal dalam bakul.. tapi sampai rumah takda pulak! Lupa ke? Jatuh ke? Tinggal ke? Entah mana entah. Adoi...!




Pinkyy mesti suka sebab ada kaler pink. Jatuh chenta pandang pertama dengan pencil-case ni. Sweet and nice. Boleh masuk calculator sekali. I thought of giving away my old pencil case to Dikna, for her to keep all her color pencils. Biasalah kids, bersepah2 color pencils. Rasanya tahun lepas ada la 3-4 round beli color pencils. Ada yang hilang la, bagi kawan pinjam la, cepat patah la.. itu belum kira duk asah hari-hari.



Last week, lecturer pesan "I'll let u guys to copy my notes to your thumb drive later". Oleh itu, bila dah print notes yang dah diimport dari lecturer tu, I'll keep it in one file, tak suka
sepah-sepah. Kalau dah susun cantik-cantik, teratur, baru senang nak cari, baru rasa semangat nak baca. Rimaslah.. kalau sepah-sepah. Hmmm... very the September person, kan! :-)
(oh.. ciktipah tau sangat how i hate nengok benda sepah2, kan)



And....


"Dia" pesan "...kena makan kismis banyak-banyak tau.."



"..and nuts too.."


"..dont forget chocolate too.." and "..madu.."
".. itu semua disebut amalan Rasulullah.."


Duk pusing belek-belek coklat apa yang nak dibeli. Nak beli chocolate bar, nanti jadi tak suka pula bila dah terbuka dan expose, nanti 'lari' rasa chocolate tu. Akhirnya beli mini Toblerone; chocolate + honey + almond inside. 3 in 1.



Setuju? Setuju.... !



Sebelum melangkah keluar dari Tesco Ampang, singgah sekejap di Kluang Station untuk 'tapau' Kopi Ais yang sangat ummmphh . Simply irresistible! Hadiah untuk diri sendiri. Walaupun baru baik dari sakit.. tetap jugak nak tapau. Takpa, kalau tak sihat, ubat kan ada. Huhu.


Dan rasanya, sebab kopi ais ni juga lah entry kali ni lebih panjang dari biasa ;-) Chaiyo! Chaiyo!


Take care everyone.

Thursday, March 20, 2008

Get Ready For Getaway

I was not feeling well yesterday. Tak pergi kerja pun. Was in bed the whole day. Alhamdulillah, hari ni dah sihat semula. Tadi, CikTipah pesan suruh check email. Bagi semangat, katanya! :-)





Kalau ikutkan schedule, time nak jalan-jalan nanti belum exam lagi. InsyaAllah awal bulan Jun nanti baru exam. Hari Sabtu nak ke Jakarta tu masih boleh attend class lagi, sebab flight belah malam. Cuma akan miss class untuk hari Ahad saja.


Selalunya kami (Ciktipah, Wani, my sis and I) mem'backpackers'kan diri di negara sendiri. Cuma kali ini, akan ke seberang pula. Yang paling menarik nanti pastinya perjalanan dari Jakarta ke Bandung dengan keretapi. Kenapa ke seberang? Sebab sekarang ni..


Everyone can fly! Yeah...! :-)



Take care everyone.

Tuesday, March 18, 2008

Setiap 5000KM

Mobil kesayanganku perlu dimanja setelah setiap 5000km perjalanan. Jadi, bila dah sampai masa dan ketika, aku akan ke sini.


Jarangkan jumpa ucapan selamat datang kepada kakitangan sendiri?
Salah satu cara motivasi untuk kakitangan.











Kereta terbang! :-)




Tempat menunggu agak selesa. Ada sofa, ada meja makan, ada tv, tapi masa tu depa pasang cenel kanak2.. Nasib baik ada majalah & suratkhabar untuk dibaca. Macam biasa, kalau pi sini, sure aku bekal buku cerita. So, takda lah boring sangat.



Silakan.. jemput jamu selera.



Dan bila kereta ni dah jalan 5000km lagi.. aku akan ke sini lagi..


Take care everyone.

You Raise Me Up




When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

There is no life – no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be




Monday, March 17, 2008

Fallen

www.flickr.com




FALLEN - LAUREN WOOD


I can't believe it, you're a dream comin' true.
I can't believe
How I have fallen for you.

And I was not looking, was content to remain.
And it's
Ironic to be back in the game.

You are the one who's led me to the sun.
How could I
Know that I was lost without you...

And I want to tell you, you control my rain..
And you should
Know that you are life in my veins.

You are the one who's led me to the sun.
How could I
Know that I was lost without you...

