Friday, March 21, 2008

Chaiyo! Chaiyo!

Dah lama dah tak beli alatulis untuk diri sendiri. Alatulis masa belajar dulu-dulu banyak yang dah takda, dipinjam dek Dikna dan ada diantaranya dah lenyap ditelan zaman. Hehe. Mujur juga calculator masih boleh digunakan lagi walaupun dah lebih dari sedekad usianya. Singgah di Tesco Ampang lepas waktu kerja tadi untuk beli beberapa alatulis baru. Untuk self-motivation sebenarnya. Chaiyo!



Cantiknya buku tulis zaman sekarang. Mulanya nak beli buku tulis biasa (macam zaman sekolah dulu) tapi banyak sangat sampai 6 buah dalam 1 set. Taknak membazir. Lagipun buku tulis ni ada hard cover, tak perlu dibalut lagi. Just nice. (Tapi rasanya mesti balut jugak sebab aku suka balut buku, supaya tak cepat rosak). Memang dari dulu lagi, aku suka tulis notes dalam buku2 macam ni, sebab tak mudah koyak. Lagipun lebih mudah untuk dibawa kemana-mana kalau nak buat revision.




Untuk mengganti pembaris lama, pen lama dan eraser lama yang semua Dikna 'pinjam'. Cuma correction tape tu je yang baru untuk aku. Dulu2 kan guna liquid paper je kan..? Tapi rasanya correction tape tu lebih nampak kemas, kan? Tapi selalunya, aku lebih selesa guna pensel mekanikal a.k.a. "pensel tekan-tekan" kalau buat revision. Lack of self-confidence, maybe? I dunno...

Tadi rasanya dah letak pensel mekanikal dalam bakul.. tapi sampai rumah takda pulak! Lupa ke? Jatuh ke? Tinggal ke? Entah mana entah. Adoi...!




Pinkyy mesti suka sebab ada kaler pink. Jatuh chenta pandang pertama dengan pencil-case ni. Sweet and nice. Boleh masuk calculator sekali. I thought of giving away my old pencil case to Dikna, for her to keep all her color pencils. Biasalah kids, bersepah2 color pencils. Rasanya tahun lepas ada la 3-4 round beli color pencils. Ada yang hilang la, bagi kawan pinjam la, cepat patah la.. itu belum kira duk asah hari-hari.



Last week, lecturer pesan "I'll let u guys to copy my notes to your thumb drive later". Oleh itu, bila dah print notes yang dah diimport dari lecturer tu, I'll keep it in one file, tak suka
sepah-sepah. Kalau dah susun cantik-cantik, teratur, baru senang nak cari, baru rasa semangat nak baca. Rimaslah.. kalau sepah-sepah. Hmmm... very the September person, kan! :-)
(oh.. ciktipah tau sangat how i hate nengok benda sepah2, kan)



And....


"Dia" pesan "...kena makan kismis banyak-banyak tau.."



"..and nuts too.."


"..dont forget chocolate too.." and "..madu.."
".. itu semua disebut amalan Rasulullah.."


Duk pusing belek-belek coklat apa yang nak dibeli. Nak beli chocolate bar, nanti jadi tak suka pula bila dah terbuka dan expose, nanti 'lari' rasa chocolate tu. Akhirnya beli mini Toblerone; chocolate + honey + almond inside. 3 in 1.



Setuju? Setuju.... !



Sebelum melangkah keluar dari Tesco Ampang, singgah sekejap di Kluang Station untuk 'tapau' Kopi Ais yang sangat ummmphh . Simply irresistible! Hadiah untuk diri sendiri. Walaupun baru baik dari sakit.. tetap jugak nak tapau. Takpa, kalau tak sihat, ubat kan ada. Huhu.


Dan rasanya, sebab kopi ais ni juga lah entry kali ni lebih panjang dari biasa ;-) Chaiyo! Chaiyo!


Take care everyone.

4 comments:

CikTipah said...

eh...eh...awat kita nyer stationery, buku n pencil case sama brand sajer. mmg zaman sekarang ni org pakai brand ni yea nok heheh.

Sept_11 said...

ciktipah,

sudah geharu cendana pula,
sudah tau, bertanya pula.

bukankah kita
ada kalanya
"sama" je pilihannya... :-)

*wink2

:: NbC :: said...

wah semua baru, semangat baru sey...
best shopping stationary ni semua berkenan kaler pink aje..

hehehhehe, pinjam pencil case bole..?

Sept_11 said...

Pinky,

InsyaAllah, semangat baru. Pinjam pencil case? Boleh.. mai la datang amik kat sini. :-)