Thursday, February 26, 2009

Hari Ini...


Hari ni serba tak kena. Sejak dari sebelum subuh lagi. Mula-mula, kereta tak leh keluar, kena halang dek kereta Saga yang double parking dan dengan selamba tak turunkan handbrake.

Lepas tu, lunch date yang tak jadi. Disebabkan oleh communication error. Takpalah.. takda rezeki. Semoga hari yang akan datang lebih baik. Amin..

Then, aku drive ntah ke mana-mana walaupun ujan lebat. Pusing sana sini.. tengok2 sampai Kajang. Straight to Bandar Baru Bangi, since nak jumpa member kat sana. Tapi, kensel sebab kawan aku takleh datang. Ada hal. Takda rezeki aku nak jumpa dia hari ni.

Aku singgah Warta Bangi. Pusing2. Then, singgah beli waffle sebelum drive balik KL. Sambil drive, duk pikir nak ke mana. Hmm.. tengok wayang lah.. Aku gi KLCC, naik tingkat 3, ke TGV. Since Slumdog Millionaire menang besar masa Oscar baru2 ni.. aku pun teringin ler nak tengok.


"Dik, Slumdog Millionaire, paling awal kul berapa?"

"Takda kak. Dah habis untuk hari ni."
Aduhai.. takda rezeki. Aku pun turun ke concourse floor. Nak gi jalan2 dalam KLCC, rasa takda mood. Aku keluar dari parking, drive guna AKLEH dan straight ke AEON AU2. Aku nampak satu kedai ni.. dan fikir. "Hmmm.. i think i should get one for myself. Dah lama dah teringin nak beli, tapi ada je aral yang melintang".

Aku pun masuk ke kedai tu. Belek sana sini. Cari macam apa yang aku duk diskus ngan CikTipah malam tadi. Apek kedai tu, sibuk suh aku cari jenis yang lain. Aku kata takmo. I am certain with my decision. Aku nak jenis yang ini jugak. Belek punya belek (sambil belek dompet, tengok bajet), aku pun tangkap sekor..




CikTipah, aku dah berjaya tangkap sekor.. mu bilo lagi??


One good way to end my serba-tak-kena-day. Aku dah lama dah nak beli jam sejak jam lama tu rosak. Dari beli 10 pasang jam kat PS tapi baru 2-3 kali pakai akhirnya rosak, CikTipah and I, sebulat suara (dan muka..hiks!) setuju untuk beli jam yang ori dengan harapan jam tu nanti akan tahan lama.

Setelah sepanjang hari tak kena, akhirnya aku happy ler sikit.. Jadi, walau apa pun cabaran dan dugaan yang dihadapi.. walau macam mana serba tak kena nya hari anda, hidup mesti diteruskan. Macam lirik lagu ini.. Kalo pandai.. cuba teka lagu apa ni.. kalo lagi pandai.. cuba sambung lirik dia.. Hehe..

Hidup mestilah rukun.
Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh..


Salam kasih.

14 comments:

ciktipah said...

haiyooo...dah tangkap dah ghopenye. aku nnt dulu laa nok. kena jenguk2 semula kedai jam tuh dulu.

zino said...

boleh ke katakan hari ni hari serba tak kena hehe

Ana Ali said...

dib, so sorry about yesterday..aku maybe peteng nih baru dapat balik kereta..menyusahkan sungguh ar..nanti kita set cantik2 next week..at least aku buat kek prune kukus semalam haha

adibah said...

ciktipah,

tangkap.. jangan tak tangkap! :-)

adibah said...

Zino,

Ye zino.. memang serba tak kena.. :-(

adibah said...

Ana,

Orait bebeh! See u nxt wk!

KM-:) said...

jam baru? ....erk? nak tengokkkkkkk

adibah said...

KM,

Ala... jam biasa2 jer... tak cantik macam jam baru uols!!! :P

kueh bakar said...

mm....pompuan pun pikir pjg nak membeli? baguss kak...baguss!

adibah said...

kuehbakar,

betul..kena pikir panjang.. tambahan lagi masa keadaan krisis global nih..

cokolat said...

aku dah dekat 2 tahun tak pakai jam tangan. tiap kali nak tau kol baper, aku kena tgk henpon!

:: NbC :: said...

pssst lagu selamat pengantin baru kan..?

;-)

adibah said...

cok, betul!!! sama ler ngan aku, nok..!

adibah said...

Pinky,

Ye betul!!!! 10 markah ... hehehe ;-)