Friday, November 20, 2009

Hanya UPSR


Balik dari kerja tadi aku singgah ke pasar... nak beli sayur & bahan2 untuk buat Nasi Goreng Cina & Paprik Campur. Sambil2 aku membelek kobis bunga, datang sorang anak sekolah, terus ke arah tokey kedai sayur tu.. Terus tokey kedai tanya.. "Ha.. dapat berapa?"... Kemudian si anak sebut.. "1A, 2B, 2C". Tokey sayur tu pandang ke arah anak.. "Tak boleh harap! Makan banyak.. tapi tak pandai!". Aku perati anak sekolah itu. Tak nampak gemuk pun.. ensem & comel je.. Kemudian anak sekolah tu garu kepala.. yang aku pasti tak gatal.. cuma tindakan refleks dari komen si ayah tadi.

Aku sambung pilih sayur.. mereka sembang.. riuh sepasar.. bersahutan pembantu2 pasar yang rata-rata mereka "mentertawakan" dan "menyampaikan" result anak sekolah tu.. Tak ada satu pun yang memuji ataupun memotivasi. Semuanya ketawa. Bunyi sinis. Sedangkan mereka2 itu (read:PATI) .. entah habis sekolahnya entah tidak.. Hmm....


Kemudian anak sekolah tu capai semula kertas keputusan dari ayahnya. Katanya "nak balik lah ayah..". Kemudian si ayah kata.. "takyah lah balik rumah dah.. pegi la main lagi..!". Secara refleks, aku terus menoleh ke arah tokey sayur tu. Tapi aku tak ingat, bagaimana ekspresi wajah aku.. harap2 aku tak jeling dia.


Ayah dan ibu...


Walaupun kecewa dengan keputusan peperiksaan si anak.. terimalah dengan redha. Sekurang-kurangnya, hargailah usaha anak itu untuk belajar.. walau sedikit mana pun.. itu adalah usaha. UPSR itu hanyalah satu titi kecil.

Kawan sekolah menengah aku, Penilaian Darjah Lima (nama zaman sekarang adalah UPSR) nya tiada A, dapat nombor tak pernah kurang dari 30 (dari 35orang murid) di dalam kelas. Tapi, sekarang ni sudah pandu Toyota Camry, rumah SemiD.. ada business sendiri.

Langkah si anak baru bermula.. siramlah dengan doa, pujuklah dengan motivasi, jangan diracun akarnya... Well.. it's just UPSR anyway...

Maaf, entry ini sedikit emosi... Cuma hanya ingin berkongsi pendapat dan rasa.. Nantilah, kalau aku rajin.. aku kongsi cerita sedih aku zaman sekolah2 dulu..




Salam kasih.

p/s: kalo aku jadi anak sekolah itu, betul2 aku tak balik rumah agaknya...!!


13 comments:

h4ni3 said...

betul la tu kak mimi... jgn sbb mak bapak nak bangga dengan dgn result, anak2 jadi mangsa, tertekan. skrg ni rata2 skill kena ada. just look at me, keje jadi doktor pun, tak mampu pakai camry. kuikuikui

Edzlin said...

betul tu. kalo saya d tempat akak pun, saya geram dah. hmm, orang sekeliling mmg camtu, mempersenda lebih mudah dari memberi motivasi.

Tijah said...

ntahhh...
aku pun upsr kantoi besar2an. tapi spm ok jer alhamdulillah...naik gak la pentas

adibah said...

hanie,
kazen yang jadi cikgu kata, budak2 dari best class di sekolah dia.. muka stress.. tak macam kelas lain yang masih pandai bergurau etc..

tu lah agaknya yang jadi sebab ada kes murid bunih diri sebab sedih dengan result UPSR.

nanti beli merce ye? :-)

adibah said...

edzlin,
geram kan? akak tahan sabar je..

adibah said...

Jah,
Betulkan....!! Tapi aku naik pentas setakat buat persembahan Hari Guru je nok.. huhu

arizWanmerahs said...

Salam ziarah,

Semoga engkau sihat n gembira selalu.. Kita patunya memberi semangat pada yang gagal juga... kan?

adibah said...

merah_s,

Selamat datang..

Betul.. kadang2 yang gagal tu diketepikan begitu saja, seperti tiada jiwa dan nyawa..

singgah lagi ye..

adibah said...

farayassir,
betul..!! yang penting.. semangat & ketahanan diri.. :-)

mamai said...

bila ibu bapa lebih pentingkan A dari kefahaman anak-anak mereka di sekolah....nak dapt A tak susah nak dapat ilmu tu yang susah

adibah said...

mamai,
tu lah kan...yang stressnya anak2 ...

Aloy Paradoks said...

pelajaran tu penting,, tapi ibu bapa hanya fikir anak akan berjaya kalau ada banyak "A"... kampung betul. aku kalau anak aku tak tau main gitar atau berlakon nanti baru aku marah...
hahahha

adibah said...

aloy,
kan anak kau pandai baca puisi.... jangan lah marah dia nanti..