Wednesday, February 4, 2009

Ciken Rice, Satay & Maths


Habis waktu kerja tadi, aku pergi lunch dengan Temanku. Lunch di kawasan kejiranan Temanku, sebab dia tak kerja hari ini. Tak sihat. Sakit muscle badan segala sebab duk menebas masa cuti panjang hari tu. Rajinnyer... hiks! Bila nampak dia tadi, heran jugak aku, kenapa duk pakai office wear. "Nak gi office jap" katanya.. Owh.. rajinnyer.... Hehe..



Temanku order Nasi Ayam untuk kami berdua. Ingatkan typical nasi ayam. Rupanya lain. Nasi putih + ayam goreng berempah (goreng dengan rempah2 & daun kari) + timun + sambal cili merah + gravy macam rasa kuah untuk nasi berlauk. Something like that. Rasanya ini makanan ala2 Kelantan. Kan? First time aku makan ni.. sedap juga..


Awas!!! Pemandu kereta ini adalah pencuri hati saya!! Hiks!

Setelah kenyang perut suka hati, kami pun mulakan konvoi. Disebabkan kedua2nya nak ke arah yang sama.. aku pun mengikut Temanku dari belakang. Masing2 memandu secara berhemah dan bersopan santun. Hehe. Tapi aku hairan kenapa Temanku tak masuk simpang sepatutnya untuk ke office dia. Nak ke mana pulak nih?? Ini route untuk ke rumah aku! Tak lama lepas tu kehairanan aku terjawab. Telefon.. telefon berbunyiiiii..... (macam lagu Wonderpets)..
Temanku : Jom gi minum

Aku : Err.. okay..!


Tak jadi ke office katanya. Singgah minum di kedai satay kat pulau(dpn Celcom). Mula-mula order kopi-o-ais dua. Dah lama dah tak minum kopi-o-ais nih.. Sedapnyer...yummy! Tak lama lepas tu.. tudia..! siap order satay...! Hiks! Tapi aku makan satu je.. kenyang giler beb!! Sedap jugak satay nih.. Sila abaikan tangan yang interframe ittew. Hehe.

Masa lepak tadi, borak macam-macam, termasuklah borak-borak pasal harga emas. Dan telah berlaku sedikit mathematical argument sebentar tadi. Hahaha. Argument katanya.. Hiks! Argument itu adalah....

Temanku : Harga emas sekarang dah naik ya.

Aku : Semalam RM115 kat kedai tu

Temanku : Dua tiga minggu lepas kat kawasan kejiranan baru RM97. Thats a great difference u know...

Aku : Ha ah.. lapan (respond dengan selamba je..)

Temanku: Mana ada lapan.. salah..

Aku : Betul lah lapan (muka confident tak hengat sebab dalam mind 15-7=8)

Temanku: Abih, lagi sepuluh letak mana?

Aku : Naper pulak 10?

Temanku: Kan 115 - 97..

Aku : Ye ke??? Sorry.... Nasib baik tak kena marah eh...

Temanku: Bukan nasib baik tak kena marah.. nasib baik tak kena cucuk dengan lidi satay..!

Aku : Abih la.. jadi Kasim Selamat!!


Wakakakaka.. tak pasal2 aku jadi Kasim Selamat sebab salah congak..! Aduhai... harus kena belajar pakai benda ni balik semula.. Simple maths pun tak leh kira! Dushhh diri sendiri!!! Thanks to calculator. Semua nak kira pakai calculator. Nak kira apa pun, tekan je terus dapat jawapan. Disebabkan calculatorlah sampai dah tak leh nak congak dengan betul (alasan!!) . Yang aku pulak.. saper suruh pergi argue dengan orang yang lulus bergaya dalam subjek Maths sedangkan aku ni, lulus secara bersahaja?? Confirmlah kalah beb! Nasib baik exam Sabtu ni pakai calculator!! Hiks!



Salam kasih.



p/s: CikTipah,I am okay now..

6 comments:

PUTUBAMBU said...

ish..lama betul tak makan satay kat pulau tu..nostalgia betullah..

kak dib..masuk blog putu..ambik award yek..

adibah said...

Putu,

Kalo ada kesempatan.. nanti bolehlah ajak hubby pegi.. nanti kecur air liur teringin nak makan satay :-)

Thanks Putu, nnt kakDib amik ya..

Anonymous said...

dah ok dah nok? baguih lerrr.

errr...apsal plet keta wira tu di blur2 cenggitu. kot2 kang aku gi kl terserempak ngan keta tu takde laaa aku nak meng-road bully dia. ni tak tau kang kalo ter-bully jgn salahkan mek plak yea.

adibah said...

ciktipah,

sengaja blurkan sebab takut ada yang pi beli nombor plat ni kat 4D. gittew..!

Anonymous said...

kalau kena cucuk dgn lidi satay takpe lah, spital sebelah tu je kan? selamat study ciksept11.

wahh!!! mek tipah sejak menjak kete dapat pangkat sarjan terus promoted jadi peng-roadbully iye? ganaih tu hehe

adibah said...

Kajangmali,

Nak mandi laut?? Nak ikut bleh?

Pangkat sarjan dapat di PBB.. mestilah upgrade jadi roadbully!! Hehehe.

Thank u Kajangmali. Selamat menganalisis data to you.. :-)