Tuesday, March 11, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah... tercapai juga cita-cita untuk meneruskan pengajian di peringkat Master. Setelah menjalani temuduga tempohari (yang hanya cuma mengambil masa 15minit..err.. okay ke tak ya??), aku menerima perkhabaran gembira dari pihak universiti. Alhamdulillah... semoga diberkati Allah.





Aku happy sangat. Kerana, untuk sampai ke tahap ini bukanlah suatu jalan yang mudah. Aku bukanlah student yang genius di zaman persekolahan. Biasa-biasa saja. Mungkin ada diantara bekas guru aku yang akan terperanjat besar dan berbangga(mungkin!) jika aku bertemu mereka dan memberitahu yang aku masih belajar! Bidang finance pulak tu! Hehe.


Mana tidaknya, aku diantara student yang memeningkan kepala Pn. Hasnah, guru Matematik Moden. Semasa di tingkatan 4, aku pernah bertanya kepada dia "Cikgu, kenapa nak belajar benda-benda ini.. pemalar la.. y la.. x laa.. bukannya guna pun kalau nak pegi shopping ke, pegi pasar ke..". I still remember she paused, pusing tengok muka aku, geleng2 kepala & sambung mengajar balik. Hehe. Masa kat sekolah aku memang tak suka Maths. Cuma semasa diploma baru aku serius dengan Maths.


Jadi, bila dah ada rezeki dari Allah ini, peluang ini tidak patut aku lepaskan/sia-siakan macam tu je. InsyaAllah, semoga dipermudahkan perjalanan dalam menghadapi cabaran yang akan datang. Doakan ya... Amin..



Take care everyone.

4 comments:

Ad said...

wah..tahniah kak..ad plak, subjek maths jer yg paling menyerlah dan abiskan soklan kat teks dan latihan, subjek lain hancurrr leburrr..

err..jgn lupa ya open table

x sabar nak pekena teh tarik+roti canai

adibah said...

Ad -

Thank you ya.. Itu lah kan, masing2 ada kelebihan tersendiri.

Cepat balik M'sia occay.. Teh tarik & roti canai menunggu! :-)

Lyn Yusoff said...

hi kak mimi..

Congratulation kak..
Still remember me.. Lyn from Dafi FC. ingat tak kita jumpa msa open house rumah Yusry KRU.. ehhehe..

if u free,u can visit my blog
www.tulipmalam.blogspot.com

LYN

adibah said...

Hi Lyn

How are you? Yeap..mestilah akak masih ingat. Harap2 dapat jumpa you all lagi. :-)Akak ada juga ke blog lyn, tapi jadi silent reader je.

Thanks ya, lyn.

Take care ya.