I can't believe it, you're a dream comin' true.
I can't believe
How I have fallen for you.

And I was not looking, was content to remain.
And it's
Erotic to be back in the game.






Take care everyone. Gudnite.

Sunday, March 16, 2008

TQ

Sudah beberapa hari
dia diam sahaja
hingga berkata dalam hati
"let it be.."


Tapi
sabtu pagi itu
dia 'muncul' kembali
dengan sms yang panjang
dgn ucapan 'selamat berjaya'


Apa patut ku balas ya...?


Dan,
mana mungkin
minda dapat berfikir
tika air mata sedang mengalir
tanda syukur
tanda terharu
kerana dia masih mengingati


Aku hanya mampu
membalas dgn 'tq'




Take care everyone. Gudnite.

Back To School

I'm back to school again..! Registration was at 9am yesterday, and our first meeting started 6hours later i.e at 3pm. Some of us thought that our class will only starts next week, but hey.. there's no room for procrastinator! Anyway, all went well, and by 6.30pm everyone was excited to go home. Penat sangat...tapi.. berbaloi!


Gambar curi2 masa briefing


Mulai dari minggu ini, segala aktiviti hujung minggu akan 'terbeku' buat sementara waktu. Dikna dah tunjuk muncung coz I told her no more jalan2, shopping2 or movie on weekends. "Masa kat class, dikna tak boleh call tau, nanti lecturer marah.." I have to tell her that, sebab dia suka call tak kira masa. Kadang-kadang tu cuma nak kata; "Nanti kita pi Jusco beli Koko Krunch ya.." Aduhai...


Untuk Ahad, kelas mula pukul 9 pagi sampai ke tengahari. Dalam borak-borak kosong tadi, ramai yang kata malam tadi (sabtu) tido lena. Kepenatan. Dan untuk kelas hari ini, sedar tak sedar, lecturer habiskan 4 chapter dalam masa 3 jam! Fu-yooo!


Well, life would be more interesting from now on.




Take care everyone.

Katanya II

"Many persons have
a wrong idea
of what constitutes
true happiness.
It is not attained
through self gratification
but through fidelity
to a worthy purpose"
- HELLEN KELLER


Take care everyone.


Thursday, March 13, 2008

Yahooo!! (Nyanyian Untuk Hati....)




Yahooo kita semua gembira

yahooo bercanda dan ketawa
yahooo mari hiburkan hati
ayuh sama-sama kita menyanyi

Ini satu rahsia awet muda
hidup mestilah sentiasa ceria
kalau susah hati kepala pun pening
ukiran senyum menghilangkan runsing

Satu dua tiga empat
pekik kuat kuat sampai penat

Yahooo kita semua gembira
yahooo bercanda dan ketawa
yahooo mari hiburkan hati
ayuh sama-sama kita menyanyi

Tak manis kalau muka nampak murung
nanti kawan lari hidup rasa kosong
cari teman bersantai dan riang ria
barulah rasa girang sepanjang masa

Lima enam tujuh lapan
pusing kiri pusing kanan

Yahooo kita semua gembira
yahooo bercanda dan ketawa
yahooo mari hiburkan hati
ayuh sama-sama kita menyanyi

Lupakan kisah yang buat kita sedih
lupakan kerja yang buat kita letih
sesama kawan jangan gaduh-gaduh
suasana dah mesra mari bikin kecoh

Sembilan sepuluh sebelas duabelas
berpesta sampai puas

Yahooo kita semua gembira
yahooo bercanda dan ketawa
yahooo mari hiburkan hati
ayuh sama-sama kita menyanyi
ayuh sama-sama kita menyanyi
ayuh sama-sama..... Yahooo!



Untuk menghiburkan hati yang runsing..


Take care everyone.

Wednesday, March 12, 2008

Katanya...

"BE thankful for what you have;
you'll end up having more.
If you concentrate on what you don't have,
you will never ever have enough"
- OPRAH WINFREY



Take care everyone. Gudnite.

Aku Sebutir Pasir



www.free-background-wallpaper.com



AKU SEBUTIR PASIR - FAUZIAH LATIFF


Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini

Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara

Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap tabah mengharungi

Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu

Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuaan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan





Take care every0ne.

Tuesday, March 11, 2008

Thank You

Thank you KakLin & CikMatKhair for the lovely gifts.


Thank you KakLin. Cantik...!



And this cute bouquet is from CikMatKhair and his lovely wife, KakShikin. Love it! Thank you so much. Sesuai untuk saya yang lahir di tahun lembu :)






MOoOOooOOOoooo... :)





I told them the good news. And, they gave me this lovely gifts. Thank you again!! I'm honoured and excited! Alhamdulillah.. Semoga Allah membalas budi both of you. InsyaAllah.



