Monday, February 2, 2009

Al-Insyiraah

Image dari goole image


Terjemahan dari websiteini.

[Ayat : 1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu?

[Ayat : 2] Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu.

[Ayat : 3] Yang memberati tanggunganmu?

Ayat : 4] Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu?

[Ayat : 5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan.

[Ayat : 6] (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan.

[Ayat : 7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain).

[Ayat : 8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Sadaqallahul'Azim.


Semoga segalanya dipermudahkan, InsyaAllah.


2 comments:

cokolat said...

good info! ;)

adibah said...

Cok, aku tengah susah hati nih.. aduhai..