Monday, February 23, 2009

Jumpa Mimi


Tadi bukak Facebook, tengok status Mimi "Nak gi Bukit Bintang". Owh.. ada kat KL rupanya. Terus aku call dia, ajak dia gi dinner. Lepas Maghrib, fetch Mimi kat The Mall.

"Kitak maok dinner apa Mie?"

"Apa2 jak.."

"Kita gi OldTown coffee maok?"

"Okay.. mana2 jak"

Aku kalo jumpa dia terus tukar cenel. Kalo cakap bahasa KL rasa kekok la pulak. Dapat kelakar Sarawak baruk best!!! Kan...! Dan sebagai duta (hiks!) OldTown KopiPutih, haruslah aku ajak Mimi gi dinner kat sana. Terus aku drive dia gi cawangan (cawangan katanya....!!) Yap Kwan Seng. Dan inilah rezeki kami untuk dinner tadi..


Owh yes.. the irresistable 100Cold. Aku promote kat Mimi, since dia tak sihat.. dia amik hot drink. Aku yang baru nak baik batuk ini.. tetap jugak order 100Cold. Baru ngam!!


Ni boleh jadi duta gak ni... :-)


Mintak maap lah ye.. tudung gwe buat hal lagi.. Lama dah tak jumpa adik angkat aku nih. Last jumpa masa pergi Kuching untuk reunion last November. Masa kat Kuching dulu, dia bawak kitorang jalan2 dan belanja makan. Jadi.. tak bestlah kalo dia gi KL aku wat dunno je kan.. !

Lepas makan kitorang jalan2 gi Tesco. Tengok2 baju. Tengok2 toys untuk her kids. Tapi agenda yang terpenting adalah mencari kotak sebenarnya, untuk luggage. Nasib baik adik keje Tesco tu baik.. "Amik je kak, kotak mana akak nak". Wah..!! Terus jadi rambang mata, pilih kotak cantik2. Hehehe..


Salam kasih.

2 comments:

KM:) said...

saya pun penah jumpa mimi kat KLCC dlm tahun 2002 kalau tak silap, kan kan?

adibah said...

KM,

Ye ke...?? Tak silap la kot.. :)