Take care everyone.

Alhamdulillah

Alhamdulillah... tercapai juga cita-cita untuk meneruskan pengajian di peringkat Master. Setelah menjalani temuduga tempohari (yang hanya cuma mengambil masa 15minit..err.. okay ke tak ya??), aku menerima perkhabaran gembira dari pihak universiti. Alhamdulillah... semoga diberkati Allah.





Aku happy sangat. Kerana, untuk sampai ke tahap ini bukanlah suatu jalan yang mudah. Aku bukanlah student yang genius di zaman persekolahan. Biasa-biasa saja. Mungkin ada diantara bekas guru aku yang akan terperanjat besar dan berbangga(mungkin!) jika aku bertemu mereka dan memberitahu yang aku masih belajar! Bidang finance pulak tu! Hehe.


Mana tidaknya, aku diantara student yang memeningkan kepala Pn. Hasnah, guru Matematik Moden. Semasa di tingkatan 4, aku pernah bertanya kepada dia "Cikgu, kenapa nak belajar benda-benda ini.. pemalar la.. y la.. x laa.. bukannya guna pun kalau nak pegi shopping ke, pegi pasar ke..". I still remember she paused, pusing tengok muka aku, geleng2 kepala & sambung mengajar balik. Hehe. Masa kat sekolah aku memang tak suka Maths. Cuma semasa diploma baru aku serius dengan Maths.


Jadi, bila dah ada rezeki dari Allah ini, peluang ini tidak patut aku lepaskan/sia-siakan macam tu je. InsyaAllah, semoga dipermudahkan perjalanan dalam menghadapi cabaran yang akan datang. Doakan ya... Amin..



Take care everyone.

Monday, March 10, 2008

Situ Sana Sini

Di sana sini semua orang sedang rancak bergebang tentang keputusan PRU 12. Dari pakcik-pakcik yang 'lepak-lepak' di kedai kopi, ibu-ibu yang sedang membeli belah di pasar-pasar hinggalah ke juragan-juragan yang tersedak/tersentak kerana berlakunya kejatuhan Kuala Lumpur Composite Index hari ini; (dikatakan paling teruk dalam dekad ini). Klik sini untuk cerita sepenuhnya.


Ramai juga bloggers yang menyatakan pendapat mereka di blog masing-masing. Dengan pelbagai versi yang lahir dari pemerhatian mereka. Dan di sini aku ingin berkongsi dua write-up yang menarik perhatian aku. Kenapa? Kerana ke'neutral'an dalam penyampaian. Idea yang bernas, bersahaja dan mudah difahami.



Untuk baca tulisan Jimi, sila klik di sini.

dan

Untuk baca tulisan K.Fiebie, sila klik di sini.



Perlu diingatkan, kedua-dua penulis bukan calang-calang orang ya.. mereka punya ilmu dalam sains politik, bukan menulis hanya sekadar berpandukan gosip sana sini atau mendengar omong kosong di kedai kopi!



Selamat membaca. To Jimi and K.Fiebie, thank you so much for sharing.




Take care everyone.

Sunday, March 9, 2008

Rasa Rindu

R I N D U.. Pernah tak rasa rindu? Rindu pada orang tua, pada ahli keluarga, pada teman, pada orang yang disayang?


Adakalanya..


Bila rasa rindu datang
Rasa itu membungkam
Rasa senak didada
Rasa kekosongan
Rasa kehilangan


Kata seorang teman "Hujan mengundang rindu"


Tadi,

Hujan membasahi bumi
dan rasa rindu itu
datang lagi...










Take care everyone.

Saturday, March 8, 2008

Quote of The Day



EXPECT

THE

UNEXPECTED!!



Take care everyone.

Friday, March 7, 2008

Something Stupid

Yerp. 'Something stupid' happened this morning. Eh.. ni dah Jumaat kan.. so, pagi semalam lah kan??... Aduhai..



Dia : Salam. Good morning. How's ABCDE?

Me: Alhamdulillah.. bla.. bla.. bla..

Dia : Congrats.. bla.. bla.. bla..

Me: Thanks.


I've lost all the numbers in my phone. When I saw the number.. I asked myself... "errr.... betul ke dia ni...?" "Rasanya betul.. tapi, y not tanya betul ke dia, just to confirm".. Lalu, terhantarlah text itu.... And with this S.O.S phone (Ngoh's handphone), sending text is a nightmare! Terkial-kial jadinya.


Few minutes later.. jari jemari ini 'gatal' menaip..


Me: XXXX rite?


