Thursday, February 5, 2009

Jom Gi Sekodeng


Kawan aku ajak gi sekodeng. Betul... Tak tipooo.... Ish ish ish. Sampai dua orang pulak yang ngajak. Masing2 dah jadi bini orang. Yang sorang tu dah anak tiga. Pun... masih nak gi sekodeng!! Zaman anakdara cukup ler sekodeng budak lelaki kat asrama. Dah tua2 ni pun masih nak sekodeng jugak..!

Diorang ajak sekodeng malam Sabtu nih.. Ish ish ish.. macam ajak gi tengok mat rempit kat Jalan Sultan Ismail pulak..! Pesan kawan aku:

Kau pakai sopan sikit.. jangan pakai jeans.. kalau tak nanti kena halau, Bukan senang nak gi skodeng orang kemban ramai -ramai nih.. TIket mahal taww! Nasib baik ada discount 30%!!!!

Kemain lagi pesanan mak orang nih... aku pun kata okay je. Cuma aku suh dia ingatkan aku petang tu, takut aku lupa. Maklumlah, Sabtu tu kan aku nak exam, takut lepas exam terus ilang ingatan kang naya!

Sebenarnya, kawan aku tu ajak gi tengok teater PGL The Musical. Best woo.. Aku dah pernah tengok dulu, ni nak repeat lagi.. Kenapa dia kata gi sekodeng? Sila tengok gambar2 di bawah:



Ha... kan ramai yang kemban tu... bukan senang nak nengok orang kemban.. Kena sekodeng woo..!!! Ekekekeke...


Aku paling suka scene yang ini.. duk kat puncak bukit.. pastu bermadah .. sangat romantik occay...!!! Bestnya... Aku excited dan bersemangat sangat nak exam Sabtu nih.. sebab malamnya nanti nak gi sekodeng!!! Huhu... Untuk sesiapa yang nak ke IstanaBudaya untuk tengok PGL, pesanan aku.. JANGAN LUPA BAWAK TISSUE .. gerenti nangis occay!!


Salam kasih.

4 comments:

Anonymous said...

alahh..nak kna bwk tisu bagai ke. kalu mek mesti takyah tisu2 kan uol. mek bukan jenis nanges2 tgk citer ni. gitu kan :p.

adibah said...

CikTipah,

Iols suggest uols bawak towel goodmorning tu.. tissue tak cukup beb!! Hiks!

*lariiiiikkkkkkkkkkkkkkkkk

Anonymous said...

aku tgh wondering apa yg best pasai pgl neh. ade tu dah 2,3 kali nengok.tak boring².musykil aku.

adibah said...

MrPenyuBiru,

Muzik, jalan cerita, gerak tari, lakonan semuanya menarik..! Memang ramai yang pergi tengok 2-3 kali. Jom!