And after sending that stupid question.. barulah ku tersedar.. SAH2LAH 5 orang je yang tau pasal ABCDE tu kan... Dan aku berkata-kata dalam hati "Err....I've updated family's number, it couldn't be my boss, number ciktipah pun sudah.. & bestfren pun sudah... errr... Alamak... aiyooooo!!! (tepuk dahi.. and sigh..)" Siapalah lagi kan...!


I'm sorry...



Notes to afiya : Tolong sms kamek okay... nombor kitak pun ilang juak dari tepon kamek tok. Ada benda nak di 'sms' kamek dgn kitak. Tq.


Take care everyone.


Wednesday, March 5, 2008

Hari Ini..


Hari ini, dengan lafaz "Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang", aku datang ke sini untuk agenda peribadi...

Hari ini, buat pertama kalinya, aku memandu tanpa ditemani 'suara' dari radio. Sunyi itu mampu meredakan rasa gementar di hati...




Hari ini, kali pertama aku menjejakkan kaki ke bangunan ini...

Hari ini, impian mungkin akan menjadi realiti...

Hari ini, aku akan menanti Jumaat menjelma, untuk jawapan yang pasti, InsyaAllah..

Hari ini, aku hepi! :-)

Hari ini, dalam perjalanan pulang, dari radio terdengar lagu ini.. oh.. luvly...


I'LL STAND BY YOU - CARRIE UNDERWOOD


Oh, why you look so sad?
Tears are in your eyes
Come on and come to me now
Dont be ashamed to cry
Let me see you through
Cause I've seen the dark side too
When the night falls on you
You don't know what to do
Nothing you confess
Could make me love you less

I'LL STAND BY YOU
I'LL STAND BY YOU
WON'T LET NOBODY HURT YOU
I'LL STAND BY YOU

So, if you're mad, get mad
Don't hold it all inside
Come on and talk to me now
Hey, what you got to hide?
I get angry too
Well I'm a lot like you
When you're standing at the crossroads
And don't know which path to choose
Let me come along
Cause even if you're wrong

I'LL STAND BY YOU
I'LL STAND BY YOU
WON'T LET NOBODY HURT YOU
I'LL STAND BY YOU

Take me in, into your darkest hour
And I'll never desert you
I'll stand by you

And when..
When the night falls on you, baby
You're feeling all along
You won't be on your own

I'LL STAND BY YOU
I'LL STAND BY YOU
WON'T LET NOBODY HURT YOU
I'LL STAND BY YOU

Take me in, into your darkest hour
And I'll never desert you
I'll stand by you

I'LL STAND BY YOU
I'LL STAND BY YOU
WON'T LET NOBODY HURT YOU
I'LL STAND BY YOU
WON'T LET NOBODY HURT YOU
I'LL STAND BY YOU



Take care everyone.

Tuesday, March 4, 2008

I'm The Lucky One.. Sungguh..

I received a phone call around 9.30am this morning. Luckily Ngoh lend me his phone, otherwise I would have missed this once in a lifetime opportunity. Alhamdulillah.. bersyukur pada Allah.

And I shared this good news with all the VIPs in my life;

1. my family,

2. my immediate boss (kalau tak share, esok tak leh cuti),

3. ciktipah (chaiyo! chaiyo!),

4. my teman terulung (beb, u know i've been waiting for this moment kan?),

5. my adik (thanks for the tips), and

6. 'dia' (please check your email ya... I've 'lost' your phone number.. aduhai...)



Harap-harap impian menjadi kenyataan. Doakan saya ya... InsyaAllah, esok saya tulis tentang pengalaman ini..




Take care everyone.

Hello Moto Aiyoo Moto!!

Hello Moto!


Ngoh (my brother) pinjamkan Motorola dia sejak dari pagi tadi. Ni lah cubaan pertama aku menggunakan handphone selain dari Nokia. Lenguh tangan duk picit sana sini. Asyik2 salah tekan je..


And, banyak phone number yang aku LUPA nak simpan dalam sim card. Jadi, banyak nombor2 yang takda. Aduhai... Bila lah handphone aku nak sihat kembali..


... kali pertama..



aiyoo... pening.. pening..


Jenuhlah nak menaip sms guna phone ni. Terkial-kial aku dibuatnya. Tak reti la... Aduhai....Lain yang aku tekan, lain yang keluar. Apa da..... Nak adjust sana sini pun tak reti. Hasilnya, ada la 2-3 sms yang aku jawab dgn phone call, nak nunggu menaip, silap-silap mau 10minit baru settle reply satu sms. Aiyoo Moto..!



I need my phone... :-(


Take care everyone.